Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 3 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang saya akan bercakap tentang diri sendiri sikit untuk meyakinkan anda bahawa saya bukan sahaja merupakan Bodhisattva Quan Yin. Dalam banyak hayat yang lain, saya menjadi Buddha wanita juga, seperti suatu kali, Prajñāpāramitā Devī. Itu salah satu jelmaan semula saya. Itu bermaksud ‘Dewi Kesempurnaan Kebijaksanaan’. Tetapi Dewi ini juga merupakan Dewi Tinggi, jadi itu seperti Buddha wanita. Di Tibet, mereka panggil Dia sebagai Buddha wanita pada masa itu kerana Dia begitu bijak dan melambangkan jelmaan Prajñāpāramitā, bermaksud Kesempurnaan, Kebijaksanaan tertinggi. Prajñāpāramitā ialah Kebijaksanaan tertinggi yang diakui dan dicari oleh semua penganut Mahayana dan Vajrayana juga, yang akan membawa kepada peringkat Buddha. Jika orang itu sudah memiliki sumber Kebijaksanaan tertinggi itu, maka orang itu sudah pun seorang Buddha.

Ada satu kali lagi yang saya ingat. Dalam agama Buddha Tibet, ada banyak Buddha wanita. Bodhisattva juga, dah tentu. Saya hanya bercakap tentang Buddha wanita di sini. Ada satu kali lagi, saya lahir semula sebagai Buddha Vajrayoginī. Buddha itu ialah tokoh yang sangat penting dalam agama Buddha, khususnya Dia dipuja dalam agama Buddha Tibet. Dalam Vajrayana, Dia dianggap sebagai Buddha wanita dan ḍākiṇī (Dewi). Jadi Vajrayoginī juga sering digambarkan dengan nama julukan sarvabuddhaḍākiṇī yang bermaksud ‘Inti pati semua Buddha’. Jadi saya hanya senaraikan dua kali ini saja. Saya tak dapat senaraikan terlalu banyak kali tetapi ada banyak Buddha wanita yang lain juga.

Tapi yg penting di sini bukan senaraikan semua kali saya muncul sebagai Buddha wanita di planet ini dan planet-planet lain juga. Terlalu banyak, tak dapat ingat bagi minda manusia saya yang terhad. Untuk mengingati semua itu, saya perlu bermeditasi untuk masa yang sangat panjang dan menulisnya jika saya ingat untuk kembali kerana sesetengah perkara roh tahu tidak bermakna minda juga boleh tahu atau boleh ingat apabila ia kembali. Apabila roh kembali daripada meditasi – itu maksud saya.

Sejarah, contohnya agama Buddha, sejarah agama itu merekodkan bahawa wanita ini dan itu ialah Buddha atau telah menjadi Buddha. Jadi itu untuk mereka hormati dan gunakan sebagai lambang makrifat, kebijaksanaan, belas kasihan, kasih sayang bagi mengingatkan mereka supaya terus beramal dan memuja Mereka, minta perlindungan Mereka, bantuan Mereka untuk meningkatkan kesedaran mereka, sama seperti orang memuja Buddha Shakyamuni, Buddha Amitābha atau Bodhisattva Quan Yin. Tetapi di Âu Lạc (Vietnam), kami juga panggil Bodhisattva Quan Yin sebagai ‘Buddha Quan Yin wanita’: Phật Bà Quan Âm. Penganut Buddha panggil Dia Phật Bà Quan Âm, bermaksud ‘Buddha wanita, Quan Yin’. Jadi itu perkara untuk anda ingat bahawa anda sebagai wanita boleh menjadi Buddha juga. Kita ada banyak Buddha wanita dalam generasi-generasi dan hayat-hayat lain, dan kita ada Mereka hari ini juga.

