Kepada Guru Tersayang, Kami berharap Guru sihat sejahtera dengan Berkat Syurga. Saya dan suami saya miliki Loving Hut Litchfield Park. Kami telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu dan perniagaan baik. Pada bulan Jun 2023, badan jelmaan Cahaya Guru datang ke Loving Hut kami banyak kali semasa waktu kerja. Kebanyakan masanya Guru datang dan pergi dengan agak cepat kerana Guru hanya ingin lihat bagaimana keadaan Loving Hut kami.Namun begitu, kali terakhir Guru datang, Guru berada di sana lebih lama sikit untuk bercakap dengan saya. Guru muncul dengan memakai pakaian putih sepenuh, berdiri di sebelah kanan saya sementara saya sedang memasak. Kami berbual ringkas. Saya berkongsi dengan Guru bahawa dengan situasi dunia sekarang, jika kita tidak buat apa-apa, semua Loving Hut akan alami kesusahan kerana ini waktu yang sangat sukar bagi perniagaan bertahan. Guru jawab, “Mungkin suamimu masih dapat menyelamatkan Loving Hut. Dia memegang ijazah perniagaan.”Guru tinggalkan sana selepas katakan ini. Saya telah lupa akan fakta ini. Pada keesokan harinya, saya tanya suami saya sama ada dia memegang ijazah perniagaan. Dia mengesahkan bahawa sebenarnya dia memegang MBA dalam Pengurusan Perniagaan Antarabangsa. Saya bercakap dengan suami saya dan dia bersetuju bahawa dia akan bantu Loving Hut. Namun begitu, dia rasa dia memang memerlukan keizinan dan bimbingan Guru. Kami berterima kasih kepada Guru kerana prihatin dan ambil berat tentang Loving Hut. Kami berharap semua Loving Hut akan berkembang maju supaya kita dapat terus berkhidmat kepada umat manusia. Anak murid Guru, Neriah dari Phoenix, Arizona, AmerikaMahaguru Ching Hai yang dikasihi dan pasukan Supreme Master TV, […] Saya juga ingin berkongsi pengalaman mendalam yang saya alami berhubung dengan kehadiran Guru, Mahaguru Ching Hai. Beberapa minggu sebelum upacara inisiasi di Benin sini, saya nampak badan jelmaan Guru yang berjubah putih diraja dan bermahkota dalam visi dalaman. Kehadiran Guru adalah megah dengan Cahaya putih tulen yang menyucikan segalanya di laluannya.Pada hari inisiasi, ketika saya memandu dengan berhati-hati ke pusat meditasi, saya nampak kehadiran fizikal Guru melalui cahaya Matahari yang menyilaukan mata, menerangi jalan kami dan melitupi kami dalam Cahaya Syurga. Perkara yang mengagumkan berlaku: Jarak untuk sampai ke pusat meditasi nampaknya menjadi pendek dan kami tiba lebih awal daripada yg dijangkakan. Dalam meditasi yang dalam, saya nampak visi Guru melawan kuasa jahat untuk menyelamatkan planet kita yang berharga. Ini buat saya menyedari kecemasan menyelamatkan planet kita. […] Kami berterima kasih kepada Guru dengan kasih sayang. Omoruyi dari Republik BeninGuru yang dikasihi, saya ingin menulis tentang pengalaman dalaman saya pada 22 Oktober 2021 ketika saya di hospital untuk rawatan COVID. Apabila saya dimasukkan ke hospital pada waktu senja 19 Oktober, oksigen darah saya hanyalah 90% dan nafas saya lemah. Saya dirawat dan lebih stabil pada waktu senja 22 Oktober. Pada waktu senja itu, saya berdoa kepada Guru dengan ikhlas dan Guru datang membantu saya. Muka Guru bersinar dengan terang, dengan rambut ikal mayang keemasan yg panjang mengurai di kedua-dua belah Guru datang dekat sangat dengan saya dan beritahu saya supaya menjagakan Guru dalaman saya dan Guru dalaman akan mengajar saya. Kemudian Guru hilang. Kemudian satu lagi visi Guru muncul, rambut putih-Nya bersanggul, berusia tua dan memakai gaun putih. Suara Guru adalah dalam dan penuh belas kasihan. Guru mengajar saya, “Meditasi adalah untuk kesedaran diri, bukan untuk