Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Baginda (Buddha Shakyamuni) sudah pun Buddha sejak selama-lamanya sebelumnya. Bereon-eon, tempoh banyak Bumi yang tidak terkira, banyak Syurga, musnah, dibina semula – Baginda sudah lama menjadi Buddha. Begitu lama sehingga kita tak dapat kira. Itu dipanggil masa sangat banyak eon. Begitu juga dengan Buddha Maitreya dan banyak Buddha yang lain. Adalah mungkin bagi manusia menjadi Buddha juga, dah tentu.Anda lihat seperti Biksu Guang Qin turun ke sini selama 600 tahun sebelum hayat sebelumnya di Bumi, dari Alam Buddha Amitabha, dan guru-Nya masih di Alam Buddha Amitabha tetapi Beliau turun ke hidup manusia selama 600 tahun barangkali kerana Beliau ingin membantu sesetengah orang di dunia, manusia, yang jika tidak, barangkali akan jatuh ke dalam neraka atau hidup yang sangat rendah. Begitu pun, dalam 600 tahun itu, Beliau buat banyak perbuatan buruk, jadi malah dibuang ke dalam alam haiwan, menjadi orang-haiwan. Beliau sendiri beritahu orang itu dan itu tertulis dalam buku-Nya.Jadi bukanlah kita ialah Buddha dan turun ke dunia ini, dunia manusia dan kita kekalkan status Buddha, kemudian semua orang akan anggap kita sebagai Buddha, memuja kita, membuat tawaran kepada kita serta mengakui dan menerima bahawa kita ialah Buddha. Bukan macam itu. Semasa Buddha datang pun, kali terakhir kitaran-Nya sebagai Buddha lagi, orang tetap ingin bunuh Baginda. Sepupu-Nya sendiri pun, yang merupakan biksu juga, merupakan anak murid-Nya, merupakan anak murid Buddha, ingin bunuh Baginda banyak kali, menjatuhkan maruah-Nya, memfitnah Baginda dan buat segala jenis perkara. Jadi anda tak boleh rasa terlalu terjamin bahawa, okey, saya seorang biksu, paderi, biksuni, saya melafazkan Nama Buddha setiap hari, amalkan diet vegan, lafazkan Kitab setiap hari, bermeditasi dengan teknik pernafasan atau melafazkan teknik Buddha, apa-apa saja, maka saya akan pergi ke Alam Buddha. Tak semestinya. Tolonglah, kecuali anda sudah pun seorang Buddha, adalah sangat sukar untuk membebaskan diri dari dunia ini setelah anda berada di dalamnya, jadi sangat rajinlah.Para biksu dan biksuni, saya beritahu anda semua ini dgn segala kasih sayang dan rasa hormat atas impian anda. Sebelum anda mula menjadi biksu, anda ada impian – anda ingin menjadi orang suci, mengikut Buddha serta melakukan ini dan itu untuk bantu makhluk lain. Tapi sementara itu, sesetengah drpd anda boleh disesatkan oleh situasi yang susah di dunia, situasi politik atau terlalu banyak pengikut memuji anda dan meniupkan anda ke atas langit dan anda gagal dari sesuatu segi. Tetapi anda sentiasa boleh kembali kepada impian mulia asal anda dan menjadi biksu yang baik. Hanya ingat, beralih ke dalam, sentiasa mengkaji diri, mengkritik diri, bukan orang lain, apalagi saya. Anda akan ada karma yang sangat buruk jika anda buat begitu. Saya bukan takut pada anda. Saya tak perlukan pujian, pemujaan atau penerimaan anda pun. Saya tak perlukannya. Saya tak perlukan apa pun di dunia ini, cuma saya takut untuk anda saja.Kita akan bercakap lagi tentang keluar untuk sedekah. Jika anda sudah tahu akan jalan anda dan orang kampung sudah kenali anda dan ingin buat tawaran kepada anda, itu jarak dekat dan anda balik ke tokong, maka itu boleh disetujui juga.Itu mungkin boleh jika anda suka macam itu, jika anda mampu dan jika itu tidak menimbulkan sebarang kesusahan kepada biksu lain. Kerana jika anda buat begitu dan jika majoriti daripada negara atau kawasan anda ialah biksu Mahayana, bermakna mereka hanya amalkan diet vegan, atau maksimum vegetarian, bermakna mereka makan telur, minum susu, makan