Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Biasanya jika anda capai tahap kesedaran yang lebih tinggi, maka banyak generasi kaum kerabat, keluarga anda akan menjadi bebas juga, takkan pergi ke neraka. Tetapi mungkin dua daripada mereka atau beberapa daripada mereka tidak mengikut agama Buddha, Nabi Isa atau Guru lain, berbuat jahat, kemudian mereka perlu dihukum di neraka. Kemudian dari Alam Buddha, anda dapat lihat menembusi Syurga, Bumi dan neraka. Mungkin anda ternampak salah seorang saudara, ahli keluarga atau malah bapa, ibu anda menderita di neraka. Maka anda boleh turun ke bawah dan berkorban untuk bantu mereka.Seperti Maudgalyāyana ialah salah satu daripada sepuluh anak murid besar Buddha tetapi ibu-Nya jahat. Dia buat daging orang-anjing untuk diberi makan kepada biksu dan beritahu mereka itu makanan vegan, menipu biksu supaya makannya. Dah tentu, para biksu tidak makannya secara sengaja, jadi karma mereka tak terlalu teruk. Mereka bermeditasi sepanjang hari dan tidak buat apa-apa yang jahat, jadi dapat membersihkan diri dengan cepat. Tetapi dia perlu pergi ke neraka tanpa berhenti. Mereka panggilnya neraka Avīci. Ini bermakna setelah berada di dalamnya anda dihukum selama-lamanya, setiap saat dalam hidup anda di sana. Anda tak boleh berehat. Di sesetengah neraka, anda boleh berehat boleh ada masa berhenti seketika, masa rehat, tapi di neraka tanpa berhenti, anda tidak. Sebab itulah mereka panggilnya ‘neraka tanpa berhenti’. Jika anda tiada sesiapa pun untuk bantu anda, anda berada di sana selama-lamanya. Biksu pun, salah seorang anak murid besar Buddha, tak dapat bantu ibu-Nya.Jadi Buddha beritahu Dia bahawa Dia perlu membuat tawaran kepada semua biksu dalam jemaah dengan lima jenis buah, banyak jenis makanan yang lain dan segala-galanya, gunakan dan bergantung kepada kuasa, pahala kolektif semua biksu untuk membantu ibu-Nya. Itu satu-satunya cara. Buddha tak dapat sendiri lakukannya pun, atau mungkin Buddha dapat tetapi Baginda tak nak buatnya begitu senang. Baginda juga mahu si ibu itu kembali dan menghormati biksu biasa, bukan hanya hormati Buddha kerana Baginda seorang Buddha, seorang Guru, tidak. Jadi si ibu itu diselamatkan.Jadi setiap tahun, kita ada perayaan ini untuk pergi ke tokong, berdoa untuk ibu bapa kita, membuat tawaran kepada biksu dan biksuni dan kepada tokong untuk membaiki tokong, membawa makanan dan sebagainya. Dan pindahkan apa-apa saja pahala yang kita buat pada hari itu kepada ibu bapa kita. Jika mereka di peringkat yg lebih rendah atau neraka, mereka boleh mendapat manfaat – kurang menderita. Itu dalam tradisi Buddha. Agaknya dalam tradisi lain, mereka juga ada hari seperti itu untuk ibu bapa. Di China, mereka ada hari yang dipanggil ‘Perayaan Bersihkan Makam’ ini. Pada hari tertentu pada bulan Mac, pada musim bunga, semua anak pergi bersihkan makam, kubur ahli keluarga atau ibu bapa mereka, bawa makanan ke sana, bawa bunga dan berdoa untuk mereka. Itu simbolik saja.Roh adalah bebas. Roh tidak sentiasa berada di kubur. Tetapi sesetengah roh tak dapat bebas untuk pergi ke Syurga, atau tak dapat menjadi orang-haiwan pun, atau tak dapat kembali kpd hidup manusia kerana pahala mereka tak cukup untuk itu. Jadi mereka tinggal di kubur juga. Itu seperti rumah mereka. Sebab itu sebelumnya saya beritahu anda supaya jangan masuk ke dlm perkuburan khususnya pada waktu malam kerana pada waktu malam mereka pulang ke sana untuk berehat. Jika