Tetapi kebanyakan wanita malu-malu, sangat pemalu. Mereka tak nak bercakap tentangnya, sangat pemalu. Saya pun sangat pemalu. Jadi apabila Tuhan perintahkan saya supaya lakukannya, saya tanya tiga kali lagi. Saya tak boleh tanya lebih tiga kali kerana ini bermakna saya meragui Firman Tuhan. Saya tak boleh buat begitu. Tetapi saya keberatan juga. Tetapi sekarang saya berazam untuk terus melakukan kerja saya. Jadi saya perlukan semua sokongan Syurga. Saya perlukan sesiapa saja yg boleh tahu, manusia tahu untuk berhubung dengan saya supaya saya dapat menyelamatkan roh mereka. Dan juga, disebabkan oleh taubat dan cara hidup mulia mereka, tenaga dunia ini akan menjadi kurang bersifat bunuh. Kita dapat selamatkan lebih banyak manusia, dapat selamatkan planet ini dan memulihkannya semula, buatnya jadi lebih baik drpd sebelumnya. Sebab itulah saya perlu mendakwa kedudukan saya sebagai Buddha secara rasmi supaya semua makhluk akan terimanya, tahu akannya dan bertindak sewajarnya.

Raja Mara pun datang beri hormat kepada saya juga. Begitu banyak Raja – saya tulis banyak halaman, jawatan dan gelaran Mereka. Tapi pada masa itu, saya tak dibenarkan utk beritahu anda tentang Mereka semua. Saya terlepas cakap beberapanya tetapi lepas itu saya diberitahu supaya jangan. Hal Syurga tak sentiasa dibenarkan untuk diberitahu di dunia manusia kerana manusia boleh wujudkan fikiran negatif daripadanya. Itu tidak membantu. Itu juga boleh berikan kesan negatif kepada misi saya dan kesanggupan semua Raja dan Dewa dari Syurga untuk membantu manusia. Jika kita sentiasa meragui Mereka dan memfitnah Mereka atau tidak percaya kepada Mereka, itu juga menimbulkan kesusahan bagi Raja dan Dewa-dewi dari Syurga membantu manusia. Itu mungkin juga menawarkan hati Mereka dan buat Mereka berasa tidak sanggup.

Jadi saya cuma harap manusia akan berubah, lebih banyak berubah. Mereka semakin berubah tetapi terlalu lambat dan mereka tak tahu bahawa kematian akan datang. Ya Tuhan. Anda tak tahu tetapi sesetengah manusia memang tahu. Sesetengah manusia memang ada keupayaan terus mata atau terus telinga. Mereka dapat lihat, dapat dengar Syurga bercakap tentang itu. Mereka dapat lihat visi masa depan. Sesetengah daripada mereka nampak sesuatu juga. Sesetengah daripada mereka malah mengatakannya di internet. Sesetengahnya, bukan mereka semua kerana sesetengah orang yang terus mata tak begitu peduli nak menjadi terkenal atau memberitahu manusia kerana mereka juga tahu bahawa memberitahu manusia bahawa kita tahu akan ini, tahu akan itu dari Syurga, barangkali kita tak mendapat apa pun sebagai balasan – kerja tak dihargai – dan malah boleh dipukul sehingga lebam-lebam atasnya.

Saya nampak beberapa contoh di internet. Atau sekurangnya dipukul sehingga lebam-lebam dari segi mental, saraf. Mereka akan membuat kita rasa begitu lemah dalam saraf, mental dan segala-galanya. Bukan semua orang akan berterima kasih kpd kita. Biasanya mereka akan berkata bahawa kita adalah palsu dan hanya mahukan kemasyhuran dan sebagainya, terutama jika kita bertentangan dengan majoriti, jika kita bilangan yang kecil berbanding dengan orang yang percaya secara bertentangan dengan apa yang kita percayai, apa yang kita beritahu mereka atau apa yang kita lihat dalam visi dalaman, kerana mereka tak nampak apa-apa pun. Mereka tidak percayai apa yang kita katakan semasa mereka tak nampak. Pada zaman Nabi Isa pun, Baginda buat banyak keajaiban, sembuhkan orang daripada kematian dan penyakit dan sebagainya tetapi mereka tetap membunuh, menyalib Baginda. Jenis hukuman yang paling teruk, tidak mati dengan serta-merta tetapi dengan cara yang menyeksakan. Ya Tuhan, tidak.