keju dan sebagainya, maka orang lain atau sesetengah fanatik akan memuliakan anda dan letak anda di atas kekaki supaya anda tak boleh melangkah turun semula lagi. Mereka akan buat anda menjadi seperti Buddha hidup, sebarkannya ke merata tempat di internet dan menindas sesiapa saja yang tidak percaya bahawa anda ialah Buddha walaupun anda belum lagi menjadi Buddha. Anda tak boleh beritahu mereka tapi secara perlahan-lahan mungkin anda rasa itu tak memudaratkan, kemudian anda berasa megah dengan orang percayai anda, dan ke mana-mana pun anda pergi, orang berikan tawaran dan sebagainya.Kemudian sesetengah pengikut, sesetengah fanatik akan pandang rendah terhadap biksu lain yang makan dua, tiga kali sehari dan tinggal di tokong tetapi mereka tidak berbuat mudarat juga. Mereka juga melafazkan Nama-nama Buddha setiap hari. Mereka melafazkan Kitab. Mereka menjaga pengikut mereka. Apabila pengikut sakit, mereka datang kepada mereka. Apabila mereka alami kesusahan, mereka datang kepada mereka dll. Jadi mereka membuat kerja juga. Mereka menjaga kebersihan tokong untuk pengikut datang bermeditasi dan bersuluk serta dapatkan perlindungan apabila mereka ada masa lapang atau alami kesusahan, memerlukan tempat bagi berehat untuk seketika masa, beberapa hari. Atau malah menunjukkan contoh supaya orang lain akan menjadi biksu dan biksuni dan terus mengekalkan tradisi suci mulia Buddha. Mereka buat kerja mereka juga. Apabila orang sakit, mereka datang berdoa untuk mereka, melafazkan kitab untuk mereka. Apabila mereka atau saudara-mara mereka meninggal dunia, mereka datang berdoa untuk mereka.Mereka juga membuat sesuatu. Jika mereka membuat kerja seperti itu dan memperoleh tiga hidangan saja sehari atau dua hidangan sehari dengan beberapa helai jubah biksu pada badan mereka, maka mereka buat dengan agak baik kerana manusia sentiasa perlukan seseorang sebagai tempat bergantung untuk memberitahu masalah mereka dan bantu mereka berdoa utk diri sendiri sebelum mereka meninggal dunia atau apabila mereka sakit atau saudara-mara dan orang tersayang mereka meninggal. Mereka perlukan segala penenangan itu. Mereka juga perlu diingatkan bahawa mereka harus berbuat baik – menjadi vegan, berbuat baik dan bantu orang lain. Biksu akan mengingatkan mereka supaya berbuat demikian. Jadi bukanlah mereka makan hanya kerana perut kosong. Mereka juga buat sesuatu untuk bantu masyarakat dari segi psikologi, mental dan fizikal juga. Jadi bukanlah mereka lebih buruk daripada anda atau apa-apa, tetapi sesetengah orang yang tidak faham secara mendalam macam itu rasa bahawa biksu yang makan dua, tiga hidangan sehari dan menjadi montel sikit atau tidak pergi ke sana sini untuk minta sedekah, mereka biksu yang buruk. Bukan macam itu. Bukan, bukan. Makan atau tidak makan tak menentukan peringkat Buddha anda.Yang paling teruk adalah jika orang memuji anda hingga ke langit di atas sedangkan anda tak layak mendapatnya, maka semua pahala anda akan hilang. Sama ada anda akan tidak menjadi biksu lagi tak lama lagi, terpikat oleh wanita atau lelaki, sakit tenat atau sebarang kejadian yang lain boleh berlaku kepada anda. Jika anda ialah saudara maya, maka barangkali anda tak perlu risau tentang itu kerana anda bukan lakukannya untuk Buddha atau untuk orang. Anda lakukannya untuk hancurkan agama Buddha. Itu berlaku juga kerana Mara berkata kepada Buddha dan buat Buddha menangis, bahawa pada Zaman Penghujung Dharma, seperti zaman kita sekarang, dia akan datang, malah membuang air besar ke dalam mangkuk Buddha dan hancurkan agama Buddha dengan menghantar anaknya keluar untuk menjadi biksu dan berdakwah