Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 8 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kemudian jika kita buat sesuatu yang salah, kita menarik apa yang salah, menarik jenis orang yang salah, jenis situasi yang salah, jenis hantu yang salah. (Ya, Guru.) Sebab itulah pahala adalah sangat penting. Moral ialah pelindung kamu di dunia ini. (Ya, Guru.) Dah tentu Tuhan bantu kamu tapi kamu perlu bantu diri sendiri juga.

( Jika orang bertaubat, mereka terus pergi ke Syurga, dengan begitu saja. ) Hayat ini, ya. Tapi bukan ‘dengan begitu saja’. Dewa Peringkat Keempat, saya telah buat permintaan daripada-Nya supaya bawa orang-orang ini, sama ada menjadi rakyat-Nya atau tinggal sementara sehingga saya bersihkan mereka dengan secukupnya utk menaik ke atas kerana jenis orang ini tak boleh terus menaik ke Alam Tim Qo Tu. Masih ada sisa karma buruk, dosa dan ego. Di Peringkat Kelima pun, kita masih ada 1% ego. Jadi saya minta Dewa Besar Peringkat Keempat menerima mereka. Dewa Besar Peringkat Keempat dah tentu boleh memeriksa siapa benar-benar bertaubat, siapa tidak. (Ya.) Kita tak boleh hanya kata, “Saya bertaubat, saya bertaubat,” berlutut dan minta pengampunan, dan siaplah. Bukan macam itu. Ia perlulah daripada hati. Benar-benar bertaubat, sesal. Pelindung saya, Dewata Ihôs Kư juga memeriksa mereka. Mungkin kamu dapat tipu saya tapi kamu tak dapat tipu Mereka. Jadi bergantunglah. Jika mereka benar-benar bertaubat, berasa sesal dan benar-benar ingin kembali ke Diri asal mereka, Sifat Diri mereka, untuk menjadi dekat dengan Tuhan, lebih mengenali Tuhan, maka mereka boleh. Tapi bukan hanya cakap saja, okey, mereka bertaubat atau kelihatan macam bertaubat. Tidak, tidak. Anak murid pun tak boleh juga. Jika anak murid menyusahkan sesiapa atau saya, mereka menerima hukuman yang lagi besar. Kerana mereka tahu apa betul tetapi membuat apa yang salah, terutamanya jika mereka berbuat salah terhadap Guru, tapi saya memaafkan mereka dan cuba bersungguh-sungguh utk bantu mereka. (Terima kasih, Guru.) Tapi kadangkala mereka perlu menjalani hukuman. Lama atau singkat, bergantung kepada apa yang ada dalam hati mereka. (Ya, Guru.)

Kadangkala peringkat mereka terlalu rendah, dari neraka, dekat neraka atau sesuatu, jadi mengambil sedikit masa dan mereka masih boleh memudaratkan saya secara sengaja. Ini sangat sukar nak bantu. Memang suatu pengorbanan yang besar membantu jenis orang ini. Kita perlu bertukar-tukar. Kadangkala tak boleh pun. (Ya, Guru.) Disebabkan oleh keadilan alam semesta. (Ya, Guru.) Sesetengah orang berbuat salah tetapi berasa sesal dan tak nak lakukannya. Mereka hanya terlalu jahil, terlupa berfikir atau terlalu banyak terpengaruh oleh orang lain, hantu jahat atau sesuatu. Maka senang untuk selamatkan mereka atau lebih baik daripada anak murid yang berbuat jahat terhadap Guru. Sebab itulah Buddha berkata bahawa sesiapa yang mencederakan Buddha pergi ke neraka tak berhenti, bermakna selama-lamanya! Tiada orang yang dapat bantu mereka, Buddha sendiri pun tak dapat. Masih ingat Maudgalyayana? Ibunya memfitnah Buddha dan sangha. Dia pergi ke neraka besar seperti itu dan Buddha tak nak bantunya atau tak dapat dan minta seluruh sangha supaya membantu. Masih ingat? (Ya.) Semua anak murid-Nya bantu dengan banyak ritual dan tawaran, dan Maudgalyayana bertaubat, membantu, menaik dan menurun ke neraka utk melawat dan memberikan tenaganya. (Ya, Guru.)

