Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Saya dengan hormat menyembah Guru, Guru yang paling dikasihi dan paling berbelas kasihan. Saya (…) dari Âu Lạc. Baru-baru ini, saya diinisiasi oleh Guru tetapi sebelumnya saya menerima inisiasi daripada Trần Tâm. Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya selepas menerima inisiasi drpd kedua-duanya. Saya harap apa yg saya ceritakan di sini akan menyedarkan orang yang lemah, tersesat, jahil dan membuta yang mengikut Trần Tâm, seperti saya dahulu. Selepas inisiasi dengan Trần Tâm: kehidupan luaran saya beransur-ansur bertambah buruk, semakin merosot. Saya hilang pekerjaan dan keluarga saya porak-peranda. Saya tiada pengalaman dalaman atau berkat yang dijanjikan oleh mereka. Sebaliknya, sejak menerima inisiasi daripada Mahaguru Ching Hai (dengan lebih tepat, sejak saya mula mengkaji ajaran-Nya), kehidupan saya mula berubah dengan positif sekali dari segi kebendaan dan rohani. Saya ada pekerjaan yang stabil. Anak saya juga diatur supaya ada tempat yang baik utk belajar. Saya menjadi lebih optimistik dan terasa setiap hari penuh dengan keajaiban. Dari segi rohani, saya juga ada banyak pengalaman dalaman dgn Cahaya dan Bunyi (Syurga) dalaman Suatu kali pada waktu saya mengkaji ajaran bagi bersedia untuk inisiasi oleh Guru, saya sedang bermeditasi dan hanya melafazkan nama Guru, bukan lima Nama Suci (kerana Nama Suci yang diajarkan oleh sebelah lain tidak berkuasa), saya ternampak Mata putih yang terang. Pada kali yang lain, Guru bawa saya melawat planet lain, dan dalam mimpi, saya bertemu dengan Guru banyak kali. Saya amat berterima kasih kepada Guru dan rasa begitu bertuah. Kegembiraan terbesar dalam hidup saya adalah menjadi anak murid Guru. Saya kasihi Guru dan berdoa agar Buddha, Bodhisattva di sepuluh arah serta Syurga menyokong Guru untuk menyempurnakan Misi-Nya. Saya harap orang yang tersesat boleh berpatah balik, bertemu dengan Guru Bermakrifat yg benar-benar agung, Buddha Hidup sebenar yang telah lama dicari oleh mereka. Terima kasih, pasukan Supreme Master TV kerana berikan peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman ini. Petikan daripada ‘Ruma Trần Tâm seorang pembidaah yang menipu dan menyesatkan banyak pengamal. Berhati-hati dengan taktik ini’ Ruma Trần Tâm seorang penipu terang-terangan yang gunakan agama untuk mudaratkan orang lain. Kita perlu mengutuk dan memboikot dia untuk menyelamatkan banyak orang yang tersesat. Dia mengacu patung sendiri dan jualnya pada harga AS$5,000 atau kira-kira 120 juta VND serta melarang pengikutnya memuja Buddha, Nabi Isa atau nenek moyang mereka. Dia memang merupakan syaitan dalam bentuk manusia. Dia malah menjual mangkuk sedekah pada harga AS$2,500, kira-kira 60 juta VND. Dia mengaut keuntungan sampai tahap menjual selimut panas kepada pemeditasi yang mengikut dia pada harga 30 juta VND (AS$1,190). Ia dipanggil oleh Ruma sebagai ‘selimut yang hilangkan karma’. Dia menggoda orang dengan mendakwa secara tipu bahawa beli segalanya yang dijualnya dapat menghilangkan karma, tidak kira berapa berat karma itu. Anda nampak tak percanggahan dalam kata-katanya sendiri? Sementara dia sendiri berkata bahawa dia berkuasa untuk hilangkan semua karma untuk semua orang tetapi dia menipu orang dengan menjual banyak barang pada harga yang sangat tinggi dan mereka perlu beli item ini untuk hapuskan semua karma mereka. Alahai, ini begitu tak masuk akal