Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Berhubung dgn Tuhan dlm Masa Kurang drpd Seminit, Bahagian 5 drpd 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, kita ada segala jenis tanda kemusnahan yang berlaku dan cara memusnah yang alam semula jadi tunjukkan kepada kita, begitu tak pernah berlaku dahulu, begitu berbahaya, begitu byk bawa maut yang menyebabkan begitu byk kesakitan dan penderitaan kepada orang semua peringkat umur. DAN LAIN-LAIN…

Jadi saya merayu kpd anda sekali lagi, tolong selamatkan diri anda dengan menjadi vegan. Berbelas kasihan dengan kesakitan makhluk lain sebanyak jika itu anda, jika anda ialah orang-ayam, jika anda ialah orang-lembu, jika anda ialah orang-khinzir, jika anda ialah orang-ikan dan lain-lain – jika anda ialah mereka. Fikirkanlah itu. Bayangkan berapa banyak penderitaan yang perlu mereka alami untuk anda masukkan satu, dua potong ke dalam mulut anda. Ini tak berbaloi. Ini terlalu kejam. Adalah tidak pemurah bagi manusia bertindak macam itu, memakannya. Ini terlalu tidak bermaruah, terlalu di bawah maruah kita, bunuh dan makan makhluk hidup lain. Walaupun anda perlu makan sayuran, jika anda tak tahu makanan tanpa kesakitan, atau buah-buahan, anda dah rasa tidak sedap hati, apalagi makan makhluk yang menendang, berlari, menjerit dan masukkannya ke dalam mulut anda, mulut suci anda yang harus anda gunakan untuk memuji Tuhan, memuji Guru saja supaya anda sendiri boleh mendapat pembebasan.

Usah percayai saya. Amalkannya saja dan anda akan tahu bahawa apa yang saya beritahu anda sekarang adalah benar. Ia benar sepenuhnya. Saya hanya beritahu anda kebenaran. Saya tak pernah beritahu anda apa-apa yang tidak benar. Saya perlu sendiri menyedarinya baru dapat memberitahu anda. Setiap kali saya berfikir nak bercakap dengan singkat saja, saya terus bercakap dgn panjang lebar. Tak apa. Saya harap anda boleh mendapat manfaat melalui kata-kata saya kerana itu berkat Tuhan melalui kata-kata saya yang anda terima, bukan saya, bukan diri fizikal saya. Diri fizikal saya ialah alat Tuhan juga. Ini bukan hanya yang biasa.

Sekarang kita cakap tentang roh semula. Apabila roh ada sesuatu kejadian luar biasa yang berlaku kepada badan, maka roh mungkin tak dapat mengawal ke mana ia akan pergi. Ia juga dilitupi oleh banyak badan yang lain. Seperti jika anda tinggalkan badan fizikal, ada badan Astral dan badan-badan lain yang saya dah kata. Roh akan masih terkurung. Jadi roh, kesedaran atau fikiran separa sedar yang tertinggal akan bingung, menderita, sengsara, keliru, tak tahu di mana itu dan apa yang patut dibuat. Kadangkala apabila mereka mati secara tiba-tiba dalam kesakitan dan kedukaan yg begitu besar, mereka takkan mendapat pembebasan. Mereka akan terkatung-katung selama-lamanya, menyalahkan diri sendiri, membenci orang lain atau keliru dengan haluan dan tujuan mereka, tanpa badan fizikal, dah tentu. Jika roh itu datang daripada situasi terseksa, penderitaan besar, mungkin disebabkan oleh kehilangan orang tersayang atau ditindas, disalah tuduh, dibunuh, dibunuh secara tidak adil, maka roh itu, di dalam banyak badan yang mengurungnya, takkan dapat membebaskan diri.

Seperkara lagi, saya telah mengkaji dan menemui jauh lebih banyak makanan tanpa kesakitan untuk anda. Saya telah suruh mereka masukkannya ke dlm senarai dan buat laman sesawang untuk anda muat turun supaya anda tahu yang mana tiada kesakitan untuk dimakan jika anda mahunya macam itu. Ada banyak lagi. Apabila ada masa, saya akan buat lebih banyak kajian dan senaraikannya untuk anda. Makanan tanpa kesakitan dicipta oleh Kuasa Tuhan, oleh Kasih Sayang Tuhan untuk anak-anak-Nya di planet ini. Ini malah sudah dinyatakan dalam Bible. Itu senang untuk difahami. Itu khasiat dan Kasih Sayang sebenar daripada Tuhan.

