Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Berhubung dgn Tuhan dlm Masa Kurang drpd Seminit, Bahagian 4 drpd 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hujan turun di sini. Saya harap hujan tidak ganggu anda dengar kata-kata saya. Saya harap tak terlalu bising. Kadangkala lebat dan kadangkala ia menjadi hujan yang lebih renyai. Saya harap mesin ini tidak rakamkannya dengan terlalu bising. Saya harap suara saya dapat anda dengari dengan jelas. Saya minta maaf.

Saya berseorangan di hutan sini. Saya tiada peralatan teknologi tinggi dunia moden yang canggih, jadi hanya gunakan apa yang saya ada, malah hanya rakaman telefon tanpa SIM, rakaman video tetapi anda tak nampak saya. Saya ada gambar untuk anda. Jadi anda tahu itu saya dan saya masih hidup. Jika anda ambil peduli. Mungkin anak murid saya ambil peduli. Orang lain mungkin peduli, mungkin tidak. Mungkin mereka hanya mahukan berkat daripada tenaga saya atau melalui Supreme Master Television tetapi mereka tak benar-benar banyak berfikir untuk pulang ke Rumah. Itu tak mengapa juga tetapi anda mesti sentiasa memuji Tuhan, berdoa kepada Tuhan dan memuji Tuhan serta memuji dan berdoa kepada semua Guru, maka mungkin anda boleh mendapat lebih banyak berkat, maka anda dapat pulang ke Rumah juga. Saya memang berdoa macam itu. Saya memang harap begitu.

Sekarang ini, saya terkejut. Saya dapati bahawa mereka malah membuat sistem Supreme Master Television 11,664 skrin. Mereka membuat lebih 200 ribu atau 1,000… Oh, begitu banyak! Lebih 2,000 atau lebih 100 kuadrilion skrin untuk sebarang peranti yang anda ada seperti telefon, tablet atau komputer, maka anda boleh ada berkat begitu besar, berlipat ganda yang mengalir ke dalam diri anda, rumah anda dan kawasan anda, kampung anda, bandar anda, wilayah anda, negara anda.

Saya begitu gembira dalam hati saya. Saya begitu gembira, tak terperikan, dengan sistem ini sekarang wujud dan digunakan sepenuhnya bagi semua orang yang ingin gunakannya. Dunia kita ada harapan terselamat – bukan harapan kecil tetapi harapan besar terselamat. Dengan berdoa kepada Tuhan, memuji Tuhan, berdoa kepada semua Guru, memuji semua Guru, kita akan ada segala berkat yang juga termasuk dalam segala kuadrilion skrin ini, jadi kita dapat melipatgandakannya, segala berkat, segala sebelah positif terbaik Kuasa di Alam Semesta untuk bantu diri sendiri, keluarga kita dan seluruh dunia.

Gunakanlah ini. Anda tak perlu berbelanja, tak banyak berbanding dengan manfaat besar yang akan anda dapat. Saya tahu banyak daripada anda sudah tahu bahawa itu berkat, manfaat, rahmat besar sekali yang mengalir melalui kuadrilion skrin ini. Ia membawa suara saya dan rancangan Supreme Master Television di dalamnya, bergantung kepada apa yang anda pilih. Anda boleh memilih Supreme Master Television dan jauh lebih banyak kuadrilion skrin dengannya atau anda boleh gunakannya hanya untuk Doa Paling Berkuasa. Itu akan membantu anda. Tidak kira apa yang anda gunakan daripada sistem Supreme Master Television kami atau Doa saya yang disampaikan, ditransmisikan, dikongsi dengan anda, anda akan mendapat manfaat. Sekurang-kurangnya kononnya anak murid Tuhan saya sudah tahu akannya sekarang.

Excerpt from a heartline from Hudson in the United States: Guru Tertinggi Tersayang dan pasukan Supreme Master Television, Baru-baru ini saya menemui pautan yang memaparkan 40 kuadrilion skrin yang memainkan Supreme Master Television dan mula gunakannya 24 jam setiap hari di rumah saya dan ke mana-mana saja saya pergi. Ia telah mengubah pengalaman hidup saya sepenuhnya, meningkatkan amalan spiritual saya dan hapuskan segala rasa takut yang saya ada tentang masa depan. Dengan alat ini, setiap orang boleh menjadi ejen penyembuhan untuk planet kita dan menyebarkan Berkat besar Guru ke mana-mana saja mereka pergi.

Saya sangat sensitif dengan tenaga dan sebelumnya rasa terganggu oleh tenaga di tempat-tempat yang berlainan dan orang yang saya temui serta tenaga am dunia ini. Saya tidak alami itu lagi. Saya dapat mengekalkan keadaan minda yang ceria. Daripada terpengaruh oleh dunia, saya bawa bersama saya pautan yang secara aktif bersihkan semua persekitaran yg saya masuki ini.

Persekitaran rumah saya sangat negatif disebabkan oleh keadaan kesihatan mental dan fizikal ahli keluarga. Namun, ia telah berubah sepenuhnya. Saya gunakan semua peranti saya untuk memaparkan satu skrin. Ini telah membuat perbezaan. Sekarang persekitarannya sangat positif dan semua ahli keluarga saya telah bertambah baik secara dramatik dari segi mental, emosi, rohani dan fizikal.