dan berdelusi! Tetapi mengapa begitu banyak orang yang jahil dan mudah terpengaruh ditipunya? Mereka bukan sahaja kehilangan wang tetapi rumah hilang dan jiwa tersesat juga. Tolonglah sedar! Dulu saya pengikut Trần Tâm. Saya terlibat secara langsung dalam hal dalaman seperti perbelanjaan hidup, makanan dan beli-belah. Oleh itu, saya tahu segalanya tentang personaliti dan gaya hidupnya. Saya beransur sedar bahawa banyak perbuatannya tidak betul, seperti ambil wang daripada pemeditasi. Sesetengah drpd mereka malah perlu menjual rumah untuk membuat tawaran kerana takut akan sumpahnya. Ada pemeditasi lelaki yg tinggalkan sana dan melaporkan dia kerana ganggu mereka secara seksual semasa mengambil bahagian dalam kumpulan. Banyak orang dianiayai macam ini. Dia malah menulis surat yang mengugut dan menyumpah bahawa seluruh keluarga mrk akan jatuh sakit atau mati jika mereka tidak kembali. Orang kanannya yang menggelar diri sebagai pelindung dharma dan biksunya bebas memungut wang daripada pemeditasi untuk dia, malah masukkannya ke dalam kocek sendiri. Sewaktu bersuluk, makanan dijual dengan harga yang sangat tinggi, malah 20 kali lebih tinggi daripada kos sebenar kerana dia mendakwa bahawa ia ada kuasa berkat. Contohnya, dia jual sebiji buah ciku yang ditanamnya sendiri pada harga AS$100, sebiji pankek pada harga 500,000 VND (Dong Vietnam ~ AS$20), sepinggan nasi pada harga 1 juta VND (AS$40) dan banyak item terlebih harga serupa yang lain. Senarai nama sebenar dan palsu Trần Tâm (Ruma): Tom Van Tran (Nama lahir) John Saint (Nama sah sekarang dan digunakan dlm pasport Amerikanya) Guruji Sagarrumagarmatha (Nama yang lebih disukainya sekarang) Trần Tâm Trần Văn Tâm Trần Văn Út Huỳnh Long Trần Út Huỳnh Long Tâm Trần Tom Trần / Tom Tran Guru Tran Tam Trấn Yăn Tom Tran Yen Tom Cậu Út Ruma Guru Ruma Ruma John Saint Guru RUMA John Saint Minh Sư Ruma Minh Sư Trần Tâm Guruji Ruma Om Ruma Sagarrumagarmatha DAN LAIN-LAIN…
Ini pemandangan yang menyakitkan hati untuk dilihat, Tuan, tetapi kadangkala bukan senang nak baikinya kerana orang tidak memahaminya. Mungkin mereka menilai kita, mungkin mereka berpaling dari kita atau mungkin mereka malah menjadi betul-betul ganas dan kejam terhadap pembina atau pembaik jambatan. Di dunia kami, kami tak dapat bermimpi adanya berkat spiritual seperti di Alam-Mu – mungkin suatu hari nanti, mungkin suatu hari nanti. Di negara-Mu, rakyat-Mu tidak perlukan jambatan seperti itu pun kerana Kalian tiada pembahagian, seperti sebuah negara di sebelah negara lain, kemudian disebabkan pembahagian, bahasanya juga akan menjadi berbeza bagi setiap negara. Itu bagaimana kadangkala mereka tak dapat saling memahami. Maksud saya, mungkin mereka dapat memahami bahasa tetapi tak dapat memahami mentaliti, budaya atau banyak perbezaan sesama mereka disebabkan pembahagian ini. Jadi ada kerja yang kurang bagi Engkau, Tuan. Engkau mencipta Alam Buddha-Mu sendiri, jadi orang-Mu nikmatinya selama-lamanya. Bukanlah Engkau perlu datang ke dunia yang sangat kucar-kacir dan cuba membaikinya, atau Engkau perlu pergi ke neraka, menahan seksaan, hukuman dan keganasan makhluk neraka hanya untuk menyelamatkan seseorang. Setiap alam tidak sama terutama alam ini masih terlalu rendah getarannya, terlalu negatif tenaganya, jadi mana-mana Guru yang datang ke sini banyak menderita. Banyak Guru yang datang ke sini sebelumnya, kebanyakannya terlalu banyak menderita tetapi