Baiklah. Adakah saya dah jawab segalanya? Maksud saya, soalanmu hingga kini? (Ya, Guru.) Bagus. Dengan syaitan ghairah mengubah mangsa COVID-19 menjadi zombi atau separuh zombi bagi pesakit Alzheimer, adakah ini bermakna tiada ubat untuk mereka? Hingga kini, tiada. Adakah terdapat penyakit lain yang tak benar-benar ialah penyakit seperti penyakit Alzheimer tetapi pengaruh negatif syaitan ghairah? Ada beberapa. Saya belum meninjaunya. Jika saya tinjau, saya akan beritahu kamu pada kali yang lain, okey? (Okey. Terima kasih, Guru.) Saya dah tiada masa yang mencukupi untuk meninjau perkara baik dan segala perkara di sekeliling sini, jadi saya tak terlalu banyak meninjau perkara negatif. Juga, menurut karma, di Âu Lạc (Vietnam) kami kata, “Meskipun hantu nak menangkap kita, mereka perlu lihat muka kita dulu.” Bermakna lihat sama ada kita ada aura baik atau tidak, sama ada kita ada pahala baik atau tidak. Mereka tak boleh tangkap orang dengan sewenang-wenangnya. Ini tak dibenarkan. Sesetengah orang kelihatan tak berdosa tetapi mereka tidak tak berdosa. (Ya, Guru.) Bukan di dalam dan bukan dari segi karma. Mereka buat sesuatu yang salah dalam hayat silam, jadi tersangkut dengan syaitan ghairah atau ditangkap oleh mereka. Tapi bukan dengan sengaja, bukan niat mereka. Sesiapa yang lahir semula dalam hidup manusia benar-benar ingin memampas untuk hayat silam mereka. (Ya, Guru.) Mereka benar-benar bertaubat dan ingin berbuat baik. Cuma apabila kita masuk ke dalam badan ini, kita lupa akan banyak perkara. (Ya.) Kita tak dapat terus membuat apa yang kita nak buat. (Ya.) Sebaliknya kita berbuat salah. Kemudian godaan, syaitan ghairah dan segala-galanya, dan kesusahan hidup (Ya, Guru.) untuk buat kita berbuat salah. Kemudian jika kita buat sesuatu yang salah, kita menarik apa yang salah, menarik jenis orang yang salah, jenis situasi yang salah, jenis hantu yang salah. (Ya, Guru.) Sebab itulah pahala adalah sangat penting. Moral ialah pelindung kamu di dunia ini. (Ya, Guru.) Dah tentu Tuhan bantu kamu tapi kamu perlu bantu diri sendiri juga. (Ya.) Jika kamu lapar dan Tuhan letak semangkuk nasi di depan kamu, kamu perlu makannya. (Ya, Guru.) Bukan minta Tuhan makannya untuk kamu juga. (Ya.) Profesor bahasa Inggeris yang terbaik beritahu kamu bagaimana belajar berbahasa Inggeris tetapi kamu perlu buat kerja rumah. (Ya, Guru.)

Masih ingat saya ceritakan jenaka tentang orang yang beli peralatan agar dia boleh menuturkan sebarang bahasa dalam masa tiga minggu? (Ya.) Dia ingat dia hanya belinya, kemudian boleh menuturkannya. Dia tak sentuhnya pun. (Ya.) “Aku tak tahu. Aku tak pernah bukanya!” Tapi dua orang ini begitu baik terutamanya lelaki bodoh itu, suaranya begitu bodoh. Dia berlakon dengan begitu benar. Saya sangat suka akannya. Ada beberapa daripada mereka yang benar-benar baik, benar-benar melakonkan watak. (Ya, Guru.) Mereka lucu. Saya pernah lihat mereka. Suara mereka benar-benar ialah wakil jenaka, bahagian si bodoh. Seperti orang yang menterbalikkan payung kerana angin meniupnya menjadi terbalik. Kemudian dia pulangkan payung dan berkata, “Apabila berangin dan hujan, payung menjadi terbalik. Aku terpaksa pegangnya secara terbalik dan menjadi basah kuyup.” Suaranya begitu lucu.

