Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 5 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Baru-baru ini dalam Ramalan Silam Bahagian 93, mereka memaparkan artikel akhbar ini tentang Guru. Itu daripada tahun 2004 dan berkata tentang Guru: “Orang baik hati pergi beli banyak barang di Kanada.”

( Guru, boleh kami tanya beberapa soalan? ) Ya. Pasti boleh. ( Baru-baru ini dalam Ramalan Silam Bahagian 93, mereka memaparkan artikel akhbar ini tentang Guru. Itu daripada tahun 2004 dan berkata tentang Guru: “Orang baik hati pergi beli banyak barang di Kanada.” Itu tajuk berita dan kisahnya bermula dgn menyatakan: “Beliau merangkul beratus-ratus orang di bandar pada malam Jumaat dan ini bukan kali pertama.” Begitu menarik dan mengharukan membaca artikel ini. Kami juga dengar daripada seorang pembantu Guru pada masa itu bahawa bukan sahaja akhbar tetapi juga di televisyen. Mereka menyiarkan berita tentang Guru setiap hari untuk seketika. Saya nak tanya sama ada Guru boleh beritahu kami lebih banyak tentang waktu itu. ) Itu waktu yang menarik dan saya temui orang baik. Saya rasa orang baik ada di mana-mana saja. Cuma mereka tak menunjukkan diri dan kita tak nampak mereka tapi mereka ada di mana-mana saja.

Seperti saya temui pemandu teksi yg baik. Dia bantu saya membawa beg berisi hadiah, pergi ke sana sini di pekan kerana dia tinggal di sana. Dia seorang Muslim. (Oh, wau!) Dia kelihatan macam orang Arab, bukan orang Kanada. Saya rasa berimigrasi. (Ya, Guru.) Dia ialah orang yang tahu. Saya minta pemandu teksi itu kerana saya tak tahu mana-mana pun. Jadi teksi bergerak di depan dan kami ikutnya untuk pergi ke kawasan miskin. (Ya, Guru.) Kemudian dia bantu saya membawa beg demi beg ke rumah-rumah yang berlainan dan saya bantu dia bunyikan loceng pintu, kemudian lari. Kerja berpasukan yang baik, kan? Dia begitu baik. Dia lakukannya dengan gembira. (Wau!) Dia beritahu saya baahwa orang Muslim buat begitu juga pada bulan Ramadan. Saya kata, “Ya. Saya tahu itu.” Dia tanya saya sama ada saya seorang Muslim. Saya kata, “Ya. Saya Muslim juga. Saya Muslim. Saya penganut Katolik. Saya penganut agama Buddha, Hindu. Saya penganut Sikhisme, Jainisme. Saya penganut apa-apa saja agama baik. Saya mempercayai semuanya.” Dia ketawa. Lepas itu, dia jemput saya. Dia minta saya pergi ke rumahnya. Kemudian isterinya membancuh teh untuk saya. Saya masih ingat itu daun sej. Daun sej. (Wau!) Mereka keringkannya, kemudian membancuh teh daripadanya. Saya tak pernah rasai teh yang begitu enak sebelumnya dan saya tak tahu bahawa daun sej boleh dibuat teh. (Ya.) Jadi apabila saya balik ke Eropah lepas itu, saya cuba beli daun sej di dalam beg, kemudian membuat teh, tapi rasanya tak seenak. Mungkin saya tak tahu caranya atau jumlahnya perlu betul. Mungkin wanita Muslim itu membancuhnya dengan segala kasih sayang. (Ya.) Kerana suaminya beritahu dia apa yang saya buat dan dia sangat hormati saya. Dan jemput saya makan biskut. Saya memastikan, bertanya sama ada mengandungi telur atau tidak, jadi saya tak makan. Jadi mereka bawa sesuatu yang tak mengandungi telur. Saya dah lupa apa itu. (Wau!)

