Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 17 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di Âu Lạc (Vietnam), ada sebuah kisah – saya kembali kepada biksuni yg ceritakan kisah ini kpd saya. Ada sebuah kisah bahawa terdapat sebuah tokong baharu yang baru dibina, sempurna, cantik dan bersih. Banyak orang muda masuk untuk menjadi biksu, dah tentu, dengan impian tinggi dan aspirasi mulia. Tetapi banyak orang datang ke tokong itu dan berikan sangat banyak tawaran yang baik – terlalu baik. Kemudian ketua biksu tokong itu berkata kepada para biksu ini, “Oh, kamu ialah papan potong dan mereka ialah pisau! Jika kamu tak benar-benar teruskan, beramal dengan ikhlas, mereka akan potong kamu sehingga kamu tiada apa-apa yang tertinggal.” Selepas itu, tak terlalu lama selepas itu, semua biksu kembali kepada kehidupan di rumah semula, berkahwin dan ada anak, keluarga dll. Itu kisah sebenar yang diceritakan oleh guru saya yang merupakan biksuni.

Sebab itulah saya berkata kepada anda bahawa beliau ajar saya perkara, ceritakan kisah kepada saya. Beliau juga beritahu saya, “Berhati-hati, jangan tinggal di dalam bilik kecil itu seorang diri di kem pelarian.” Tetapi saya terpaksa. Saya tiada sesiapa pun untuk tinggal bersama. Saya lebih suka berseorangan. Saya kata, “Mengapa?” Beliau kata, “Oh, hantu, banyak daripada mereka sentiasa masuk ke dalam tandas kosong dan duduk di sana pd waktu malam juga” Saya kata, “Saya tak nampak apa pun.” Atau mungkin Buddha menutup mata saya supaya saya tak rasa takut, atau Buddha halau mereka keluar supaya mereka tidak menakutkan saya. Jadi saya terus tinggal di sana.

Beliau dapat lihat hantu dan dapat lihat apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasa juga. Beliau ada kuasa psikik ini, kebolehan terus mata, tidak sepenuhnya tetapi sebahagiannya.

Seorang lagi biksu juga berada di kem pelarian, kem lain, lebih persendirian, di dalam bangunan persendirian bersama pelarian Âu Lạc (Vietnam) yang lain. Beliau ramalkan masa depan saya. Beliau kata saya akan menjadi terkenal di dunia. Saya akan jadi sangat agung dari segi rohani. Itu saja yg diberitahunya Pada masa itu, saya hanya rasa beliau terlalu baik hati kerana saya seorang penganut Buddha yang sangat taat. Saya berikan tawaran kepada biksu. Banyak biksu dan biksuni datang ke rumah saya juga. Saya perlakukan mereka seperti Buddha. Saya tidak panggil mrk sebagai Buddha, dah tentu. Saya panggil mereka Guru ini dan itu. Saya menggelar diri sebagai ‘anakmu’. Di Âu Lạc (Vietnam), kami tidak panggil dgn satu ‘Guru’ saja. Guru ialah ‘Sư’. ‘Phụ’ bermaksud bapa atau ibu. Atau jika ada biksuni, kita panggil mereka ‘sư cô’, bermaksud ‘guru mak cik’, dan ‘sư phụ’ bermaksud ‘guru bapa’, dan kita menggelar diri sebagai ‘anak’, ‘anakmu’.

Oh, saya bercakap tentang begitu banyak perkara! Saya harap anda dapat cernakan semuanya. Tak apa. Anda takkan tahu bila saya tak berpeluang untuk memberitahu anda lagi. Saya anggap hari saya, setiap hari sebagai hari terakhir saya. Jadi apa-apa yang boleh saya buat, saya buat. Jika sesetengah drpd anda tidak dengar, tidak percaya, ada orang lain yang mungkin dengar, mungkin percaya, mungkin menyelamatkan roh sendiri dan mungkin menjadi lebih mulia, lebih bermoral, lebih boleh menjadi manusia sejati, juga membuat masyarakat menjadi lebih selamat untuk didiami dan roh mereka juga akan menjadi dibersihkan dan lebih baik untuk mereka juga. Jadi saya bercakap saja. Sesiapa yang dengar, dengar. Baik untuk mereka. Siapa yang tak dengar, saya tak tahu juga. Saya tidak mahukan apa-apa pun, jadi saya tidak takut kehilangan apa-apa. Jika mana-mana kata saya bantu anda, anda bersyukurlah kepada Tuhan, berterima kasih kepada semua Buddha, semua Guru. Anda tak perlu berterima kasih kepada saya sama sekali. Mereka mengilhami saya dan sebelum bercakap, saya sentiasa berdoa, memuji Mereka supaya bercakap melalui saya, “Jangan biarkan saya bercakap hanya dgn standard duniawi atau ego.”

