Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Testimoni ‘Menyelamatkan guru spiritual Palsu Ruma (juga dikenali sbg Trần Tâm, John, Huỳnh Long, Cậu Út, Sagarrumagarmatha dan lain-lain…) dari Neraka Sekali Lagi’

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Testimoni ‘Menyelamatkan guru spiritual Palsu Ruma (juga dikenali sbg Trần Tâm, John, Huỳnh Long, Cậu Út, Sagarrumagarmatha dan lain-lain…) dari Neraka Sekali Lagi’ daripada Mu Yun di Taiwan (Formosa), ahli Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa kami (semuanya vegan) 16 Mei 2024 (Dalam bahasa Cina)

Guru memanggil saya sekali lagi dan berkata, “Kita masih perlu pergi menyelamatkan Ruma, guru spiritual palsu. Dialah orang yang kita pergi selamatkan dari Neraka Ulat Berbisa bersama Laozi sebelumnya. Dia telah dipenjarakan di sesuatu tempat yang lain sekali lagi.”

Apabila kami tiba di tempat itu, saya lihat dia sekali lagi dipenjarakan di dalam gua gelap yang berpintu kekisi besi, hampir sama dengan keadaan di Neraka Serangga Berbisa pada kali pertama. Kawasan sekelilingnya penuh dengan tenaga syaitan yang menyesakkan nafas, kotor dan lapisan jeriji besi tambahan telah diperkukuh di luar pintu kekisi besinya. Ia tidak dapat dibuka tanpa artifak Syurga. Saya gunakan Belantan Emas untuk mengumpil jeriji besi dengan bunyi dentang yang kuat, kemudian merempuh pintu kekisi besi dalaman. Dengan serta-merta, serangga berkulit perisai berbisa hitam jahat yang tidak terkira meluru keluar dari gua seperti gelombang pasang surut, merayap ke mana-mana saja sejauh yang dapat kita lihat, wujudkan pemandangan yg menakutkan! Saya segera simbahkan minyak Syurga ke seluruh tanah dan melepaskan jumlah api Syurga yang besar untuk bakar serangga berbisa itu. Api mengeluarkan bunyi pop dan gemeretak yang kuat serta menghasilkan sangat banyak wasap beracun hitam yang melemaskan yang terus saya serap dengan Siput Kon Istana Naga.

Tetapi mengapa Siput Kon Istana Naga tidak begitu berkesan dalam menyerap wasap beracun kali ini? Sebaliknya, saya memanggil teman spiritual saya dan Makhluk Syurga, Naga Lazuardi dan Phoenix Api. Setelah Naga Lazuardi dan Phoenix Api yang perkasa tiba, mereka meluahkan api Syurga dari mulut dan mata mereka. Phoenix mengembangkan sayapnya, mengipas api. Kuasa mereka cukup kuat untuk menelan serangga berkulit perisai berbisa hitam itu, segera bantu menghapuskan mereka.

Seterusnya, saya hantar mesin pengisar syaitan ke dalam gua itu. Mesin tersebut mengeluarkan bunyi kisar sementara ia musnahkan pelbagai syaitan yang memenuhi gua itu. Ia segera membuat jalan ke tempat Ruma dikurung. Saya berasa marah dan tidak mahu melihat dia lagi, jadi tinggalkan dia di bawah jagaan Guru dan melangkah keluar. Saya semburkan api ke atas serangga berkulit perisai berbisa hitam yg tertinggal dan membakar mereka. Wasap hitamnya berbau busuk sekali! Kemudian saya berdiri di sana dan tunggu.

Orang jahat ini, Ruma, telah dipenjarakan di neraka buat kali kedua. Dia langsung tidak layak mendapat simpati! Tidak lama selepas itu, Guru mengheret dia keluar dari gua. Seluruh badannya dilitupi benjolan berisi nanah dan kudis yang bengkak dengan serangga berbisa melahap dagingnya di bawah kulit. Walaupun itu tidak seteruk apa yang berlaku kepada syaitan wanita Âu Lạc (Vietnam) yang obes itu sebelumnya, itu tetap mengerikan. Dia meraung kesakitan dan meminta tolong.

Saya membentak dia dengan marah, “Jika awak benar-benar guru agung seperti yang awak dakwa dan begitu berkuasa, maka kelarlah kulitmu sendiri dan sembuhkan diri sendiri dan tidak meminta Guru! Karmamu tidak terhingga. Awak harus bertaubat dengan ikhlas atas segala kesusahan yang awak timbulkan kepada Kumpulan Suci serta bawa begitu banyak beban karma kepada Guru dan kami semua!”

Dia menangis dengan marah dan berkata, “Kenapa Guru boleh menjadi Guru bermakrifat tetapi aku tak boleh? Apa perbezaannya? Guru berbadan kecil sekali dan aku tidak kelihatan lebih buruk daripada Dia. Kenapa aku tak boleh menjadi Guru bermakrifat? Engkau boleh beri inisiasi kepada orang dan aku pasti boleh juga. Bukankah kita semua ialah Buddha? Maka semua orang seharusnya boleh memberi inisiasi!”