Makanan lain yang ada kesakitan dicipta oleh makhluk lain, dah tentu, juga gunakan sebahagian daripada Kuasa Tuhan, kuasa ajaib atau kuasa Astral yang masih ada di dalam badan mereka, apa-apa saja yang boleh mereka gunakan untuk mencipta. Sama ada mereka masih hidup, melakukannya melalui sesuatu keadaan atau terutamanya, kebanyakan masanya, selepas mati, jika mereka mati sengsara atau menyebabkan diri mati seperti membunuh diri, dan jika roh, jiwa, fikiran atau kesakitan sedar mereka terterap ke dalam sesuatu bahan atau malah terterap ke dalam tanih, maka ia akan mewujudkan tumbuhan atau pokok, misalnya macam itu. Pokok atau tumbuhan ini akan ada kesakitan kerana karma tiba-tiba mengubah mereka menjadi sesuatu yang lain dan bukan badan hidup yang bergerak. Kemudian ia akan tersangkut di sana untuk masa yang sangat lama, malah mungkin selama-lamanya.

Jadi pastikan kehidupan anda ceria. Anda mesti sentiasa syukur kpd Tuhan, ingat akan Tuhan, berterima kasih kepada Guru sepanjang masa, dari semua arah, dan memuji Guru juga, semua Guru, semua Guru bermakrifat – Guru berbelas kasihan, pengasih, pemurah yang merupakan wakil Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar.

Contohnya, saya akan beritahu anda satu perkara. Ada terlalu banyak, jadi saya tak dapat beritahu anda semuanya tetapi terdapat sebuah cerita rakyat di Âu Lạc (Vietnam). Kami ada herba kecil yang dipanggil ketumbar Âu Lạc dengan daun runcing, kecil, panjang. Ia merupakan herba. Rasanya sedikit pahit dan pedas tetapi tidak sepedas cili, agak menyelerakan. Dulu saya suka dan makannya tetapi saya tidak makannya lagi sekarang. Saya tak mahukannya lagi. Saya tidak maksudkan nak melarang anda buat apa-apa. Saya hanya kisahkan ceritanya kpd anda.

Di Âu Lạc (Vietnam), kami ada sebuah cerita rakyat, sejenis cerita pari-pari tetapi tak begitu seperti pari-pari, tentang herba yang kita panggil ketumbar Âu Lạc (Vietnam). Kami panggilnya rau răm dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam). Ia dikatakan lahir daripada darah, kesakitan dan jiwa terseksa seorang wanita yang muhsin. Dia ada seorang suami yang merupakan pengkhianat negara kami pada masa itu, menjual rahsia dan benda kami kepada musuh. Tetapi kemudiannya dia tidak berjaya. Mereka berdua, suami isteri ini, ada seorang anak lelaki. Oleh sebab dia begitu banyak memaksa dia, begitu banyak menghukum dia, dia (si anak) terjun ke dalam sungai dan mati. Selepas si ibu pergi ke sana sini, cuba mencari dia dan tahu bahawa dia mati dalam situasi sebegini, dia tak tahan kerana suaminya memperlakukan dia dengan buruk juga dan dia tak suka cara suaminya bertindak sebagai pengkhianat kepada negara kami, dan kehilangan anaknya dengan cara yang begitu menyakitkan, dia mengelar pergelangan tangannya dan mati. Dia mati dalam sengsara dan keterikatan pada sentimen terhadap anaknya, Jadi darahnya tertumpah ke atas tanah. Daripada darah yang tertumpah itu muncul sayur ini, herba yang dipanggil rau răm ini, ketumbar Âu Lạc (Vietnam).

Mereka kata kerana dia bernama Thi Răm, R- dan ă-m, dan anak lelakinya yang mati lemas di dalam sungai bernama Cải. ‘Cải’ bermaksud sayur. Kami ada rangkap cerita rakyat yang berbunyi “Gió đưa cây cải về trời, rau răm ở lại, chịu đời đắng cay,” bermaksud “Angin membawa sayur” – bermakna nama anaknya, Cải – “pergi ke Syurga.” Angin membawa sayur menaik ke Syurga dan hanya herba ketumbar Âu Lạc (Vietnam) yang tertinggal di sini, rasai kehidupan yang pahit dan pedas. Itu untuk beri hormat kepada ibu dan anak tersebut. Darah dan jiwa terseksa yang tertumpah ke atas tanah itu mewujudkan jenis herba yang dipanggil rau răm ini, bermakna ketumbar Âu Lạc (Vietnam), misalnya macam itu.