Saya tidak anggap sebarang kata-kata ini sebagai kata-kata saya. Kadangkala saya memang masukkan standard manusia, berjenaka dan sebagainya tetapi saya tidak menganggap saya benar-benar mengajar sesiapa. Saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan atas biar saya bercakap tentang apa-apa saja yang beri manfaat kepada orang lain. Orang-haiwan pun dengar juga. Dari jauh, roh mereka dapat dengar.

Orang haiwan begitu baik terhadap saya. Ke mana pun saya pergi, orang-burung datang beritahu saya ini dan itu. Apabila saya risau tentang dunia ini atau segala-galanya, mereka datang beritahu saya berita baik tetapi saya tak boleh beritahu anda. Apabila ia datang, anda akan tahu, malah orang-tikus dan sebagainya.

Suatu kali, saya tidak tinggal di bandar tetapi di pinggir bandar dengan rumah lain di sekelilingnya. Saya beri makan kepada orang-tikus. Saya beri makan kepada orang-burung tetapi orang-tikus datang makan bersama juga. Jiran nampaknya, jadi melaporkannya kepada pihak berkuasa dan menulis surat kepada saya. Mereka tidak marahi saya atau apa-apa. Mereka sangat baik dan sopan. Mereka kata, “Jangan beri makan kepada mereka kerana orang-tikus akan datang makan, dan tikus boleh membawa penyakit kepada anda, jiran anda dan sebagainya. Jadi tolong jangan beri makan kpd mrk.” Kerana jika saya terus beri makan, mereka akan menimbulkan kesusahan. Itu dah pasti. Mula-mula sekali, mereka sopan dan menulis kepada kita dengan baik tetapi kemudiannya mrk akan timbulkan kesusahan. Kita boleh didenda atau dipenjarakan, apa-apa saja, bergantunglah. Saya tak tahu banyak tentang undang-undang negara. Saya tak dapat tahu terlalu banyak undang-undang. Jadi saya berhenti beri makan kpd mrk.

Saya kata saya memohon maaf kepada semua orang-burung di sekeliling saya dan orang-tikus juga. Saya asyik tanya mereka sama ada mereka baik-baik saja. Mereka kata mereka baik-baik saja. Seperti orang-burung camar biasanya tak suka pergi makan orang-ikan. Mereka kata ia berbau hanyir. Tapi lepas itu jika saya tidak beri makan, mereka akan pergi makan itu. Saya rasa begitu bersimpati, ya Tuhan. Hati saya hampir hancur. Kemudian saya kata, “Tapi engkau baik-baik saja?” Mereka kata, “Ya, kami baik-baik saja. Jangan risau.” Dan orang-tikus, saya tanya tikus juga, “Apa yang nak dibuat sekarang? Engkau datang setiap hari untuk makan dengan senang. Apa yang boleh engkau buat sekarang? Engkau ada makanan tak?” Mereka kata, “Jangan risau. Kami akan cari makanan. Kami tahu. Kami dapat menjaga diri.” Orang-musang juga beritahu saya perkara yang serupa dgn begitu banyak kasih sayang, cuba menenangkan saya dan tidak menyalahkan saya atas tidak beri makan kepada mereka. Tetapi saya rasa sedih selama-lamanya.

Tetapi dalam masyarakat, di negara yang anda diami, meskipun itu negara anda sendiri atau bukan negara anda sendiri, anda perlu hormati undang-undangnya. Jika anda dah tahu undang-undang itu, anda perlu hormatinya. Kecuali anda tak tahu dan tanpa disedari membuat sesuatu yang salah, maka anda tetap perlu menanggung hukumannya. Jadi selepas itu, saya rasa begitu kesal. Saya masih berasa kesal sepanjang masa sekarang. Tetapi saya berpindah ke tempat lain dan mereka masih datang bercakap dengan saya. Mereka masih beritahu saya, “Oh! Adakah ini baik, itu baik?” atau “Berhati-hati dengan ini, berhati-hati dengan itu.” Ke mana pun saya pergi, mereka datang meskipun saya tidak beri makan kpd mrk. Jadi ke mana-mana pun saya pergi, jika saya nampak orang beri makan kepada orang-burung dan orang-tikus kerana mereka ada taman yang lebih besar, tinggal dengan lebih persendirian, mereka boleh beri makan kepada mereka, oh, saya rasa begitu gembira! Saya ucapkan semoga mereka sejahtera. Saya kata, “Tuhan berkati kamu, Tuhan berkati kamu,” dan sebagainya.