mereka pergi ke sana sini sepanjang hari atas sesuatu sebab – sama seperti kita pergi ke sana sini sepanjang hari, pd waktu malam kita pulang ke rumah – jadi pada waktu malam, jika mereka tidak mendapat pembebasan atau bebas di sesuatu tempat, maka mereka pergi ke kubur mereka, makam di sana bersama hantu lain. Mereka bercakap, dah tentu, dan sebagainya. Jadi jika anda datang duduk atau tidur di atas kubur mereka, itu seperti anda cerobohi rumah mereka. Apabila kita masuk ke dalam rumah seseorang, kita harus minta kebenaran dulu. Sesetengah orang akan biar kita masuk atas sesuatu sebab yang baik atau tidak, tetapi sesetengah orang tidak – tidak mahu kita melalui rumah mereka pun.Polis pun, jika mereka nak datang ke rumah seseorang untuk memeriksa seseorang, jika tiada waran, mereka tak boleh masuk. Pemilik berhak untuk menolak polis masuk, seumpamanya. Jadi sama juga, di perkuburan, sesetengah kubur adalah milik roh. Mereka tinggal di sana. Mereka tiada tempat lain untuk pergi. Jika anda pergi ke sana pd waktu malam dan tinggal di kubur mereka atau tidur di atas kubur mereka… kerana sesetengah kubur mereka buat seperti rumah kecil, seperti bangsal kecil dan anda malah boleh tidur di dalamnya. Sesetengah orang kaya buatnya dengan elok seperti rumah besar atau malah seperti tokong di atas kubur. Jadi jika anda pergi ke kubur dan tidur di sana, duduk di sana atau buat apa-apa saja, pada siang hari pun, anda akan buat roh hantu berasa terganggu dan mungkin mereka menyusahkan anda tetapi anda takkan mengetahuinya.Atau jika anda tak cukup kuat, jika hati anda tak cukup suci, mungkin mereka merasuk anda. Jadi satu hari anda sangat baik, bercakap dengan baik, tetapi pada hari lain anda bercakap dgn buruk sekali dan memfitnah orang, malah memfitnah pengamal yang baik seperti saya. Ini sudah berlaku, saya tahu. Ini kisah sebenar, saya tahu akan itu. Tetapi saya tak nak kata siapa ialah siapa lagi. Roh tidak merasuk anda sepanjang hari atau malam, mungkin, tetapi mereka merasuk kadangkala, melemahkan stamina spiritual anda, kurangkan pahala anda dan anda menjadi semakin rendah. Kemudian mungkin anda menjadi seperti mereka, mungkin anda sertai mereka selepas anda mati atau sebelum anda mati pun. Sesetengah hantu dan syaitan malah boleh menyedut tenaga hidup anda dan buat anda sakit, kemudian anda akan mati. Anda menjadi mereka kerana pada masa itu anda sudah terlalu lemah. Anda tidak dekat dengan Santo, Buddha, Syurga atau Tuhan lagi. Anda lebih dekat dengan mereka, jadi mereka akan heret anda masuk. Atau mungkin anda hanya menjadi sangat seperti mereka dalam cara anda berfikir dan cara anda bertindak. Jadi anda sertai mereka juga secara automatik.Jadi jangan masuk ke dalam perkuburan. Tidak kira berapa banyak orang yang lain anda lihat lakukannya, jangan meniru, kerana anda tak tahu berapa banyak kuasa yang anda ada, berapa banyak pahala yang anda ada, berapa banyak stamina spiritual yang anda ada untuk menahan kuasa kumpulan kolektif syaitan atau hantu yang sering pergi ke perkuburan. Kerana di bandar manusia yang sangat sesak, lebih sukar bagi mereka berada di sana dengan lama. Mungkin mereka berada di sana tetapi lebih sukar bagi mereka kerana tenaga manusia lebih kuat, tenaga manusia hidup lebih kuat kerana mereka ada Tuhan di dalam, ada Buddha di dalam meskipun mereka tak tahu akannya. Tetapi tenaga mereka berbeza terutama manusia di planet ini. Mereka bangsa orang yang istimewa, bangsa