menentang Buddha, menentang agama Buddha sebenar.Jadi ini boleh berlaku. Apa yang penting adalah anda tak harus menjadi punca perpecahan antara biksu dan biksu, antara biksuni dan biksuni, seperti anda lebih baik daripada mereka. Itu akan berikan karma yg sangat buruk kepada anda juga.Pada zaman Buddha, adalah sukar untuk miliki tokong dan tinggal di satu tempat bagi mendapat tawaran. Tetapi hari ini, sangat senang. Anda ada internet. Anda malah boleh berkhutbah dlm talian. Dan tinggal di tokong adalah lebih selamat bagi anda. Anda perlu menjaga badan anda kerana ia merupakan tokong Buddha, kerana Sifat Buddha ada di dalam diri anda. Tuhan tinggal di dalam diri anda – menurut agama Kristian. Tuhan, Sifat Buddha – sesuatu yang sama. Jika anda bermakrifat, anda akan memahami itu dengan jelas, seolah-olah anda lihat Matahari di depan anda.Jika anda tidak bermakrifat, maka anda masih rasa agama Buddha lebih baik daripada agama Kristian. Sesetengah orang masih memfitnah Nabi Isa dan Buddha kerana mereka tidak menganuti agama Mereka. Tetapi itu kerana mereka jahil. Tetapi anda ialah biksu, biksuni dan paderi. Anda harus sekurangnya ada sedikit makrifat, mungkin makrifat rendah. Tetapi itu modal anda. Anda perlu terus melabur dengannya, dengan masa anda, keikhlasan anda, bakti murni anda. Maka anda menjadi sentiasa semakin bermakrifat. Pujilah Buddha yang membantu anda. Puji Tuhan yang menampung, menyokong dan membantu anda.Biksu pun ada takdir mereka sendiri, seperti apa yg perlu dibuat oleh mereka. Sebab itulah sesetengah biksu tak boleh menjadi biksu sebenar atau akan berhenti lepas seketika kerana itu bukan takdir mereka meskipun mereka benar-benar nak menjadi biksu. Di Thailand, mereka ada biksu sementara. Itu juga sangat sesuai, sangat baik untuk itu. Sesetengah orang nak menjadi biksu selama satu minggu bagi mendapat pahala untuk ahli keluarga mereka, atau sesetengahnya menjadi biksu selama satu atau dua, tiga bulan, atau setahun dll. Maka anda tak perlu menjadi biksu sepanjang hidup. Orang buat begitu di Thailand. Banyak daripada mereka buat begitu. Sekarang jika anda memilih jalan mengambil sedekah sementara berjalan, itu jenis biksu yang berlainan – ‘Hinayana’, mereka panggilnya, atau mereka panggilnya gaya biksu ‘Buddha awal’.Tetapi seperti yang saya dah kata sebelumnya, saya tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa pun. Saya hanya katakan apa yang saya tahu. Apa yang saya tahu mungkin bukan apa yang anda rasa anda tahu atau apa yang anda rasa betul tapi saya hanya beritahu anda kebenaran, tiada apa-apa lagi. Terpulanglah kepada anda. Saya juga sering membuat tawaran kepada biksu. Saya tidak berdiskriminasi antara biksu, paderi yang makan daging orang-haiwan, atau paderi atau biksu yang tidak makan daging. Tetapi bagi anda sendiri, jika anda keluar untuk minta sedekah, anda harus… Jika anda tinggal dekat dengan bandar atau kampung anda, maka orang sudah tahu pukul berapa anda keluar, pukul berapa anda pergi dengan mangkuk untuk sedekah, maka mereka akan berbaris di jalanan dan berikan kepada anda. Setiap orang berikan secara berbeza. Kemudian anda pulang ke rumah dan barangkali makan bersama atau makan apa-apa saja di dalam mangkuk anda, bergantunglah. Mungkin ini bergantung kepada tradisi tetapi biasanya makan apa-apa saja yang diberikan di dalam mangkuk anda. Itu saja. Sekarang, jika anda sudah kenal sangat orang, anda boleh beritahu mereka, “Tolong berikan makanan vegan saja.” Kerana sebagai seorang biksu, anda berbelas kasihan. Sebab itulah anda ingin menjadi biksu.Photo Caption: Kebersamaan Membuat Hidup Menjadi Sangat Indah