ditunjukkan kpd orang lain untuk dilihat. Kesedaran adalah seperti kanak-kanak yang belajar untuk memerhati, sentiasa memerhatikan kejadian dan perkara di sekelilingmu.” Waktu pagi tiba dan saya berterima kasih kepada Guru kerana terima saya sebagai anak murid walaupun saya belum diinisiasi. […] Apabila saya nampak Guru, saya ingin sekali memeluk Guru tetapi tidak berani menyakitkan Guru walaupun Guru begitu dekat dengan saya. Guru begitu baik hati! Tolonglah saya kekal berada dalam Kasih Sayang Guru dan menuju ke arah yg baik ini hingga hari saya meninggal! Hữu Tâm dari Âu Lạc (Vietnam)Saya warganegara Congo. Saya alami visi dalaman pada malam Khamis, 19 September 2024 di mana saya nampak Mahaguru Ching Hai berjalan di jalanan di mana beberapa orang berjalan seperti biasa, menguruskan hal mereka. Saya terdengar Tuhan berfirman kepada Mahaguru Ching Hai, “Masa-Mu sudah tamat, pulanglah ke Rumah.” Mahaguru berkata kpd Tuhan bahawa Beliau belum selesai dan minta Dia supaya berikan lebih banyak masa. Perbualan ini dilakukan melalui fikiran. Kemudian saya nampak Tuhan buat semua orang berada dlm gerak perlahan dan orang mula jalankan aktiviti mereka dalam gerak perlahan. Kemudian saya dengar suara Tuhan kata, “PERGILAH SELESAIKANNYA.” Dengan serta-merta, saya nampak Mahaguru Ching Hai berlari ke pelosok-pelosok bandar, cuba menyentuh orang yang belum disentuh-Nya. Jadi dengan mesej yang saya lihat daripada Mahaguru Ching Hai di TV, kita memang tiada banyak masa yang tertinggal.Mahaguru Ching Hai, saya belum diinisiasi. Saya tanya Guru apa yg boleh saya buat untuk diinisiasi. Saya telah menjadi 100% vegetarian sejak awal September dan mematuhi Lima Rukun. Saya orang Kristian. Terima kasih atas balasan, Mahaguru Ching Hai. Célestin dari Republik Demokratik CongoHalo, Guru dan pasukan Supreme Master Television!Pada suatu malam, saya terdengar Guru kata, “Saya begitu letih tetapi tiada tempat untuk berehat.” Pada keesokan harinya, secara kebetulan saya nampak video di mana Guru beritahu kita tentang kesusahan yang Guru alami selama ini seorang diri. Jadi kami memutuskan untuk bina bilik peribadi untuk Guru. Tiada sesiapa yg dibenarkan utk masuk kecuali tukang cuci terpilih. Kemudian saya memasak untuk Guru setiap hari.Pada 26 Januari 2023, semasa suluk dua hari di sini, saya nampak badan Cahaya Guru datang ke bilik khas itu. Guru suruh saya bawakan Beliau ubat tahan sakit dan Salonpas (tampalan tahan sakit). Saya ingat itu hanya visi dalaman saya sendiri. Tetapi apabila anak saudara saya datang melawat saya, dia nampak seorg wanita berambut kuning buluh berjalan menuruni tangga. Pelanggan saya juga nampak Guru (saya miliki sebuah restoran vegan). Dia kata, “Ada banyak wanita cantik hari ini!” Saya jawab, “Di manakah mereka?” Dia kata, “Ada seorang yang bergaun kuning. Bapa saudara ada empat orang di rumah, kan?” Saya kata, “Tidak, tiga saja.” Dia menekankan, “Tidak, Wanita itu bergaun kuning dan berbadan kecil. Dia di sini tadi.” Kami begitu tersentuh sehingga menangis.Badan transendental Guru benar-benar ada di sini! Perasaan saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata – Bagaimana kami boleh mendapat Berkat yang begitu besar! Perasaan saya adalah seperti rangkap puisi Guru: “Beramal selama beribu-ribu tahun hanya untuk detik ini: Berada dekat dengan Orang Tersayang maha wujud.” […] Semoga Ketenangan, Kesihatan, Tuah, Kebaikan dan Kelancaran sentiasa bersama Guru. […] Anak murid Ðoan Trang dari Âu Lạc (Vietnam)Dan lain-lain…
