NAMO MAHAGURU CHING HAI SURAT TAUBAT MAHAGURU CHING HAI yang dikasihi Nama saya: (*****) Hari ini, saya bertaubat secara ikhlas kepada Guru. Saya ingin menyatakan seluruh situasinya seperti berikut. Saya sumpah semuanya yang saya tulis adalah benar. Tolonglah, GURU, selamatkan saya. Pada sekitar Jun 2022, sekumpulan enam orang yang memakai jubah kelabu, kepala bercukur – lima daripada mereka menunjukkan rasa hormat kepada satu orang yang mereka panggil sbg santo Trần swan – memperkenalkan diri sebagai saudara seguru dan berkenalan dengan saya sejak itu. (Mungkin sudah lama mereka mengikut saya di Facebook kerana saya sering buat perjalanan dan ada hubungan dengan banyak saudara seguru.) Satu hingga dua bulan selepas pertemuan pertama, mereka hantar kepada saya foto kilang (palsu) yang mengeluarkan Barang Kemas Firdausi (palsu). Ada seorang wanita yang kepala bercukur dalam kumpulan itu (mukanya saya ingat dengan jelas sekali). Kumpulan itu dedahkan kepada saya bahawa kilang mereka ialah kilang utama yang membekali dua kumpulan operasi di Kaohsiung dan Taipei. Mereka telah menjalankan urus niaga dengan saya sejak dua tahun lalu melalui Line dan WhatsApp (dgn gunakan banyak nombor berlainan). Saya sangat bangga dengan kerja ini dan menjadi tersesat dalam kegelapan, percaya bahawa saya bekerja untuk Guru. Mengenai urus niaga barangan kemas, seseorang yang bernama Thiên datang untuk mengutip wang tunai. Mereka sebut bahawa di Taiwan (Formosa), pengantin perempuan Âu Lạc (Vietnam) yang berkahwin dengan lelaki Taiwan (Formosa) akan bayar wang tunai kepada mereka. […] Dari Julai 2022 hingga sekarang, saya telah memperkenalkan dan memproses pesanan dari negara-negara termasuk Amerika, Australia, Âu Lạc (Vietnam) dan Perancis. Pada masa itu, saya membuat pesanan barangan kemas dan mengedarkannya mengikut senarai harga yang disediakan oleh orang-orang ini. Saya gunakan senarai harga mereka untuk semua urus niaga. […] (Mereka memanipulasikan saya supaya saya tidak dapat menyedari bahawa penilaian saya kabur, jadi saya percaya bahawa mereka bekerja dengan Guru secara langsung.) […] Saya berlutut di depan GURU, minta GURU supaya selamatkan saya, selamatkan roh saya. Saya sedar akan kesalahan saya. Terima kasih atas BERKAT GURU. Saya berterima kasih atas BERKAT SYURGA GURU. Dengan penuh hormat, (*****) dari Âu Lạc (Vietnam), 24 Oktober 2024 Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Saya sentiasa berterima kasih kpd Guru kerana menerima saya sebagai anak murid Guru. Saya mengikut Trần Tâm selama lapan tahun dan ingin berkongsi maklumat untuk memberi amaran kepada mereka yang mengikut atau menyokong dia. Dulu saya pergi ke pusat meditasi Trần Tâm untuk berikan bantuan dan dapati bahawa pada luaran, dia kelihatan sangat mulia, seperti seorang guru yang baik. Namun, pada suatu hari, saya dengar seorang anak murid rapat Trần Tâm mengisahkan bahawa dia lakukan serangan seksual terhdp anak muridnya. Pada mulanya, saya skeptikal kerana saya hormati dia seperti Buddha Hidup. Saya hancur hati dan menangis selama seminggu kerana ini terlalu mengejutkan. Saya berdoa kepada Kuasa Tinggi untuk mengetahui kebenaran. Kemudian saya bertemu dengan pengurus pusat meditasi Trần Tâm di Laos dan seorang bekas biksu rapatnya. Kedua-duanya mengesahkan bahawa maklumat ini tepat. Bekas biksu ini sendiri merupakan mangsa juga. Trần Tâm lakukan serangan seksual terhdp anak murid lelaki dan perempuan tetapi kebanyakannya lelaki. Suatu kali dia malah lakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki di Amerika dan menipu ibu remaja itu, buatnya percayai bahawa remaja itu ada karma buruk dan perlu tinggal di pusat meditasinya. Ibu remaja itu mendakwa dia tetapi hal ini didiamkan. Saya tahu lebih 50 orang mangsa diserang secara seksual oleh dia. Seorang lagi anak murid yg bernama *** menuduh dia secara terbuka di Facebook pada 4 Disember 2019 (hantaran ini, setakat saya menulis suara hati ini pada 30 September 2024, masih ada di sana), dan beberapa orang anak murid yg lain seperti ***, termasuk satu orang yang dulu ialah juruacara dan bantu buat filem untuk Trần Tâm, bersama dua orang