Mendengar logik syaitan yang tidak tahu malu dan diputarbelitkan, saya dapati itu betul-betul tidak masuk akal dan mengarut. Saya marahi dia, berkata, “Awak langsung tidak menunjukkan rasa sesal. Sebab itulah awak jatuh ke dalam Neraka Serangga Berbisa sekali lagi. Bukankah itu dah cukup untuk buat engkau memahami peringkat spiritualmu sendiri? Engkau berbuat dosa, kemudian harapkan Guru membersihkan dirimu. Betapa kejinya!

Dia masih kelihatan macam langsung tiada rasa sesal. Kemudian saya melapor kepada Guru dan beri cadangan, “Guru, bagi seseorang macam ini, haruskah kita berhenti menyelamatkan dia dan hantar dia balik ke penjara syaitan? Jika tidak, jika dia keluar dengan selamat, takkankah dia terus berpura-pura sebagai guru spiritual palsu dan beri inisiasi kepada orang?” Guru mengeluh dan menitiskan air mata, tetap berdiam diri… Saya berkata dengan marah, “Kita tak boleh lepaskan dia! Jika kita lepaskan harimau balik ke pergunungan, dia hanya akan keluar dan memudaratkan orang!”

Guru berkata, “Dia lagi menakutkan daripada harimau! Apabila harimau makan seseorang, ia tetap akan muntahkan tulangnya tetapi dia memudaratkan orang tanpa mengelipkan mata, tidak meninggalkan tulang mereka pun!” Saya berkata, “Janganlah panggil aku untuk menyelamatkan dia lagi lain kali. Aku tak suka orang yang tidak menunjukkan rasa sesal. Guru, adakah Engkau nampak sedikit rasa sesal pun dalam dirinya? Langsung tiada!”

Guru menitiskan air mata dengan berbelas kasihan sekali lagi dan berkata, “Dia telah mudaratkan begitu byk orang dan aku tak tahan melihat orang-orang ini menderita juga tetapi jika aku tidak menyelamatkan dia dari neraka, kesedaran fizikalnya akan menjadi lagi kabur kerana dia berada di neraka, membuatnya lagi sukar bagi dia sedar, jadi aku tiada pilihan kecuali menarik dia keluar dari neraka secara berulang kali dan berikan satu lagi peluang kepada dia. Namun begitu, buat masa ini, adalah benar bahawa dia langsung tidak menunjukkan rasa sesal.” Saya memutuskan untuk beri pengajaran kepada dia tetapi saya tidak mahu mengotorkan tangan saya, jadi saya menjelmakan selipar. Dengan memegang selipar itu, saya menampar guru spiritual palsu Ruma dgn kuat sebanyak empat atau lima kali, menyebabkan pipinya merah dan bengkak, berharap itu akan menjadi suatu amaran kepada dia!!

Pada ketika ini, Guru sudah menukar dia balik menjadi rupa seorang lelaki yang memakai topi Âu Lạc (Vietnam) biru dan pakaian tradisional Âu Lạc (Vietnam) dan hendak menghantar dia balik semula. Belas kasihan Guru adalah tidak terbatas!

Pada setiap era, Guru bermakrifat sebenar yang memiliki Kuasa Tertinggi untuk membebaskan orang dari penjara Tiga Alam sentiasanya jarang. Pada masa ini, Guru yang benar-benar membawa keturunan jalan tertinggi menuju pembebasan ialah Mahaguru Ching Hai. Tontonlah Supreme Master Television dengan lebih kerap dan mendapat tahu lebih banyak tentang ajaran mulia Mahaguru Ching Hai. Yang paling penting, jangan berpura-pura sebagai guru Syurga dan menyesatkan orang lain secara melulu dalam amalan spiritual mereka, hanya memerangkap diri anda di neraka tanpa menyedarinya pun!

Senarai nama sebenar dan palsu Trần Tâm (Ruma):

Tom Van Tran (Nama lahir)

John Saint (Nama sah sekarang dan digunakan dalam pasportnya)

Guruji Sagarrumagarmatha (Nama yang lebih disukainya sekarang)

Trần Tâm

Trần Văn Tâm

Trần Văn Út

Huỳnh Long

Trần Út Huỳnh Long

Tâm Trần

Tom Trần / Tom Tran

Guru Tran Tam

Trấn Yăn Tom

Tran Yen Tom

Cậu Út

Ruma

Guru Ruma

Ruma John Saint

Guru RUMA John Saint

Minh Sư Ruma

Minh Sư Trần Tâm

Guruji Ruma

Om Ruma

Sagarrumagarmatha

DAN LAIN-LAIN…

Tidak kpd Syurga: kerana penderitaan makhluk lain tak kena-mengena dgn anda. Ya ke?

Kita manusia, bukan syaitan yang kejam. Pilihlah vegan untuk selamatkan roh anda dan selamatkan planet ini.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang serupa, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak dedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun dgn percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (16/16)
1
Filem Pendek
2021-05-24
58638 Tontonan
2
Filem Pendek
2021-05-24
60823 Tontonan
4
Filem Pendek
2021-05-24
58809 Tontonan
5
Filem Pendek
2021-05-24
58890 Tontonan
11
Filem Pendek
2023-06-12
52846 Tontonan
12
Filem Pendek
2023-10-19
51064 Tontonan
13
Filem Pendek
2026-03-31
14814 Tontonan
15
Filem Pendek
2026-06-28
10560 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-12
739 Tontonan
Pertunjukan
2026-09-12
686 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-12
2010 Tontonan
Filem Pendek
2026-09-12
1038 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-11
970 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun