Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 6 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Terutama selepas saya memutuskan untuk pergi mencari makrifat, kami berpisah ke dalam bilik tidur yang berlainan. Jadi saya tidur dengan beg tidur di atas lantai bilik itu supaya saya juga boleh melafazkan kitab pada waktu pagi, jadi tidak menjagakan dia (bekas suami). Itu hanya suatu alasan. Saya memutuskan bahawa kami harus berpisah dan buat dia menjadi biasa dengan berseorangan. Tetapi itu tetap kesakitan hati yang sangat besar bagi dia dan bagi saya juga. Tetapi bagi dia, pasti lebih sakit hati kerana saya ada matlamat dan pergi untuk perkara baharu tetapi dia masih berada di rumah yang sama, membuat kerja yang sama dan sunyi. Jadi saya tidak berapa betul tetapi apa yang harus saya buat? Barangkali saya takkan dapat bertemu dgn anda, bercakap dgn anda sekrg ini jika saya tidak meninggalkan rumah. Tetapi ini tak bermakna semua orang harus buat begitu. Cuma mungkin itu takdir saya. Misi saya perlukan itu supaya saya lebih bertumpu.

Sekarang ini juga, jika saya tinggal berseorangan, saya lagi bertumpu. Jika orang lain – pembantu pun dan sebagainya – jika mrk di sekeliling, berlari berulang-alik, saya akan rasa tak sama juga. Hidup berseorangan adalah baik. Saya tidak galakkan anda cubanya. Saya hanya beritahu anda keadaannya macam itu. Lebih bebas juga. Kita tak perlu risau tentang apa yang kita pakai atau bila kita perlu mandi atau tidak. Jika kita tidak, maka okey, esok kita boleh mandi. Dah lama saya tidak mandi. Saya memang tiada masa, dan sekarang di hutan, sangat sukar untuk mendapat banyak air bagi tab mandi. Itu suatu nikmat. Kita tak dapat adanya.

Jadi jika anda benar-benar nak berada di hutan berseorangan, berfikirlah semula. Saya gembira. Saya tak rasa tidak selesa atau apa-apa tetapi mungkin anda tak rasa begitu selesa kerana anda dah biasa dgn keselesaan. Anda pergi ke pintu sebelah, ada bilik mandi. Anda pergi ke pintu sebelah, ada dapur. Di hutan, anda tiada semua itu. Tiada apa-apa yang tersedia untuk anda. Tetapi saya tak kisah kerana saya bekerja terlalu keras. Saya tiada masa untuk terlalu banyak perkara. Saya tak tahu mengapa saya mendapat semakin banyak kerja hari ini, kerana saya juga perlu cari lebih banyak berita dan juga perlu baca berita daripada pasukan saya untuk lihat yang mana wajar disiarkan untuk anda supaya anda dimaklumi situasi dunia kita.

Seperkara lagi, anda tahu Presiden Trump telah diundi sekali lagi untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat. Saya harap Syurga akan terus melindungi Beliau. Saya buat apa yang boleh, dah tentu, tetapi Beliau telah alami percubaan bunuh oleh orang beberapa kali. Baru-baru ini pun, selepas pilihan raya, Beliau masih alami satu kes percubaan bunuh yang dilaporkan dalam berita.

Ya Tuhan, selepas Beliau terpilih dengan banyak undi, saya tarik nafas lega besar tetapi kelegaan ini adalah sementara saja. Saya masih risau tentang Beliau. Jika anda ambil berat, anda juga hantarlah tenaga perlindungan dan kasih sayang kepada Beliau. Orang itu memang wajar mendapatnya. Beliau dah berusia 78 tahun tetapi masih cuba bersungguh-sungguh! Beliau bekerja keras sekali macam itu. Saya tak tahu sama ada apabila berusia 78 tahun, saya dapat bekerja begitu keras Tetapi dah tentu, Beliau seorang lelaki besar. Wanita, kita lebih penurut, lebih lemah dalam susuk badan fizikal.