dapat menyelamatkan sedikit saja berbanding dengan populasi di dunia. Tidak banyak Guru berjaya menyelamatkan atau mengubah minda banyak orang di planet ini. Terima kasih kerana datang kpd kami – dari planet-Mu yang sangat mulia, bertamadun, diberkati, datang mengharungi dunia berlumpur kami hanya untuk berikan kata-kata penenang hati dan Hadiah menakjubkan seperti itu kepada kami. Semoga TUHAN selama-lamanya berkati Engkau, lindungi Engkau, kasihi Engkau, mengurniai Alam-Mu dengan segala kelimpahan yang Engkau layak dapat. Amin, Tuan. Aku harap Engkau boleh kembali pada bila-bila masa yang lain untuk jumpa atau tak jumpa dengan aku tetapi dengan berkat-Mu yang melimpah-ruah untuk bantu menaikkan roh-roh penghuni dunia ini. Terima kasih, Tuan. Photo Caption: “Apa Maksud Ini Hanya Benda Liar? Benda yang Begitu Cantik! Begitu Mengagumkan”Baginda Raja Po Alam We, Bahagian 3 daripada 3
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Berapa lama akan Engkau anggap sesuai untuk berada di sini bersama kami, Tuan? “Lebih kurang 17 hari lagi.” Wau! Berkat yang begitu besar kpd planet kami dan orang di sini. Semoga Engkau seronok menikmati tempat indah yang masih dlm keadaan baik atau kurang rosak Walaupun di Bumi sini banyak kejadian yg tidak menyenangkan telah berlaku, ada banyak tempat tidak menyenangkan yang boleh Engkau nampak dan lihat sepintas lalu, namun terdapat negara-negara yang indah juga. Oleh sebab di planet ini ada banyak pembahagian, jadi ada banyak negara. TUHAN telah mencipta jambatan antara bahasa, antara bangsa tetapi kadangkala kelakuan, salah faham, kejahilan mereka memutuskan jambatan ini, jadi mereka saling berperang selepas itu. Sejak saya berada di planet ini, saya telah membaiki banyak jambatan tetapi kadangkala bukan senang kerana kadangkala kita gunakan kaedah berlainan yang tidak biasa di Bumi dan disebabkan oleh salah konsep, pemikiran negatif atau prasangka orang di Bumi, itu buat kerja saya menjadi susah dan kadangkala mustahil. Apabika saya baiki jambatan antara negara pun, mereka putuskannya lagi. Sebelum Kami sempat membaikinya, jambatan itu sudah terputus sepenuhnya dan mereka sudah saling berperang. Kerana perkara tidak berlaku dengan serta-merta. Jika jambatan retak di sesuatu tempat dan Kami sibuk membaiki jambatan lain, jika Kami tak sempat datang dengan cukup pantas, ia akan terputus dengan cepat sekali. Putuskan jambatan persahabatan jiran adalah lebih pantas daripada membinanya. Oleh itu, banyak negara jiran biasanya sangat mesra sesama mereka tetapi jika sesetengah penduduk negara ini atau itu keterlaluan dalam berbuat dosa, maka jambatan itu akan terputus dan peperangan akan meletus antara negara ini. Jambatan persahabatan juga boleh terputus jika entiti jahat membawa tenaga syaitan yang kuat ke negara itu, negara ini, dan sesetengah orang yg mudah terpengaruh percaya kepada entiti itu, mengikut atau/dan menyokong dia, tambahkan lebih banyak kuasa kepada entiti jahat itu untuk memutuskan jambatan, dengan itu menyebabkan peperangan berlaku antara negara mereka! Entiti ini ada begitu banyak pemerkasaan syaitan sehingga orang tersilap anggapnya sebagai kuasa positif dan dengan itu disihirnya, kehilangan kecerdasan mereka, beri mereka apa-apa saja yg mereka ada, anak, rumah mereka dan sebagainya. Ah! Tuan, tiada penghujung kepada apa yang digunakan oleh kuasa negatif utk menghambakan orang di planet ini!!!