makhluk yang istimewa. Mereka sangat berharga. Jadi banyak hantu dan syaitan nak merasuk mereka untuk memperhambakan roh mereka. Itu masalahnya.Jadi jangan berikan peluang kepada mereka dengan pergi duduk di ‘rumah’ mereka, kubur mereka, berikan alasan kepada mereka utk menyusahkan anda. Mereka akan merasuk anda jika boleh kerana anda pergi ke rumah mereka dan tidak menyedarinya. Jadi mereka akan merasuk anda. Mereka akan bersama anda, bersama badan anda. Badan boleh menempatkan beberapa roh. Hantu tak perlu sentiasa berada di dalam badan anda. Mereka berada di sebelah badan anda dan pergi bersama anda ke rumah anda. Mereka masuk ke dalam badan anda untuk nikmatinya apabila anda makan terutama jika anda makan daging orang-haiwan dan sebagainya, atau minum arak, mereka nikmati semua itu, sama seperti mereka ada badan kerana mereka merasuk badan anda. Jadi mereka suka akan itu, jadi terus merasuk anda. Macam itulah.Jadi jagalah diri baik-baik kerana anda ialah Buddha, Buddha masa depan. Jika anda belum menjadi Buddha, anda ialah Buddha masa depan. Apabila anda menjadi Buddha, anda akan menjadi begitu, begitu berpahala, begitu agung, begitu mengagumkan, begitu hebat sehingga anda dapat bantu begitu banyak roh yang mungkin jatuh ke dalam neraka tanpa kehadiran anda, tanpa pahala anda, tanpa bantuan anda. Jadi anda berharga. Jagalah badan anda kerana anda ialah rumah ibadat Tuhan dan Tuhan tinggal di dalam diri anda. Sifat Buddha, anda ada-Nya di dalam diri anda. Jadi anda ialah Buddha, dalam sifat dorman, dalam status dorman. Anda ada Tuhan di dalam, terlupa. Suatu hari nanti anda akan ingat.Kaedah Quan Yin ialah cara yang terbaik, paling pantas untuk bangkitkan Sifat Buddha anda, segera mengenali Tuhan. Tuhan ialah Cahaya dan Tuhan juga menjelma dalam Arus Bunyi (Syurga dalaman) seperti muzik tetapi tak dapat didengari dengan telinga. Jadi sesiapa yang duduk di sebelah anda tak dapat dengar apa yang anda dengar di dalam. Itu kerja roh. Roh dengar-Nya. Jadi orang di sebelah anda – suami anda, bapa anda, ibu anda, anak anda pun – tak dengar apa-apa pun. Hanya anda dapat dengar-Nya selepas anda diinisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin. Anda masuk ke dalam bas, anda dapat dengar-Nya. Anda masuk ke dalam teksi, anda dapat dengar-Nya. Anda berjalan di jalanan, anda dapat dengar-Nya tetapi tiada orang lain yang dapat.Sebab itulah saya beritahu anda supaya tidak beritahu pengalaman dalaman anda Tidak banyak. Sekali-sekala, okey, mungkin sekali-sekala. Tetapi bukan setiap hari pergi memberitahu semua orang apa yang anda lihat di dalam, apa visi dalaman anda dan apa yang anda dengar; apa yang Tuhan beritahu anda atau apa yang Buddha beritahu anda. Tidak. Tiada sesiapa yang percayai anda. Mungkin mereka anggap anda dah gila. Banyak orang, disebabkan itu, keluarga menolak mereka atau letak mereka di rumah sakit jiwa disebabkan tidak percaya. Jadi jangan dedahkan pengalaman dalaman anda. Apabila anda katakan pengalaman dalaman… Saat. Apabila anda beritahu pengalaman dalaman, saya perlu wujudkan jaring untuk melindungi anda. Jika tidak, mungkin anda alami lebih banyak kesusahan. Jika anda katakannya dan apabila saya dengarnya, maka anda lebih banyak dilindungi. Jika anda katakannya kpd sesiapa saja di luar dan tanpa saya dengarnya untuk melindungi anda, maka mungkin anda alami kesusahan. Jadi berhati-hatilah.Photo Caption: Musim Bunga adalah Baik, Bukan untuk Mata Saja