Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tuan, kami benar-benar harap tanah ini akan menjadi macam itu (firdaus). Tetapi dulu macam itu, hampir macam itu sehingga roh-roh dari alam yang lebih tinggi turun ke sini dan mula makan bahan yang bertumbuh di Bumi. Mereka menjadi semakin berat dalam rupa mereka dan bertukar jantina kepada dua atau tiga kategori – lelaki, perempuan, homoseksual atau lesbian, contohnya. Kemudian disebabkan itu, orang menjadi semakin tamak, cuba bersungguh-sungguh untuk kumpulkan segalanya banyak-banyak untuk diri sendiri. Kemudian disebabkan ketamakan, saling berlawan atau dgn perlahan-lahan malah saling membunuh bagi merampas lebih banyak makanan untuk diri sendiri atau tanggungan mereka dan lain-lain. Kemudian secara perlahan-lahan dunia ini berubah menjadi tempat yang kurang selesa, kurang seperti firdaus. Ini menjadi semakin teruk sehingga kami ada dunia yg kucar-kacir seperti apa yang kami ada hari ini. Disebabkan itu, disebabkan ketamakan, disebabkan rasa-rasa yang berlainan, penghuni Bumi menjadi lebih biasa dengannya, jadi mereka cuba dapatkan semakin banyak untuk memuaskan tunas rasa atau ketamakan terhadap keselesaan dan benda yang menyeronokkan. Oleh itu, mereka menarik jenis entiti paling buruk daripada kuasa negatif yang tak tahu apa-apa kecuali mengawal, mengganggu, membuli dan menghambakan orang lain, malah saling memusnahkan, saling membunuh atau saling memunahkan, jadi kami menjadi dunia yang kami ada hari ini, Tuan. Ada banyak kumpulan yang berlainan di satu planet, sama ada serupa dalam gaya hidup, pemurah, berbelas kasihan dan baik hati, atau jenis kumpulan yang bertentangan, peperangan. Jadi di dunia ini, populasi dan penghuni bersama terbahagi kepada kumpulan-kumpulan yg berlainan. Lagi banyak penghuni di dunia ini menjadi lebih rendah dalam ketumpatan dan mentaliti mereka lagi banyak mereka menarik jenis-jenis makhluk yang berlainan ke dalam persekitaran mereka, ke dalam dunia mereka atau ke dalam negara mereka. Entiti-entiti ini ialah jenis yang lagi buruk daripada manusia yang paling buruk. Mereka mula mengawal sesiapa saja yang boleh terutama manusia dan buat mereka bekerja untuk mereka, buat mereka bekerja keras hanya untuk sedikit makanan dan beberapa helai kain pada badan mereka. Apa yang lebih teruk, mereka tak dapat mengekalkan itu pun kerana kuasa negatif yang jadi pemerintah planet ini buat mereka bekerja lebih keras untuk pendapatan yang kurang. Oleh itu, hari ini, hanya kira-kira 1% masih mengekalkan status kekayaan mereka dan ada gaya hidup yang selesa dan mencukupi, atau gaya hidup yang lebih drpd mencukupi. Yang selebihnya, kira-kira 99%, tidak kaya, atau malah kekurangan segala-galanya, kekurangan segala-galanya, kemudian begitu banyak orang tak dapat hidup. Oleh itu, banyak orang terutama manusia cuba bersungguh-sungguh utk mendapat balik status mereka sebelum masa ini, sewaktu mereka masih ada banyak makanan dan benda yang diperlukan. Bagi sesetengah orang, lagi banyak mereka ada lagi banyak mereka mahukan. Oleh itu, hidup mereka jadi peperangan, berlawan untuk sebarang keperluan, atau malah lebih daripada keperluan. Mereka hanya nak miliki segala-galanya yang dimiliki oleh jiran atau malah apa-apa saja yang lebih daripada apa yang dimiliki oleh jiran untuk menunjuk-nunjuk, untuk memuaskan ego sendiri, untuk meraih pujian dan rasa iri hati drpd semua orang di sekeliling mereka. Hari ini, itu telah menjadi lebih