Baiklah, apa lagi? Adakah saya dah jawab soalanmu? (Ya.) Berkenaan dengan penyakit, kita tak meninjaunya, itu paling baik. Sebabnya saya mengetahui tentang penyakit Alzheimer adalah kerana COVID-19, kerana hantu ghairah yang saya uruskan sekarang. (Ya.) Atau pada masa itu hingga kini. (Ya, Guru.) Sebab itu saya tahu apa yang mereka buat terhadap orang juga. Jika tidak, saya tiada masa untuk meninjau semua hantu, penyakit dan seumpamanya. Itu roh saya akan lakukannya juga. Diri Tinggi saya menguruskan banyak kerja. Tapi dalam badan fizikal ini, saya menguruskan kerja fizikal (Ya, Guru.) sementara Diri Tinggi saya buat kerja lain. Diri Tinggi saya tak dapat mencuci pakaian untuk saya, jadi saya lakukannya. Guru tak dapat menyapu semut keluar untuk saya, jadi saya lakukannya. Guru tak dapat mengemop lantai untuk saya, jadi saya lakukannya. Maha Berkuasa atau tidak. Guru Tertinggi atau tidak. Mereka tak dapat lakukan ini. Tuhan pun tak dapat mengemop lantai untuk saya, jadi saya lakukannya. Tuhan dah lakukan kerja-Nya. Jangan minta Tuhan untuk segalanya. Kita perlu buat kerja kita. Dalam apa-apa situasi dan di mana-mana planet pun. (Ya, Guru.)

Apa lagi? ( Guru, walaupun kita rasa sangat selamat berbanding dengan tempat lain di dunia,) Ya. ( peringatan Guru supaya tetap ambil langkah mencegah telah buatnya jelas betapa seriusnya wabak ini. Tetapi kerajaan sekarang telah melonggarkan sekatan dan sesetengah orang di luar tak melindungi diri sendiri seperti yang seharusnya. ) Saya tak boleh buat apa-apa dengannya. Mereka tunduk kepada tekanan. (Ya, Guru.) Mereka tak boleh sentiasa membayar selama-lamanya juga. Orang terperuk di rumah. Mereka berasa sesak nafas. Mereka pergi ke jalan dan memprotes, jadi kerajaan sesetengah kawasan tunduk kepada tekanan itu. (Ya, Guru.) Di England, mereka tak menerima pesakit COVID-19 lagi disebabkan oleh kuota atau kerana hospital dah penuh. Sesetengah negara tak boleh buat kuotanya tinggi sangat supaya mereka tak boleh buka. Jika terlalu tinggi, mereka tak boleh melonggarkan sekatan pergerakan. Jadi siapa yang hidup akan hidup, siapa yang mati akan mati. (Ya, Guru.) Dewa-dewi sudah beritahu kamu berapa banyak juta. Tapi barangkali kamu takkan ada laporan tentang berapa banyak juta. Mereka tak sentiasa melaporkan angka sebenar. Mungkin mereka tak mahu, mungkin mereka tak tahu. (Ya.) Kerana COVID ini berubah menjadi mutasi yang berbeza. (Ya.) Jadi kadangkala penyakit ini tidak hanya menyebabkan orang batuk atau demam panas. Maklumlah, ia serius. Sesetengah orang kehilangan kaki atau tangan mereka. Disebabkan oleh COVID-19, mereka malah perlu diamputasi. Bayangkan itu? (Wau!) Sesetengah orang, kulit macam melecur di seluruh badan, kanak-kanak dll. Tiada simptom tipikal. Jadi bukan setiap kerajaan boleh melaporkan angka kematian dengan tepat. (Ya, Guru.) Tapi berjuta-juta. Banyak juta. Dan berbilion-bilion orang terpengaruh tapi sesetengahnya ialah pembawa senyap kerana mereka tiada sebarang simptom. Mereka sendiri pun tak tahu bahawa mereka telah dijangkiti. Jadi kita perlu bergantung kepada kewaspadaan sendiri, standard moral kita dan pahala yang kita ada. (Ya, Guru.) Mencegah lebih baik drpd mengubat. Kamu perlu berhati-hati, tak kira apa pun. (Ya, Guru.) Saya bukan berkata kepada kamu saja. Saya berkata kepada semua orang di luar. Mereka harus berhati-hati. Jangan pandang ringan nyawa mereka. Jangan ada jenis semangat macho ini pada waktu yang tak betul, dalam situasi yang tak betul. (Ya, Guru.)