Tetapi di dunia, kita ada undang-undang duniawi. Jadi di Alam Semesta, kita ada Hukum Alam Semesta juga. Kita perlu patuhi semua undang-undang untuk terus hidup. Tetapi jika roh anda sudah mendapat pembebasan, anda datang ke Rumah sebenar – Alam Buddha, Rumah Syurga – maka anda tak perlu risau atau takut akan apa-apa lagi. Mereka tiada undang-undang sebegini. Mereka tiada kamus yang nyatakan ‘menderita’, ‘kesakitan’, ‘peraturan’ atau ‘undang-undang’, apa-apa pun kerana semua orang tinggal di Syurga, Alam Buddha. Segalanya baik, bahagia dan gembira sepanjang masa. Apa yang anda buat hanyalah mungkin berjalan ke sana sini, melawat jiran atau pergi beri hormat kepada Buddha, beri makan kepada diri sendiri. Anda tak perlu berjalan kaki atau menaiki bas pun. Anda hanya terbang. Anda hanya berjalan di atas awan, contohnya. Ini bergantung kepada anda di Alam apa. Atau anda memakai tali pinggang di perut, hanya tekan butang dan terbang dengan selamat, dengan lembut, seolah-olah berjalan di udara. Atau anda berjalan di atas awan, dan beritahu awan ke mana anda nak pergi, kemudian ia akan bawa anda ke sana.

Dan anda ada rumah. Setiap orang ada rumah besar. Apa-apa rumah yang terbesar di dunia pun tidak sebesar rumah anda di Alam Buddha – contohnya, Alam Buddha Amitābha. Itu malah seperti kita berada di dalam bunga teratai. Bunga itu berbentuk bunga tetapi itu rumah anda! Bunga besar, jadi itu bukanlah teratai kecil atau rumah kecil tetapi sangat besar kerana anda besar juga di sana dan memerlukan ruang. Anda tak perlukan rumah itu pun. Cuma semua orang diberi satu supaya anda boleh duduk di sana dan bermeditasi agar anda tidak terganggu oleh apa-apa. Di alam sebegini, anda hanya ada keseronokan dan kegembiraan Apa-apa yang anda mahukan akan datang kepada anda secara automatik. Anda memikirkan apa-apa pun, kemudian ia datang. Tetapi anda tidak mahukan terlalu banyak benda di sana. Apa-apa pun – anda berasa puas. Apa-apa yang anda perlukan, sangat mudah, ia datang kepada anda, tidak kira apa yang anda perlukan.

Semua orang-burung dan orang-haiwan di sana cantik dengan cahaya di sekeliling mereka dan mereka bernyanyi. Mereka ingatkan semua orang supaya beramal, pergi ke tempat yg lebih tinggi. Mungkin bukan kerana anda perlu menjadi Buddha atau apa-apa, cuma jika anda ialah Buddha, anda rasa senang hati, rasa lebih senang hati dengan pencapaian anda sendiri. Kemudian anda dapat bantu makhluk lain seperti mungkin saudara-mara dan kawan anda yang masih ketinggalan di dunia yang menyeksakan atau malah di neraka. Biasanya jika anda capai tahap kesedaran yang lebih tinggi, maka banyak generasi kaum kerabat, keluarga anda akan menjadi bebas juga, takkan pergi ke neraka. Tetapi mungkin dua daripada mereka atau beberapa daripada mereka tidak mengikut agama Buddha, Nabi Isa atau Guru lain, berbuat jahat, kemudian mereka perlu dihukum di neraka. Kemudian dari Alam Buddha, anda dapat lihat menembusi Syurga, Bumi dan neraka. Mungkin anda ternampak salah seorang saudara, ahli keluarga atau malah bapa, ibu anda menderita di neraka. Maka anda boleh turun ke bawah dan berkorban untuk bantu mereka.

Photo Caption: Waktu Keemasan adalah Jarang di Dunia Fana Ini Nikmatilah Sementara Masih Ada
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (17/20)
1
2024-11-24
6779 Tontonan
2
2024-11-25
3583 Tontonan
3
2024-11-26
3448 Tontonan
4
2024-11-27
3190 Tontonan
5
2024-11-28
2991 Tontonan
6
2024-11-29
2818 Tontonan
7
2024-11-30
2822 Tontonan
8
2024-12-01
2905 Tontonan
9
2024-12-02
2964 Tontonan
10
2024-12-03
2478 Tontonan
11
2024-12-04
2319 Tontonan
12
2024-12-05
2251 Tontonan
13
2024-12-06
2261 Tontonan
14
2024-12-07
2166 Tontonan
15
2024-12-08
2112 Tontonan
16
2024-12-09
2073 Tontonan
17
2024-12-10
1894 Tontonan
18
2024-12-11
1902 Tontonan
19
2024-12-12
1797 Tontonan
20
2024-12-13
1647 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android