bekas biksu yang mengikut Trần Tâm juga buat tuduhan tetapi kemudiannya padamkan hantaran mereka. Penjenayah seperti ini sering gunakan alasan bahawa sama ada terdapat bukti forensik untuk menuduh mereka. Mereka gunakan wang bersama dengan ugutan dan rasuah untuk menyelesaikan hal. Memang berdosa menggunakan wang jujur orang lain untuk menampung aktiviti jenayah, mengheret mereka ke dalam lubuk pusar kesalahan yang sama. Saya percaya bahawa apabila pihak berkuasa menemui kebenaran, Trần Tâm akan berdepan pengadilan. Namun, mungkin ini membabitkan mereka yang bantu dia menjalankan operasi jenayah ini. Saya harap mereka akan sedar dan melepaskan diri daripadanya secepat mungkin. Anak murid Ngọc Hạnh dari Âu Lạc (Vietnam) Dulu saya pengikut Trần Tâm. Saya terlibat secara langsung dalam hal dalaman seperti perbelanjaan hidup, makanan dan beli-belah. Oleh itu, saya tahu segalanya tentang personaliti dan gaya hidupnya. Saya beransur sedar bahawa banyak perbuatannya tidak betul, seperti ambil wang daripada pemeditasi. Sesetengah drpd mereka malah perlu menjual rumah untuk membuat tawaran kerana takut akan sumpahnya. Ada pemeditasi lelaki yg tinggalkan sana dan melaporkan dia kerana ganggu mereka secara seksual semasa mengambil bahagian dalam kumpulan. Banyak orang dianiayai macam ini. Dia malah menulis surat yang mengugut dan menyumpah bahawa seluruh keluarga mrk akan jatuh sakit atau mati jika mereka tidak kembali. Orang kanannya yang menggelar diri sebagai pelindung dharma dan biksunya bebas memungut wang daripada pemeditasi untuk dia, malah masukkannya ke dalam kocek sendiri. Sewaktu bersuluk, makanan dijual dengan harga yang sangat tinggi, malah 20 kali lebih tinggi daripada kos sebenar kerana dia mendakwa bahawa ia ada kuasa berkat. Contohnya, dia jual sebiji buah ciku yang ditanamnya sendiri pada harga AS$100, sebiji pankek pada harga 500,000 VND (Dong Vietnam ~ AS$20), sepinggan nasi pada harga 1 juta VND (AS$40) dan banyak item terlebih harga serupa yang lain. Guru yang dihormati dan pasukan Supreme Master Television yg dikasihi, Sudah 32 tahun sejak saya menerima inisiasi daripada Guru. Hari ini, saya ingin buktikan kata-kata Guru tentang syaitan Trần Tâm. Saya telah merahsiakan kisah ini selama banyak dekad kerana dia kata, “Reputasi pengutus berada dalam tanganmu.” Pada 1996 apabila dia pulang ke Âu Lạc (Vietnam), berpura-pura sebagai pengutus Quan Yin, saya menyertai kumpulan ajaran Guru. Pada masa itu, saya baru berusia 20 tahun. Pada tengah malam, dia memanggil saya masuk ke dalam bilik peribadinya dan lakukan pemerkosaan sama jantina terhadap saya. Maklumat berikut diberikan oleh mangsa Trần Tâm tentang cara Trần Tâm mendapatkan wang: - Minta derma amal: Trần Tâm menyerukan derma drpd pengikutnya di Âu Lạc (Vietnam), mendakwa bahawa itu untuk tujuan amal. - Menjual patung Trần Tâm: Patung Trần Tâm dibuat di Âu Lạc (Vietnam) dengan kos sekitar seratus ribu VND (~4 USD) tapi dijualnya pada harga berpuluh-puluh juta hingga lebih seratus juta VND (~3,939 USD). - Pendapatan daripada restoran vegetarian: Beberapa buah restoran menjadi sumber pendapatan Trần Tâm. Keuntungannya dihantar kepada dia. Tempat-tempat ini kadangkala juga mengadakan ‘upacara inisiasi’ untuk sekumpulan kecil orang. - Yuran untuk pentahbisan: Sesiapa yang ingin ditahbiskan mesti membayar yuran. Mereka dikehendaki menghadiri tujuh suluk bersama dia dalam masa setahun utk menjadi layak. Sewaktu mendaftar untuk pentahbisan, mereka mesti bayar 7 juta VND (~276 USD). - Apabila Trần Tâm sendiri memasak makanan dan jualnya, harganya menaik secara mendadak – dari berpuluh-puluh ribu atau 100,000 VND ke beberapa juta VND per masakan. Selain itu, seorang mangsa aniaya berkongsi bahawa Trần Tâm menjalani gaya hidup yang sangat mewah. Contohnya: - Trần Tâm berikan kereta Lexus kepada pengikutnya yang ditahbiskan manakala dia sendiri memandu Hummer. - Semua pakaiannya berjenama terkenal, dan dia beli jam tangan yang mahal tanpa melihat harganya pun. - Dia miliki koleksi jam tangan mewah yang disimpan di dalam almari pakaian khas. Senarai nama sebenar dan palsu Trần Tâm (Ruma): Tom Van Tran (Nama lahir) John Saint (Nama sah sekarang dan digunakan dlm pasport Amerikanya) Guruji Sagarrumagarmatha (Nama yang lebih disukainya sekarang) Trần Tâm Trần Văn Tâm Trần Văn Út Huỳnh Long Trần Út Huỳnh Long Tâm Trần Tom Trần / Tom Tran Guru Tran Tam Trấn Yăn Tom Tran Yen Tom Cậu Út Ruma Guru Ruma Ruma John Saint Guru RUMA John Saint Minh Sư Ruma Minh Sư Trần Tâm Guruji Ruma Om Ruma Sagarrumagarmatha DAN LAIN-LAIN…