Sesetengah orang meminta supaya pergi bekerja. Saya memahami itu kerana mereka perlukan wang bagi membayar untuk pinjaman dll. Tapi contohnya di Amerika, kerajaan memberikan wang kepada mereka. Khabarnya, betul? (Ya, Guru.) Di sesetengah negara juga, majikan berikan wang kepada pekerja. Sesetengahnya malah beri wang penuh. Tapi saya tak tahu berapa lama mereka boleh berikan. Itu dah tentu tak adil juga bagi majikan. (Ya.) Dan kerajaan tiada wang selama-lamanya untuk didermakan kepada rakyat. Mereka akan adanya jika tak berperang, jika tak habiskan bertrilion-trilion dolar dalam perang dan kesan perubahan iklim. Jika kita semua amalkan diet vegan, maka kita takkan perlu menahan semua ini. Dan kita akan ada banyak wang untuk segalanya. Tiada orang yang akan menjadi miskin jika kita berkongsi semua wang yang kita ada di dunia dengan orang susah atau untuk pengurangan perubahan iklim dan bukan menunggu malapetaka seperti ini berlaku dan menghabiskan berbilion-bilion atau bertrilion-trilion dolar hanya untuk... Kita tak dapat bantu, tak dapat hentikannya pun. Hanya untuk membaiki kemusnahan. (Ya, Guru.)

Saat. Ada seekor serangga. Ia asyik merayap di depan pintu. Biar saya lihat. Tidak, tak apa-apa. Tiada mesej. Sebenarnya di Âu Lạc (Vietnam), ada diturunkan kepada kami pengetahuan ini bahawa jika labah-labah tiba-tiba muncul di depan kita atau menunjukkan diri di depan kita, ada berita. (Oh, wau!) Tapi bukan semua orang tahu apa berita itu. Kita perlu dengar. Kita perlu berdiam. Jika tidak, kita tak dapat lihat. Kita dapat lihat labah-labah yang beritahu kita sesuatu berbeza dengan labah-labah yang tak nak beritahu kita apa-apa pun. (Oh!) Ia akan pergi dari situ, menjaga urusan sendiri. Tapi jika ia berada di depan kita, tak nak pergi dari situ, ia tak takut pada kita, malah merenung kita, maka ia nak menyampaikan sesuatu kepada kita. Tapi otak kita takkan faham. Ya, itu masalahnya.