seperti kemasyhuran seluruh dunia dan siapa orang yang paling kaya di dunia dan sebagainya, jadi orang di planet ini tak dapat banding dengan alam-Mu – dalam keselesaan sebenar, kegembiraan sebenar dan kepuasan mencukupi yang sebenar dalam hati mereka. Kemudian ini tidak berhenti di sana saja. Mereka saling berperang untuk merampas apa yang ingin dimiliki daripada negara jiran dan lain-lain. Tiada penghujungnya penderitaan di sini, Tuan. Tiada penghujung kepada penderitaan. Tiada penghujung kepada pembunuhan. Tiada penghujung kepada… tiada penghujung kepada neraka hidup di Bumi yang diwujudkan oleh manusia sendiri. Kami semua cemburui alam-Mu dan populasi planet-Mu. Disebabkan oleh pahala-Mu, mereka ada segalanya yang diperlukan, setiap keselesaan dan segala cara selesa untuk jalani kehidupan selama-lamanya. “Aku sendiri dan orangku dari Planet We rasa bersimpati dengan kalian, dengan orang-Mu di planet ini apabila kadangkala kami alihkan pandangan ke arah dunia-Mu untuk lihat bagaimana keadaan orang-Mu. Kami rasa begitu kesal, begitu bersimpati, begitu berbelas kasihan dalam hati kami. Oleh itu, kami datang ke sini hari ini, cuba berikan pahala kami, berkat kami kepada dunia-Mu untuk mengurangkan kesakitan orang-Mu, sebagai suatu hadiah. Kami juga ada hadiah untuk Engkau secara peribadi.” Oh! Sayang, Tuanku Raja Po, kami mohon maaf atas Engkau perlu menyaksikan kejadian yg begitu tidak menyenangkan dan menyakitkan di dunia kami. Aku sendiri, dengan Rahmat TUHAN, cuba bersungguh-sungguh untuk menaikkan dunia ini kepada keadaan kesejahteraan, makrifat, penemuan diri dan penemuan semula yang lebih baik, tetapi Engkau boleh lihat, tak begitu senang. “Oh! Ya. Oh! Ya, kami amat bersimpati dengan Engkau, Tuan, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Engkau sepatutnya ada segalanya, lebih daripada seluruh Alam Semesta. Itu pahala-Mu yang amat besar. Engkau tak perlu angkat jari pun untuk apa-apa saja yang Engkau mahukan. Ia akan jadi seperti yang Engkau fikirkan. Ia akan datang kepada Engkau tapi Engkau tidak mahukan apa-apa pun. Sebaliknya, Engkau memilih untuk berkorban, berkongsi pahala-Mu supaya orang lain yang percayai Engkau, meminta bantuan-Mu – penjenayah perang pun, pendosa yang paling teruk di Bumi pun – Engkau tetap datang bantu mereka dengan pengorbanan dan penderitaan-Mu yang tidak terbatas. Ini dunia yang tidak banyak Buddha ingin turun ke sini atau berada di sini tetapi Engkau sanggup mengorbankan segalanya untuk bantu penghuni dunia ini. Sebab itulah kami semua Buddha, Buddha Raja, Raja Buddha, mengagumi Engkau, memuja Engkau, cuba datang menyokong Engkau dan membantu meringankan beban-Mu.” Oh! Ya, Tuan, ya, Tuan, Tuanku Raja Po, aku selama-lamanya terhutang budi kepada semua Buddha Raja yang datang ke sini secara senyap atau terbuka, melawat aku atau tidak melawat aku tetapi cuba berikan sebaik yang boleh dan bantu dunia kami. Jika tidak, aku rasa dunia ini sudah hilang lama dahulu lagi. Terima kasih banyak-banyak, Engkau semua, pelawat masa lalu, masa sekarang dan masa depan, atas segala kebaikan hati, belas kasihan dan kuasa besar Kalian. Begitu pun, dunia ini tidak menjadi jauh lebih baik. Kami memang telah bazirkan Kuasa Kalian. Aku mohon maaf dengan nama semua manusia dan mana-mana makhluk jahil yang lain di dunia ini, dan juga ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kalian, selama-lamanya. Terima kasih. Dengan Rahmat TUHAN, semoga Engkau dan rakyat-Mu