Lepas itu disebabkan oleh semua derma ini, saya berikan semua wang tunai yang saya ada dan pinjam daripada saudaramu di Kanada juga pada masa itu. Saya pulangkan lepas itu. Saya rasa kira-kira US$60,000. (Wau!) Saya minta akauntan supaya kirimnya balik kepada mereka. Disebabkan itu, apabila saya sewa pesawat peribadi untuk balik ke Eropah, saya tiada wang yang mencukupi untuk bayar. Jadi saya berhutang sesuatu tetapi juruterbang begitu baik, mereka benarkan saya. Saya kata, “Saya akan bayar sebaik saja mendarat kerana orang saya akan datang menjemput saya. Saya akan ada wang untuk berikan tunai kepada kamu.” Jadi mereka percaya dan benarkan kami menaikinya. Saya perlu sewa kerana saya ada anjing. Saya perlu lari dengan cepat kerana sesuatu berlaku, tidak baik untuk saya. (Oh!) Sesetengah orang hisap dadah dan sesuatu. Mereka cari situasi yang sama. Walaupun saya tak tahu apa-apa tentangnya, saya lari. (Ya, Guru.) Saya lari. Kerana mereka tanya saya, “Adakah kamu berkaitan dengan itu?” Sesetengah orang yang kenali saya. Saya kata, “Tidak! Dah tentu tidak. Saya tak tahu tentangnya pun.” Jadi saya perlu lari sebelum mendapat susah. (Ya, Guru.) Bahaya menunggu di mana-mana saja bagi saya, pada bila-bila saja. Kita takkan tahu. (Ya, Guru.) Itu peguam saya yang malah tanya saya macam itu. (Wau!) Peguam yang baru saya kenali. Saya berfikir mungkin saya tinggal di Kanada. Saya suka Kanada. Saya suka orangnya. Mereka damai. Mereka pemurah. Mereka tak suka berperang. (Ya, Guru.) Mereka tak agresif. Mereka begitu damai. Peguam sepatutnya bantu saya, tapi dia terbaca sesuatu dalam surat khabar. Dia beritahu saya... Kerana sesetengah orang Asia lakukannya. Mereka tanam sesuatu berdaun hijau yang orang makan atau hisap. (Marijuana.) Ah! Bukan kokaina, saya masih ingat. Marijuana. (Ya, Guru.) Mereka beritahu saya bahawa mereka tanam itu di rumah (Oh!) untuk dijual. “Adakah kamu berkaitan dengannya?” Saya kata, “Tidak! Dah tentu tidak. Saya vegan dan tak buat perbuatan sebegini. Saya tak hisap dadah, tak merokok. Saya tak buat apa-apa yang memudaratkan orang lain.” Tapi tetap tanya saya soalan itu! Saya lari. Sebab itulah saya tak nak tinggal di sana dan pergi bersihkan nama saya. Saya takut saya tak dapat bersihkan nama saya walaupun saya tak berbuat salah. Begitu menakutkan, jadi saya lari. Saya sewa pesawat secepat yang boleh, yang kecil, jadi ia terbang dari pulau ke pulau. Ia ambil masa 24 jam untuk sampai ke Eropah. (Wau!) Dan anjing saya yang kesian dll. Tak apa-apa, itu bagus, sekurangnya kami tiba dengan selamat. Begitu banyak perkara saya tak boleh beritahu lebih banyak. (Ya, Guru.)

Jadi orang baik ada di mana-mana saja. Tapi ini berbahaya juga. Lepas itu saya menyedari bahawa saya terlalu tak berhati-hati. Saya pergi ke mana-mana saja untuk berikan derma. Saya tak rasa jumlahnya begitu besar, tapi bagi orang lain, mereka rasa jumlahnya sangat besar kerana mereka tiada sebelumnya. Seperti Angkatan Takhlisan lihat saya berikan US$8,000 kepada mereka tapi saya tak rasa itu jumlah yang besar. Tapi bagi mereka, itu jumlah yang besar di samping semua pakaian dan barangan, hadiah, coklat dan sebagainya. Jadi itu buah mulut pekan itu dan polis malah memeriksa saya, sama ada saya mencuri barangan atau tidak. (Oh!) Lepas itu mereka mendapati saya belinya di pasar raya. Bukan pasar yang tersebut dalam akhbar ini kerana saya rasa satu atau dua lagi akhbar juga menulis tentangnya. Saya tak tahu. Hanya akhbar ini berjaya menangkap saya. Saya akan beritahu kamu sebabnya. (OK.) Saya masih ingat saya dah beritahu kamu tapi mengapa kamu tanya lagi? Mungkin perinciannya saya tidak. Jadi jika saya dah beritahu, kamu berpura-puralah tak pernah dengar dan ketawa supaya saya rasa ada galakan untuk beritahu kamu lebih banyak. ( Kami nak tahu lebih banyak, Guru! ) Begitu banyak perkara, jadi saya tak tahu sama ada saya dapat beritahu mengikut urutan.