Kadangkala mereka merisikokan nyawa sendiri. Saya rasa sangat bersimpati. Suatu kali, beberapa hari yang lalu saja, seekor labah-labah berada di depan pintu. Apabila saya buka pintu, ia melompat ke bawah, jatuh. Saya lihat dua kakinya telah hilang. Saya berfikir, “Ya Tuhan! Adakah aku cederakan kau? Ya Tuhan! Kenapa kau melakukan ini? Kenapa kau berada di sini? Kau tahu, aku buka pintu, mungkin aku mencederakan kau.” Ia kata, “Tidak, tidak. Lama dahulu.” Ya. Labah-labah lain yang berdekatan juga berkata, “Lama dahulu.” Labah-labah di sebelah mencelah. Begitu menarik. Kemudian ia tak pergi dari situ. Apabila labah-labah ini nak beritahu saya sesuatu, mereka berada di mana-mana saja, tak peduli sama ada berbahaya atau tidak. Mereka buat begitu juga dengan semua orang yang lain. Mereka perlu berada di tempat yang jelas dilihat supaya kita dapat lihat mereka. Tapi ini berbahaya bagi mereka kerana orang mungkin terpijak, mencederakan atau memenyekkan mereka. Tapi mereka perlu melakukannya. Ini kerja mereka, mereka beritahu saya.

Jadi saya kata, “Apa buat kau turun ke hidup labah-labah macam ini? Ini kerja yang berbahaya juga menjadi labah-labah.” Ia kata, “Kerana kami makan daging.” Beberapa ekor labah-labah beritahu saya itu. Kemudian saya kata, “Sekarang kau masih makan daging, kan?” Ia kata, “Tidak. Kami dengar kata-katamu. Kami faham sekarang. Kami faham dgn jelas sekali sekarang. Kami tak makan serangga hidup. Kami tak memburu. (Wau!) Kami cari bangkai di sesuatu tempat atau kami makan bunga.” Jadi mulai sekarang jika saya nampak mana-mana labah-labah, saya kata, “Okey, kau makanlah bunga, makan daun atau hanya makan serangga yang dah mati. Kemudian aku boleh bawa kau balik ke Rumah. (Wau!) Ingat.” Ya. Mereka kata, “Ya, ya. Kami nak balik ke Rumah bersama engkau.” (Oh, Guru!)

Ya Tuhan! Saya rasai begitu banyak kasih sayang daripada mereka. Saya sayangi semua makhluk. Ular pun, saya rasai begitu banyak kasih sayang. Saya rasa macam ia lari tetapi sambil melihat saya, sementara lari dan lihat. Saya tak tahu macam mana gambarkan perasaan ini, macam kami saling mengenali. Macam mereka sukai saya, sayangi saya, dan ini sejenis perasaan yang sangat mesra. Sangat baik, seperti kanak-kanak atau kenalan baik yang sangat normal tetapi sangat comel, seperti kanak-kanak. Ya, itu perasaan saya apabila nampak mereka. Kecuali mereka yang saya tak nampak. Mereka didesak oleh syaitan ghairah untuk menggigit saya. Burung itu menguruskannya. Saya tak nampak De lagi sejak hari itu dan saya rinduinya. Saya memang rinduinya banyak kali. Sebelumnya saya perlu tinggalkan sana, pergi ke Ashram Alam Baru pun, saya sangat rinduinya. Saya tak nak meninggalkannya di sini. Saya tinggalkan makanan dan air di sekitar dan beritahu seorang saudaramu supaya bawa air, letak di sesuatu tempat, mana-mana saja supaya ia boleh makan atau minumnya. Dan Kuasa Guru menjelmakan sesuatu untuk ia makan supaya ia tak perlu makan serangga hidup. (Wau!) Jika tidak, ia tak boleh balik ke Rumah. Ia datang untuk Guru. Guru perlu menjaganya. Tapi jangan minta saya menjelmakan serangga untuk kamu. Kamu ada segala makanan yg diperlukan. Lebih baik daripada saya. Kerana saya makan dgn sederhana saja.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/9)
1
2020-06-29
21039 Tontonan
2
2020-06-30
15851 Tontonan
3
2020-07-01
28355 Tontonan
4
2020-07-02
13932 Tontonan
5
2020-07-03
10997 Tontonan
6
2020-07-04
10720 Tontonan
7
2020-07-05
12283 Tontonan
8
2020-07-06
10834 Tontonan
9
2020-07-07
11539 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android