Dalam Kitab Teratai... biar saya cuba ingat sikit. Saya baca semua ini dlm agama Buddha 50 atau lebih tahun dahulu! Kerana ketika saya masih muda dan sebelum pergi ke pergunungan Himalaya untuk dapatkan tahap makrifat terakhir dalam hayat ini, saya lebih banyak bacanya ketika masih muda. Saya tak dapat ingat banyak dari lebih 50 tahun dahulu sebelum saya mengambil alih kerja ini untuk anda. Saya akan cakap tentang Kitab Teratai. Sekarang, sebelum saya terlupa. Buddha ada sepuluh gelaran. Salah satu daripadanya ialah ‘Arhat’. Arhat: ‘wajar mendapat tawaran’. Jadi memandangkan isteri Mahākāśyapa menjadi Arhat, Beliau juga wajar mendapat tawaran. Begitu juga dengan Buddha atau Bodhisattva wanita yang lain.

Jadi Buddha tak pernah berkata bahawa wanita tak boleh jadi Buddha. Mungkin wanita biasa, wanita biasa yang tak bertaubat, tiada Guru yang baik untuk mengajar mereka kaedah yang betul, untuk melindungi dan menjaga mereka sehingga mereka menjadi bermakrifat sepenuhnya, atau sekurang-kurangnya bawa mereka naik ke Alam Buddha untuk terus beramal sehingga capai peringkat Buddha – mungkin wanita manusia biasa. Tetapi wanita Buddha bukanlah wanita, bukan manusia. Mereka menjelma di mana-mana pada bila-bila saja mengikut keperluan untuk membantu makhluk hidup. Bayangkan jika Buddha mendambakan bentuk lelaki dan berkata, “Tidak, saya perlu menjadi lelaki untuk mengekalkan status Buddha saya. Saya perlu menjadi lelaki untuk menjadi Buddha.” Maka Dia bukan Buddha lagi! Dia masih berdiskriminasi antara bentuk, bentuk luaran. Dalam Kitab Berlian ada dikatakan, “Jika kamu mendambakan bentuk, bentuk luaran, cahaya luaran dan bunyi luaran pun seperti muzik luaran atau hanya pelafazan kitab luaran dan sebagainya, maka kamu tidak dapat capai peringkat Buddha.”

Tetapi Kaedah Quan Yin yang kita amalkan ialah Cahaya (Syurga) dalaman dan Bunyi (Syurga) dalaman terus dari Syurga, dari Sumber semua Sumber. Tanpa itu, tanpa Sumber Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman) ini, kita tak dapat capai mana-mana pun kecuali pergi ke sana sini dalam kitaran hidup dan mati secara berulangan, lahir semula dalam enam jalan hidup fizikal seperti menjadi manusia, menjadi orang-haiwan dan mungkin malah menjadi syaitan dan hantu, dan mungkin, jika bertuah, menjadi salah satu Raja Syurga atau Raja Syaitan Raja Hantu dan sebagainya. Jadi Kaedah Quan Yin – Kaedah tanpa kaedah yang gunakan roh untuk mentransmisi kepada roh dengan Rahmat Tuhan, dengan segala Kuasa Guru – itu cara untuk membebaskan diri kita dan menjadi Buddha dalam masa satu hayat atau akhirnya. Sekurang-kurangnya mendapat pembebasan dalam hayat ini jika pengamal mematuhi ajaran Guru, melakukan meditasi dan menjaga disiplin.

Photo Caption: Dilindungi dengan Penyayang, akan Keluar dengan Cantik

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/20)
1
2024-11-24
3517 Tontonan
2
2024-11-25
2372 Tontonan
3
2024-11-26
2274 Tontonan
4
2024-11-27
2127 Tontonan
5
2024-11-28
1946 Tontonan
6
2024-11-29
1815 Tontonan
7
2024-11-30
1740 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android