Polis malah memeriksa saya. Kemudian mereka mendapati kad kredit itu benar dan dengan nama saya. Jika tidak, tiada orang yang tahu nama saya. Tapi mereka berdiam kerana mereka tahu saya tak nak terbuka tentangnya. Kerana apabila saya pergi ke balai bomba, mereka tanyakan nama saya dan sebagainya utk ucapkan terima kasih. Saya kata, “Tidak, tak perlu. Tuhan yang berikan, bukan saya. (Ya.) Jadi saya hanyalah seorang posmen.” Saya kata, “Bilakah nama posmen dicetak bersama dengan pemberi? Saya hanyalah seorang posmen, menghantar.” Mereka semua senyum dan lepaskan saya. Tapi lepas itu, mereka mengesyaki saya. Mereka pergi memeriksa saya. Polis. Kerana jumlahnya besar. Jadi saya terlalu tak berhati-hati kadangkala macam itu. Ia berlaku pada kali yang lain juga, tapi saya sentiasa terlupa. Apabila saya nampak sesuatu yang perlu saya buat, saya lupakan segalanya yang lain. Saya lupakan diri sendiri dan gunakan kad saya sampai hadnya, jadi saya tiada secukupnya bagi membayar untuk pesawat pun. Saya pinjam tapi mereka tiada juga. Saya terpaksa lari dengan cepat. Saya tak dapat minta sesiapa atau anak murid untuk pinjam wang. Saya tiada masa. (Ya.) Saya menempah pesawat dan ia terus datang. Saya perlu mengemaskan barang saya, barang anjing saya. Saya rasa dua atau tiga orang saudara menemani saya tapi kad kredit mereka buruk, 2,000 atau 500. Tak apa, sekurang-kurangnya mereka ada nama dan pasport kami, jadi mereka mempercayai saya. Saya kata, “Saya berduit, encik.” Mungkin mereka tahu saya ialah wanita yang menderma itu. (Ya.) Kerana wanita berupa orang Cina yang berambut perang muda, mereka tak kerap nampak. Rambut perang muda yang panjang.

Walaupun akhbar meminta foto saya, saya kata, “Okey, okey. Maka kamu hanya mengambil dari belakang. Jadi itu gambar untuk kamu, untuk akhbar kamu.” Jadi mereka mengambil gambar belakang saya saja. Mereka benar-benar hormati hasrat saya. Tapi begitu pun, pada keesokan harinya, saya pergi ke kedai lain untuk beli pakaian lain kerana Angkatan Takhlisan beritahu saya bahawa sesetengah lelaki terlalu besar, terlalu tinggi, lelaki tak berumah sangat tinggi. Tiada apa-apa yang padan. Jadi saya perlu pergi ke kedai istimewa. Dia beritahu saya mana. Saya pergi ke sana, beli seluar panjang istimewa, jaket besar, panjang untuk mereka. Satu atau dua orang berkata, “Kamu ialah wanita yang menderma di akhbar dan TV!” Saya kata, “Macam mana kamu tahu?” Mereka kata, “Kami nampak foto kamu.” Saya kata, “Foto belakang saya saja.” “Ya, tapi kami dapat cam.” Agaknya kerana saya juga beli pakaian istimewa. Saya seorang wanita Asia, mengapa saya harus beli pakaian besar XXXX? Untuk siapa? Hanya untuk orang Kanada. Jadi mereka kata, “Terima kasih. Kamu sangat baik.” Saya kata, “Ya. Tuhan sangat baik terhadap saya. Saya cuba bantu Tuhan berkongsi kasih sayang-Nya di Bumi.”

Kemudian saya lari dengan cepat sebelum mereka menelefon akhbar sekali lagi. Sebab itulah saya ditangkap. Itu saya rasa kali ketiga atau keempat. Kemudian saya ditangkap. Pada kali yang lain, mereka tak berpeluang untuk beritahu dengan cukup pantas. Saya lari dengan cepat. Pada hari itu, saya masih beli mainan dan barangan untuk kanak-kanak. Itu mengambil masa yang lebih panjang kerana saya perlu memesan mainan istimewa utk seorang kanak-kanak yang benar-benar ingin mendapat suatu mainan istimewa. (Oh!) Mereka beritahu saya, jadi kami perlu memesan itu dan ini mengambil sedikit masa. Orang tertentu perlu datang minta saya mengisi borang, jadi saya minta saudara kita mengisi borang itu. Saya tak nak mengisi borang saya. Saya tak nak, jadi tak apa. Tapi saya tetap bayar. Pada masa itu, saya masih ada wang tunai dan bayar sebahagiannya dgn kad kredit. Kad kredit saya, kita tak boleh mengeluarkan banyak wang tunai dalam satu hari. Jadi saya terpaksa bayar dengan kad kredit. Saya tak nak. (Oh!) Tapi kad kredit saya tak berikan wang yang mencukupi bagi membayar untuk apa yang saya nak beli setiap hari. Saya ada tapi tak cukup.