Rasanya saya terlalu risau tentang banyak orang tetapi hanya orang penting – bukan kerana mereka berkedudukan penting tetapi kerana misi mereka adalah penting. Misi mereka adalah untuk melindungi sesuatu bahagian dunia atau dunia dengan keamanan, keharmonian antara negara, dan dengan ekonomi untuk negara mereka, khususnya Amerika, dan juga untuk dunia. Jadi saya memang risau tentang orang Amerika terutama pegawai kerajaan dan sesetengah orang yang bertanggungjawab atas negara. Juga kerana orang Amerika sangat pemurah. Derma mereka lebih banyak daripada mana-mana negara lain yang saya ingat. Saya rasa mereka dermakan paling banyak di dunia untuk tujuan baik.

Saya juga lihat banyak orang menyelamatkan orang-haiwan dan baik hati terhadap orang-haiwan, banyak di Amerika juga. Mereka bukan vegan pun. Banyak orang menyelamatkan orang-haiwan dengan kasih sayang. Itu menyentuh saya sehingga menitiskan air mata pada bila-bila saya nampak itu. Saya sentiasa berkata, “Semoga kamu diberkati.” Kerana penderitaan orang-haiwan buat saya begitu banyak menderita – begitu banyak kesakitan, begitu banyak kesakitan. Dah tentu, kita dah ada banyak penderitaan di dunia, di neraka dan sebagainya. Jika dunia kita tak menjadi lebih baik, maka saya sentiasa alami kesakitan, masih begitu – setiap hari, setiap kali. Setiap kali saya ingat, saya cuba lupakannya kerana saya perlu bekerja juga. Saya mengerjakan apa yang boleh. Apa yang tak boleh, maka saya terpaksa ketepikan dan berdoa untuk mereka saja. Jika tidak, jika fikiran saya sentiasa asyik dengan penderitaan, maka rasanya saya akan rebah.

Saya akan buat apa yang boleh dan lakukannya selama mungkin. Saya masih ada wang yang mencukupi untuk itu. Cuma saya kehilangan sebahagian daripada simpanan. Tetapi itu tak mengapa. Ini bermakna saya tak perlu beli rumah baharu lagi untuk kakitangan, untuk pasukan Supreme Master Television, contohnya, kerana mereka telah tersebar ke tempat-tempat yang berlainan sekarang. Kita tak boleh bertumpu di satu tempat, kalau-kalau sesuatu berlaku, untuk memastikannya selamat supaya kita dapat teruskan. Tetapi jika saya tiada simpanan sendiri, simpanan peribadi, maka saya tidak beli. Jadi bagi saya, saya tak perlu beli. Saya boleh hanya inap di motel kecil atau malah di dlm khemah atau di hutan, jadi tiada masalah. Saya wanita besar. Saya dapat menjaga diri. Cuma jika kita ada pasukan, banyak orang, maka mereka tak boleh hanya tinggal di dalam khemah dan bekerja.

Ada banyak benda yang kita perlukan sebagai manusia, terutama apabila kita perlu bekerja seperti mereka. Walaupun mereka tinggal di tempat yang selamat dgn kehidupan yg selesa – seselesa yg dapat saya berikan kpd mrk – dan jika mrk dah ada hidangan yg baik dan sebagainya, namun saya tetap rasa sangat bersimpati dengan mereka. Kadangkala saya memikirkan mereka dan menangis. Secara terus terang, saya berfikir saya harus tutup Supreme Master Television supaya mereka boleh bersara, bermeditasi dan nikmati sikit sisa hidup mereka. Saya hanya memikirkan itu – tergoda saja – tetapi buat masa ini, tidak. Kita belum lagi nak tutup Supreme Master Television. Saya hanya rasa macam itu. Saya rasa bersimpati dengan mereka kerana anda tak tahu. Kami selalu bekerja sepanjang malam, dan pada waktu pagi, kami perlu bangun pada pukul enam untuk bermeditasi. Kemudian pada waktu malam, bermeditasi hingga pukul 10 sekurang-kurangnya, dan terus bekerja lagi.