Begitu banyak keajaiban dapat roh anda lakukan jika anda bermakrifat. Meskipun anda bermakrifat sikit saja tetapi dalam perjalanan ke arah makrifat besar, sudah berhubungan dengan Kuasa Alam Semesta Tuhan, maka dengan sedikit makrifat saja pun, anda sudah ada Cahaya (Syurga dalaman). Anda sudah dapat bantu orang lain tanpa anda mengetahuinya.Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, […] Pada 2019 apabila saya menemui ajaran Guru, ‘Kunci Makrifat Semerta’, saya berdoa agar jika Guru benar-benar seorang Buddha hidup, saya akan menerima tanda untuk mempercayainya. Pada malam itu, bilik saya bersinar dengan aura dan mengeluarkan bau wangi penuh misteri yg tidak seperti apa-apa yang saya tahu. Sejak itu, saya memutuskan untuk meninggalkan kuasa ajaib saya dan memohon untuk menjadi anak murid Guru, gembira dengan menemui jalan keluar dari Tiga Alam.Semua pengamal sebenar Guru bawa ‘kuasa ajaib tak mementingkan diri’ dalam diri mereka – buat tanpa membuat, tidak menyedari perbuatan mereka. Contohnya, ada seorang saudara seguru yang alami kemalangan teruk, kelihatan tidak bernyawa di tempat kejadian tetapi dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Apabila saudara seguru datang, ingin mendermakan darah, dia sedar semula dengan ajaibnya. Dia mengisahkan bahawa apabila kemalangan berlaku, rohnya meninggalkan badannya dan dapat lihat badannya terbaring di sana tapi tak dapat masukinya semula. Apabila saudara seguru tiba, dia nampak setiap daripada mereka pancarkan Cahaya dan Cahaya mereka bergabung menjadi Cahaya besar, membantu menolak rohnya balik ke dalam badannya. Mereka menyelamatkan dia tanpa menyedarinya pun.Guru memang merupakan Guru Bermakrifat Paling Agung. Saya amat berterima kasih atas Guru menerima saya sebagai anak murid. Anak murid Guru, Thiện Nhân dari Âu Lạc (Vietnam)
Hanya apabila anda telah jadi Buddha, bermakrifat sepenuhnya baru anda tahu secara fizikal juga apa yang anda buat. Yang selebihnya tak tahu apa yang mereka buat. Sama ada mereka berkati orang dengan Cahaya mereka, halo di sekeliling mereka, Cahaya di sekeliling badan mereka, atau mereka boleh mudaratkan orang lain dengan tenaga negatif. Mereka berdua tak tahu. Hanya Bodhisattva dan Buddha betul-betul tahu apa yang Mereka buat. Sementara itu, juga tanpa membuat kerana Mereka berhubungan dengan Kuasa Alam Semesta yang besar. Mereka bukan hanya gunakan jenis tenaga atau pemikiran yang kecil dan sempit untuk membantu dan berasa hebat, megah dengan membantu seseorang. Tidak. Mereka buat tetapi tidak buat apa-apa pun. Hanya Kuasa Tuhan yang buat.Jika anda lihat melalui badan fizikal, maka itu tujuan badan Guru. Jadi anda dapat lihatnya dgn lebih jelas sementara berada di domain fizikal. Sebab itulah Guru perlu lahir semula dalam badan fizikal supaya anda boleh dekatinya, boleh berhubungan dengan senangnya. Guru itu boleh mengajar anda dalam bahasa manusia supaya fikiran anda akan faham dan menerimanya. Jika tidak, bukanlah badan yang memakrifatkan anda tetapi Kuasa di dalam badan itu, di dalam khazanah itu, badan dilantik yang membantu anda.Tetapi mana-mana Guru pun takkan rasa megah, “Oh, saya bantu dia, bantu dia! Saya hebat.” Tidak, tidak. Mereka tak rasa begitu. Mereka hanya lakukannya dgn bersahaja, sama seperti anda bernafas kerana Mereka tiada sebarang ‘saya’ atau diri, diri fizikal atau diri yg pentingkan diri lagi. Jadi saya memang harap sedikit kata-kata saya hari ini akan bantu sesetengah drpd anda. Dah tentu, ia membantu anak murid Tuhan saya. Sebab itulah saya perlu bercakap sekali-sekala.Saya tak dapat bercakap setiap hari macam ini. Tak perlu. Satu khutbah dah akan kekal selama-lamanya. Semua