Herba itu ada karma kerana semangat rendah ini dan sentimen derita apabila dia mengelar diri pada pergelangan tangan dan mati mewujudkan jenis herba itu. Itu cerita rakyat tetapi juga menerangkan atau menunjukkan sesetengah sayur atau herba dalam situasi yang serupa – bahawa ia diwujudkan daripada sentimen derita manusia atau kadangkala sentimen gembira juga. Seperti dalam banyak cerita rakyat, mereka kisahkan sebuah cerita cinta tentang Lương Sơn Bá- Chúc Anh Đài. Apabila Lương Sơn Bá meninggal dunia, Chúc Anh Đài ingin mati bersama dia juga. Jadi dia datang ke makamnya, menangis, meraung dan ingin mati bersama dia. Kemudian dia juga mati di sana. Kemudian mereka berdua menjadi dua ekor rama-rama, terbang bersama dengan gembira sekali. Itu kisah sebenar, diubah suai lebih atau kurang.

Banyak kejadian seperti ini berlaku di dunia kita dan daripada itu muncul spesies-spesies, pokok-pokok, herba-herba atau malah batu-batu yang berlainan. Sesetengah roh terperangkap dlm pokok dan masih belum mendapat pembebasan. Jadi jika kita memotong pokok itu, mereka rasa sangat sedih dan sakit. Ada sesetengah pokok yang sangat berbahaya juga. Jika saya dapat lihatnya lagi, saya minta mereka senaraikannya untuk anda. Saya telah hantarnya kpd pasukan berita. Saya tertanya-tanya sama ada mereka sudah menerimanya. Sesetengah pokok, sesetengah tumbuhan sangat berbahaya, boleh membawa maut, bukan hanya beracun sikit dan kita mungkin mati.

Contoh Tumbuhan Beracun di UK

Hogweed Gergasi – Lepuh dan ulser yang besar jika tersentuh kulit dan boleh menyebabkan kebutaan jika tersentuh mata

Dropwort Air Hemlok – Kematian boleh berlaku beberapa jam selepas pengingesan, termasuk dengan sapnya yang masuki mata

Hemlok – Pengingesan mempengaruhi saraf peparu dan boleh menyebabkan kematian akibat sesak nafas

Wolfsban – Sentuhan boleh menyebabkan muntah yang teruk, rasa loya dan kadar denyut jantung yang jadi perlahan. Pengingesan boleh akibatkan kematian

Spurge/Euphorbia – Sap yang seperti susu sangat toksik, merengsakan kulit dan mata

Foxglove – Pengingesan boleh menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang

Lords and Ladies/Cuckoo Pint – Menyebabkan kerengsaan dan keradangan yang teruk jika diinges

Dog’s Mercury – Pengingesan boleh akibatkan jaundis, cirit-birit, muntah, malah kematian

Deadly Nightshade – Pengambilan boleh menyebabkan ruam, sakit kepala, pertuturan tidak jelas, halusinasi, konvulsi dan akhirnya kematian

Sesetengah tumbuhan adalah beracun. Itu mungkin kerana roh orang yang mati itu terterap ke dalam tumbuhan atau pokok itu, tak boleh mendapat pembebasan disebabkan oleh kejahilan mereka, keterikatan mereka melalui kejahilan pada dunia fizikal ini atas sesuatu sebab atau seseorang, jadi mereka tak boleh mendapat pembebasan. Jadi adalah sangat, sangat penting anda memilih masa depan anda sementara anda masih hidup dalam badan fizikal. Pilihlah makrifat. Pilihlah Tuhan dengan apa-apa saja cara yang anda boleh. Anda sentiasa perlu berdoa kpd Tuhan, ingat akan Tuhan, memuji Tuhan, dan lebih-lebih lagi, menjadi vegan.

Photo Caption: Persekitaran Tak Begitu Baik tetapi Kita Bersama, Bergembiralah, Sayang!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-08
4293 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-09
3268 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-10
2768 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-11
2525 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-12
2515 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-13
2564 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-02-15
136 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2025-02-15
108 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-02-15
513 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-15
1245 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-02-14
105 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android