Sesetengah pasukan perlu berada jauh dari pasukan yang lebih besar. Mereka perlu sendiri memasak atau membeli barang. Jika mereka ada seseorang yang beli untuk mereka, maka bertuah, dah tentu, itu bagus. Tetapi tiada sesiapa yang memasak untuk mereka. Mereka perlu sendiri memasak, menguruskan rumah yang saya beli untuk mereka di sana dan buat segala jenis kerja, dan saya menelefon mereka selepas tengah malam, pukul 2, 3. Ini bergantung kepada rancangan. Sesetengah rancangan perlu dibetulkan, dibuat semula sebahagian daripadanya, penambahan atau pembetulan dan lain-lain, kemudian tidak kira pukul berapa, tidak kira pukul berapa. Saya perlu bersedia dan mereka perlu bersedia sepanjang masa. Bagi saya, dah tentu, padan muka saya. Saya berkata kpd sendiri, “Padan muka awak.” Tetapi mereka tidak wajar alaminya.

Saya terasa macam mereka ikut saya kerana percayai saya, kemudian saya buat mereka bekerja keras sekali. Saya terasa macam itu tak betul. Tetapi apa yang saya nak buat? Saya tiada begitu banyak anggota pasukan juga. Saya harap saya boleh ada lebih banyak kakitangan di rumah yang saya beli, berdekatan, bekerja bersama. Tapi syukurlah, kita juga ada kakitangan jauh yang juga cemerlang dalam membuat kerja mereka dan juga benar-benar baktikan diri kepada misi Tuhan dan membantu dunia kekal wujud sekurang-kurangnya. Kerana ada begitu banyak bencana hari ini. Saya tak dapat hentikan semuanya. Saya dapat hentikan sesetengahnya tetapi bukan semuanya kerana karma boleh diminimumkan tetapi tak boleh dihapuskan sepenuhnya. Ini bergantung kepada karma apa, dah tentu, tetapi karma dunia begitu berat, begitu berat, begitu berat. Buddha dah berkata bahawa karma satu orang pun boleh melitupi seluruh angkasa, apalagi karma seluruh dunia. apalagi karma seluruh dunia, dan hari ini, kita begitu jauh. Orang begitu jauh daripada standard, moral. Saya perlu kata saya begitu kesal, begitu kesal melihat dunia dan melihat harapan begitu tipis.

Dah tentu, kami bekerja sekeras boleh. Petugas Syurga dan saya sendiri, dengan nama Tuhan, di bawah Rahmat serta Perlindungan dan Kasih Sayang Tuhan Maha Pengasih, kami bekerja keras sekali. Tetapi setiap kali saya memikirkan betapa keras pasukan saya bekerja siang dan malam, dan tiada keseronokan, apa-apa pun. Mereka tiada masa untuk menyaksikan filem atau apa-apa pun. Hanya dulu satu kali saya menyaksikan filem bersama mereka, Merlin, kerana ia berkaitan dengan kerja kami juga. Jika tidak, kami tiada masa untuk apa-apa seperti itu lagi, apa-apa pun. Saya rasa sangat bersimpati dengan anggota pasukan saya, kakitangan jauh pun. Mereka ada keluarga juga. Mereka ada suami, isteri, anak, malah perniagaan, atau bekerja di luar, tetapi tetap membantu. Daripada pada masa lapang mereka boleh keluar dan menyaksikan filem bersama atau berkelah dgn seronok di sesuatu tempat, mereka hanya bekerja bersama saya, bersama pasukan, bersama kami, bersama kami semua, pasukan di rumah yg saya beli dan saya.

Saya syukur kpd Tuhan selama-lamanya atas tuah sebegini yang saya ada dalam hayat ini. Saya ada orang yang begitu baik, orang berbakat dan hati yang begitu baik, begitu sanggup mengorbankan keselesaan fizikal peribadi demi kebaikan semua makhluk di dunia. Saya amat berterima kasih selamanya. Semoga Tuhan berkati anda. Saya kasihi anda selama-lamanya. Anda tahu saya maksudkannya. Cuma saya tak tahu bagaimana lagi saya dapat bantu anda. Tulislah kepada saya lagi pada bila-bila saja jika anda perlukan apa-apa, benar-benar perlukan. Saya akan lihat apa yang boleh saya buat.

Photo Caption: Hidup Melimpah Melalui Masa dan Ruang

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/20)
1
2024-11-24
3396 Tontonan
2
2024-11-25
2312 Tontonan
3
2024-11-26
2230 Tontonan
4
2024-11-27
2086 Tontonan
5
2024-11-28
1905 Tontonan
6
2024-11-29
1765 Tontonan
7
2024-11-30
1695 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android