roh boleh mendapatnya. Di neraka pun, orang yang dihukum di neraka juga boleh mendapatnya. Cuma mereka terlalu banyak dalam kesakitan dan penderitaan. Mereka tak tahu apa-apa pun sama sekali. Mereka tak dapat menerima apa-apa pun walaupun mereka mendapatnya. Karma mereka terlalu berat. Ia mengurung mereka. Mereka seperti berada di bawah gunung besar. Mereka tak boleh bergerak. Mereka tak dapat mempertahankan diri. Mereka tak dapat dengar apa-apa pun, tak nampak, tak tahu apa-apa pun. Itu situasi kesian yang boleh mana-mana makhluk alami jika mereka tidak amalkan makrifat dan tiada Guru bermakrifat agung untuk melindungi mereka.Tolonglah cari Guru bermakrifat. Jika anda tidak percaya kepada saya, carilah, berdoa kepada Tuhan, berdoa secara berterusan agar Tuhan akan membawa anda kepada Anak yang merupakan wakil-Nya. Sebaik-baiknya anda dapat cari satu-satunya Anak Tuhan. Ada Guru-guru lain juga, tahap yang lebih rendah tetapi tetap lebih baik drpd tiada apa-apa pun. Saya sudah beritahu anda di mana nak cari perlindungan dalam khutbah lain, mungkin beberapa bulan yang lalu. Jadi tolong carinya jika anda berminat untuk menyelamatkan diri atau berminat untuk mengenali Tuhan, kita boleh kata, secara bersemuka.Jika anda ingin mengenali Nabi Isa, jika anda ingin mengenali Buddha, jika anda ingin mengenali semua Guru dalam agama-agama yang berlainan, dapatkan makrifat dulu melalui seorang Guru bermakrifat yang cekap, atau mungkin kurang cekap tetapi bermakrifat. Guru itu perlu berada di Peringkat Keempat sekurang-kurangnya, bermakna mengira dari sini: Astral, Sebab Akibat, Brahma – ini ialah tiga Peringkat yang apabila kita meninggal, kita akan perlu berdepan. Dan Peringkat Keempat. Saya tak boleh beritahu anda Nama Dewa Besar Peringkat itu kecuali semasa anda diinisiasi. Kami akan beritahu anda pada waktu inisiasi dengan Kuasa yang diterapkan daripada Diri Tertinggi saya. Maka ia dapat bantu anda. Kata-kata saja, Nama Dewa Besar itu saja tak dapat membantu anda.Tolonglah jadi vegan, dapatkan makrifat. Sekurang-kurangnya memuji Tuhan, berdoa kepada Tuhan setiap hari. Buat Tuhan jadi sebhgn drpd hidup anda. Buat Tuhan menjadi saudara anda. Jangan lupa akan Tuhan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada semua Guru di semua arah pada semua zaman. Itu saja yang anda perlukan. Dapatkan makrifat melalui Guru bermakrifat sepenuh atau mungkin Guru lebih rendah yg bergantung pada Guru masa dahulu atau Guru yang sudah menaik ke Syurga untuk membantu anda. Sesetengah Guru kurang bermakrifat tetapi bergantung pada Guru mereka yang lebih bermakrifat untuk membantu anda. Tetapi mereka tak dapat bantu terlalu banyak orang. Macam itulah. Guru bermakrifat sepenuh dapat bantu seluruh dunia. Jika seluruh dunia datang dapatkan perlindungan Guru ini, Mereka dapat selamatkan mereka semua. Mereka malah dapat selamatkan roh yang berada di neraka. Bayangkan. Jadi jenis Guru ini, anda boleh jumpai hanya jika anda benar-benar orang yang paling bertuah.Baiklah. Sekarang Tahun Baharu Qamari Selamat sejahtera sekali lagi dan semoga anda maju jaya. Semoga segala hasrat baik atau usaha mulia anda dilaksanakan dengan lancar dan menjadi kenyataan. Semoga Tuhan berkati anda. Semoga Tuhan rahmati anda supaya anda mengetahui makrifat. Amin. Buddha Amitābha. Semoga semua Guru ada Belas Kasihan terhdp kita dan cari jalan untuk makrifatkan kita, bebaskan kita dgn Rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa Yang Maha Besar. Terima kasih. Amin.Photo Caption: Bergaul dengan Baik, yang Kuat dan yang Lemah > Suka akan Kedamaian Ini!