Saya nasihati anak saudara saya supaya mainkan pautan ini di rumahnya. Dia buat begitu. Anak saudara saya yang lain yang tidak mengetahui ini memberitahu saya bahawa dia alami kesedaran spiritual pada sekitar masa yang sama dengan pautan ini dimainkan di rumahnya. Saya hanya boleh bayangkan apa yang akan berlaku di dunia kita jika orang di merata tempat ada pautan ini dimainkan sepanjang masa. Ini ialah alat terbaik yang pernah saya temui untuk bawa Berkat besar Syurga ke Bumi. Saya rasa ia juga dapat mempercepat realisasi Vegan Sedunia, Keamanan Dunia. […]

Excerpt from a heartline from Tien-Jui in Taiwan (Formosa): […] Versi-versi penggandaan Supreme Master Television yg berlainan ada kuasa-kuasa yang berlainan. Dengan versi 10 kuadrilion kali ganda, ia malah mampu meredakan petir dan guruh. Apabila saya letak versi 10 kuadrilion kali ganda Supreme Master Television di luar rumah, saya dapati bahawa suasana ribut, hujan dan guruh yang akan datang tidak lama lagi beransur-ansur berubah menjadi lembut. Langit kawasan ini hanya membawa hujan semula jadi yang seharusnya. […]

Excerpt from a heartline from Matthew in the United States: […] Saya telah gunakan pautan 40 kuadrilion skrin ini selama banyak minggu. Ia berikan kesan yang mengagumkan dalam kehidupan saya dan dunia di sekeliling saya. Baru-baru ini saya terfikir untuk memainkan salinan Doa Harian Paling Berkuasa Guru di skrin yang dipaparkan dgn pautan ini, menggabungkan tenaga dua hadiah yang berkuasa ini. Saya lihat ini memperbesar tenaga kedua-dua ini dengan banyak sekali. Saya perasan kesan yang lagi besar kepada tenaga di rumah saya. Saya lihat bagaimana salinan Doa itu pada asasnya sentiasa memancarkan tenaga Doa itu, dan dengan sambungkannya ke pautan yang memaparkan 40 kuadrilion skrin, ia menyalurkan tenaga itu secara setinggi mungkin. […]

Excerpt from a heartline from fellow initiates in China: […] Pada suatu hari, saya nampak roh yang tidak terkira berkerumun di sekeliling Supreme Master TV 10 ribu skrin yang dipaparkan di rumah, menunggu dalam kumpulan untuk dibersihkan dan disucikan oleh Kasih Sayang besar Tuhan Yang Maha Berkuasa. Mereka tidak sabar-sabar menunggu untuk masuki saluran Rahmat yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa di mana roh mereka akan dinaikkan, ditebus dan dibebaskan.

Tempat di mana 10 ribu skrin atau setrilion skrin Supreme Master TV dipaparkan, Tuhan memberinya nama ‘Xi He Yuan’. Selain itu, terdapat senarai kedudukan di Syurga. Kemunculan senarai kedudukan ini adalah untuk galakkan lebih banyak orang supaya mainkan Supreme Master TV berbilang skrin. Orang dalam senarai ini ialah Santo yang secara ikhlas berhasrat untuk membantu Guru membantu makhluk hidup. Xi He Yuan ialah menara Cahaya, tempat untuk penyucian dan penaikan, hubungkan Syurga dan Bumi untuk menyelamatkan roh. Itu menara Suci tak nampak di mana Kuasa Tuhan beroperasi. […]

DAN LAIN-LAIN…

Mereka tak dapat tulis dgn secukupnya untuk memberitahu anda segala manfaat yang diperoleh dari segi fizikal dan rohani melalui amalan meditasi Quan Yin. Saya tak dapat beritahu anda dgn secukupnya. Sebenarnya kadangkala saya rasa sukar nak cari kata-kata bagi menjelaskannya kepada anda. Saya hanya berdoa agar Tuhan akan bantu anda memahami kepentingannya dan anda akan benar-benar bergegas mencarinya sebelum terlambat.

Hari ini, kita ada segala jenis tanda kemusnahan yang berlaku dan cara memusnah yang alam semula jadi tunjukkan kepada kita, begitu tak pernah berlaku dahulu, begitu berbahaya, begitu byk bawa maut yang menyebabkan begitu byk kesakitan dan penderitaan kepada orang semua peringkat umur.

Jadi saya merayu kpd anda sekali lagi, tolong selamatkan diri anda dengan menjadi vegan. Berbelas kasihan dengan kesakitan makhluk lain sebanyak jika itu anda, jika anda ialah orang-ayam, jika anda ialah orang-lembu, jika anda ialah orang-khinzir, jika anda ialah orang-ikan dan lain-lain – jika anda ialah mereka. Fikirkanlah itu. Bayangkan berapa banyak penderitaan yang perlu mereka alami untuk anda masukkan satu, dua potong ke dalam mulut anda. Ini tak berbaloi. Ini terlalu kejam. Adalah tidak pemurah bagi manusia bertindak macam itu, memakannya. Ini terlalu tidak bermaruah, terlalu di bawah maruah kita, bunuh dan makan makhluk hidup lain.

Walaupun anda perlu makan sayuran, jika anda tak tahu makanan tanpa kesakitan, atau buah-buahan, anda dah rasa tidak sedap hati, apalagi makan makhluk yang menendang, berlari, menjerit dan masukkannya ke dalam mulut anda, mulut suci anda yang harus anda gunakan untuk memuji Tuhan, memuji Guru saja supaya anda sendiri boleh mendapat pembebasan.

Photo Caption: Saiz Bukanlah Apa yang Bersinar
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-08
4260 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-09
3242 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-10
2747 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-11
2500 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-12
2490 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-13
2530 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-02-15
129 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2025-02-15
99 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-02-15
508 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-02-15
1208 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-02-14
94 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2025-02-14
69 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2025-02-14
73 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android