terus berada dlm kemegahan dan kegemilangan menikmati hasil pahala-Mu. Mungkin suatu hari nanti, dunia ini akan dapat mengejar semua ini, alam-Mu di Alam Semesta yang nikmati kebahagiaan, kegembiraan dan rahmat selama-lamanya. Amin. “Oh! Ya, silakan, sila terima hadiah yang kami bawa ke sini untuk dunia-Mu dan untuk Engkau secara peribadi.” Oh! Beritahulah kami. Beritahulah kami. “Hadiah yang kami bawa untuk orang-Mu dan penghuni-Mu, termasuk orang-haiwan dan mana-mana makhluk yang sedar akan hadiah ini, adalah sesiapa yang panggil namaku akan temui ketenangan fikiran, atau memanggil semua orang-Ku, maka status mereka akan dinaikkan kepada sifat mulia. Mereka malah boleh datang kpd kami – dilahirkan di Alam ini dan nikmati kegembiraan, kebahagiaan & pembebasan drpd segala penderitaan selama-lamanya. Mereka tak perlu lahir semula di planet sebegini seperti planet dunia ini lagi.” Oh! Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan. Kami semua perlukan itu. Kami akan menyiarkan tawaran-Mu hari ini ke seluruh dunia, berharap agar pahala-Mu, kuasa besar-Mu akan pengaruhi minda mereka, menaikkan roh mereka supaya mereka dapat dilahirkan di Alam-Mu disebabkan berkat-Mu dengan Nama TUHAN. Kami berterima kasih kepada Engkau. Semoga Engkau dan rakyat-Mu teruskan jenis kehidupan yang menakjubkan ini dalam Rahmat TUHAN. Amin. Kami menerima Hadiah-Mu dgn segala kerendahan diri dan rasa terima kasih. Kami syukur kpd TUHAN atas lawatan dan kemurahan hati-Mu. Jika banyak orang atau majoriti orang memanggil nama-Mu dan Engkau berkati, maka meskipun mereka tidak dilahirkan ke dalam alam-Mu, mereka akan menjadi orang yang wajar disanjung dan dunia ini akan menjadi planet yang wajar disanjung. Kami berterima kasih kepada Engkau dengan dalam, Tuanku. Semoga TUHAN berkati Engkau dan rakyat-Mu selama-lamanya dengan semakin banyak sepanjang masa. Amin. “Sekarang kami rasa amat bangga dan gembira untuk berikan Hadiah kpd Engkau juga: ke mana-mana pun Engkau pergi, Engkau akan sentiasa kekal berada dalam status mulia. Semua alam, seluruh Alam Semesta akan hormati habuk di kaki-Mu dan Engkau akan ada ketenangan dalam hati sepanjang masa.” Terima kasih selama-lamanya, Tuan, atas kemurahan hati-Mu. Aku memang perlukan itu, tepat pada masanya. Terima kasih banyak-banyak. Pada ketika ini, aku memang perlukan itu. Ketenangan dan kemuliaan – kita sentiasa boleh lebih banyak gunakan pada bila-bila saja, jadi terima kasih banyak-banyak. “Sama-sama. Engkau ialah Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Engkau tak pernah memerlukan apa-apa pun, cuma dengan rasa hormat ikhlas dan kasih sayang kami, kami persembahkan hadiah ini kpd Engkau.” Oh, terima kasih! Terima kasih, Tuanku Raja Po. Aku menerimanya dengan kerendahan diri dan rasa terima kasih. Engkau tidak perlukan apa-apa pun juga. Planet ini ialah pemandangan yg begitu tak menyenangkan bagi Engkau Engkau yang datang dari alam yang tiada satu huruf kesedihan atau ketidakpuasan pun. Jadi selagi Engkau anggapnya sesuai untuk berada di planet kami utk seketika, usah pedulikan tempat-tempat yang dilanda bencana atau peperangan – sebarang pemandangan yang tidak menyenangkan. Itu tidak wajar bagi Engkau pandang selama satu nanosaat pun. Biarlah orang kami memimpin Engkau ke tempat yang masih kekal indah. Itu boleh memberi Engkau kenangan baik untuk dibawa pulang kepada rakyat negara-Mu. Photo Caption: “Ucapkan Selamat Tinggal Bermakna Hai Hidup Baharu”