Sewaktu saya menaiki pesawat, saya tak boleh biar anak murid di Kanada tahu pun. Saya lari. (Ya.) Saya tak nak buat bising dan perlu lari secepat yang boleh untuk pesawat yang paling kecil. Ia melambung-lambung dan perut saya pergi ke jantung saya, (Oh!) dan anjing saya jatuh dari paras yang lebih tinggi ke lantai. Nasib baik ia tak tercedera. (Oh!) Kami masukkannya ke dalam sangkar, begitu pun, dan bersama saya. Syukurlah. (Ya.) Oleh sebab pesawat itu tiada ruang di belakang, jadi mereka semua duduk bersama saya tetapi di dalam sangkar. Tapi kami tiada ruang yang mencukupi, jadi kami menindihkannya. Dan kerana melambung-lambung, cuaca buruk, musim sejuk. Bulan apa itu, April? (Artikel ini pada Januari.) Tak hairanlah, dah tentu. (Jadi musim sejuk, ya.) Masih musim sejuk. Sangat sejuk, jadi cuaca sangat buruk. Nasib baik mereka membawa kami. Saya ingat kami tak dapat menaiki pesawat dalam cuaca sebegini. Tapi mungkin mereka terdesak atau sesuatu. Mereka membawa kami walaupun kami tak berduit. Saya seorang penyibuk, habiskan semua wang saya, tak memikirkan saya memerlukannya. Saya berbelanja sehingga tak dapat lagi. Saya gunakan kad saya sampai hadnya dan semua wang tunai telah habis.

( Artikel itu menyatakan bahawa Guru mengosongkan rak-rak di kedai dan mengisi seluruh lori dengan mainan untuk jabatan bomba. ) Ya. Itu hari yang berbeza. Mainan untuk jabatan bomba ialah hari lain sebelumnya. Pada hari itu, akhbar tak menangkap saya. Pada hari itu, saya masih beli dan mengambil masa di kedai disebabkan pesanan istimewa. Kemudian seorang lelaki di luar kedai atau di dalam kedai nampak saya. Saya tak tahu dia datang dari mana. Apabila wartawan datang, saya nampak dia. Saya tak tahu dia seorang wartawan. Saya nampak dia mengeluarkan 20 dolar dan berikan kepadanya. Kemudian dia datang mendapatkan saya dengan serta-merta dan tanya saya ini dan itu, berkata bahawa dia seorang wartawan akhbar apa dan apa dan ingin menemu ramah saya. Saya kata, “Tak banyak yg nak dikatakan. Kamu dah tahu apa yang saya buat, kan? Dia kata, “Ya. Kamu beli barang untuk orang, kan?” Saya kata, “Ya. Maka tak perlu menemu ramah lagi, kan? Selamat jalan. Saya ada kerja utk dibuat.” Dia kata, “Tidak, tolonglah. Biar saya ikut kamu untuk seketika,” dan sebagainya. Saya kata, “Tolonglah, tapi tiada foto dan tiada nama.” Dia asyik merayu sehingga saya beritahu dia suatu nama. Kemudian dia lihat telefon saya dan berkata, “Kamu ada begitu banyak wang untuk diberikan tapi guna telefon yg dah ketinggalan zaman.” Itu bukan iPhone. Itu telefon yang sangat kecil, telefon yang tak menjadi fesyen lagi dan ada pita pelekat padanya. Jadi saya kata, “Anjing saya mengunyahnya.” Saya kata, “Saya bertuah mendapat balik tepat pada masanya. Jika tidak, ia akan hilang.” Tapi ia basahkannya dengan air liur, kemudian saya mengambil masa untuk mengeringkan baterinya bagi menggunakannya semula. Bateri atau SIM, saya dah tak ingat. Kemudian saya lekat dengan pita pelekat. Saya kata, “Ia masih berfungsi!” Tiada masalah! Dia lihat saya dan geleng kepala sikit. Mungkin dia berfikir, “Wanita ini, saya tak tahu dia datang dari planet apa. Dia pasti kurang siuman.” (Oh, tidak!) Kemudian hari itu dia menangkap saya kerana seseorang melapor. Kerana saya ambil masa terlalu panjang di dalam kedai itu. Banyak barang yang nak dibeli. (Ya.) Beli mainan, kemudian lebih banyak mainan, lori yang dimuati mainan sudah pergi, kemudian beli lebih banyak mainan, kemudian lebih banyak pakaian. Sebab itulah dia asyik ikut saya. Kami ada beberapa buah kereta. (Ya.) Jadi hari itu kami tiada lori. Kami tak dapat sewa lori dan kami tak terfikir kami akan beli dengan banyak. Kami bawa kereta SUV dan memuatinya di depan dan belakang, jadi saya terhimpit di antara hadiah, di antara beg juga. Di tempat duduk belakang, berhimpit-himpit dengan beg juga. Seperti beg udara. Ya, itu selamat. Kalau kereta alami masalah, saya tiada sebarang masalah. Semua beg mengelilingi saya.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/9)
1
2020-06-29
21029 Tontonan
2
2020-06-30
15842 Tontonan
3
2020-07-01
28343 Tontonan
4
2020-07-02
13923 Tontonan
5
2020-07-03
10990 Tontonan
6
2020-07-04
10713 Tontonan
7
2020-07-05
12277 Tontonan
8
2020-07-06
10828 Tontonan
9
2020-07-07
11535 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android