Jika tidak, raja syaitan akan musnahkan dia juga jika dia tidak patuh. Jadi elakkanlah dan elakkan mana-mana guru spiritual palsu yang lain kerana mereka hanya mahukan kemasyhuran dan wang atau/dan menyembunyikan sebarang motif tersembunyi yang lain. Itu begitu jelas. Semoga TUHAN berkati, lindungi anda, tidak dengar namanya pun. supaya anda boleh kekal selamat daripada kuasa syaitan dan kekal selamat daripada dicengkam ke dalam persekitaran mereka, ke dalam pertubuhan mereka, kemudian memudaratkan diri, membuat anda menjadi hamba, buat perkara buruk untuk mereka dan mendapat karma buruk selama-lamanya. Anda takkan dapat melepaskan diri dari neraka. Saya tak benar-benar nak sebut namanya di sini kerana ini terasa terlalu beracun dan seolah-olah iklan percuma untuk dia tetapi ini berlaku begitu saja. Saya perlu beritahu anda untuk lindungi anda!! Saya akan rasa tidak bertanggungjawab tidak memberitahu anda. Tolong pergi cari mana-mana Guru yang baik. Saya bukan beritahu ini supaya anda boleh datang ikut saya. Bukan, tak perlu. Saya dah dapat berkati anda dengan Doa Harian Paling Berkuasa dan ajaran saya yang disiarkan juga. Tetapi jika anda jatuh ke dalam tangan Trần Tâm atau mana-mana orang serupa yang hanya mahukan wang dan kemasyhuran, maka saya tidak berdaya. Saya tak dapat bantu anda kerana anda ada pilihan bebas. Semoga TUHAN lindungi anda. Amin. Syukur kepada Engkau, TUHAN kami. Syukur kepada Engkau, TUAN. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Tolong lindungi mereka yg tidak berdosa dan memimpin mereka kepada Guru sebaik mungkin utk mereka supaya mereka dapat pulang ke Rumah kepada Engkau, malah menjadi bebas dalam hidup ini lagi. Aku ampuni semua guru spiritual palsu yang mempergunakan namaku utk mendapat kekayaan dan kemasyhuran Aku telah bantu menyelamatkan mereka banyak kali tetapi mereka terus melakukannya secara berulangan.Raja Pemutar Roda Dharma yang Paling Dikasihi – Mahaguru Ching Hai, Saya telah mengikut Guru dua kali di Alam Roh untuk menyelamatkan guru spiritual palsu yang jatuh ke dalam Neraka Serangga Berbisa. Prosesnya mendebarkan dan penuh bahaya. Sebelum penyelamatan ini, saya tidak tahu akan kewujudan guru spiritual palsu. Selepas mendapat tahu tentang hal ini daripada misi di Alam Roh, saya kembali ke sini dan tanya seorang saudara seguru Âu Lạc (Vietnam) di Taiwan (Formosa) sama ada terdapat guru spiritual palsu. Dia beritahu saya bahawa ada seorang guru spiritual palsu, Ruma, yang meniru gelaran Mahaguru Ching Hai, SUMA. Saya cari videonya di YouTube dan sebaik saja saya buka satunya, suasana yang sangat gelap, kotor dan menggerunkan segera menguasai saya. Kesannya sangat besar dan nampaknya meresap ke dalam badan dan minda saya, membuat saya rasa sangat sakit. Dengan Berkat Guru, saya ambil masa tiga hari untuk akhirnya hilangkan pengaruh gelap itu. Selepas itu, saya tidak berani cari video yang berkaitan dengan dia lagi. Oleh itu, memang betul meminta YouTube supaya padamkan semua video yang berkaitan dgn Ruma kerana videonya akan membawa pengaruh yang sangat gelap dan merosotkan kepada manusia di Bumi. Mengikut Kehendak TUHAN, Guru tiada pilihan kecuali dedahkan namanya dan menyiarkan gambarnya di Supreme Master TV. Saya rasa gambar Ruma yang dipaparkan di Supreme Master TV sudah ‘diadang dengan selamat” oleh Guru dan tiada pengaruh yang menggerunkan itu lagi. Ia ada medan magnet yang berbeza sepenuhnya dengan video Ruma yang asal di YouTube. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Guru kerana meluangkan masa di tengah-tengah tugas menyelamatkan Bumi yang sibuk untuk menangani pengaruh negatif yang dibawa ke dunia oleh makhluk jahat, serta kerana membimbing pengikut malang yang tertipu oleh Ruma supaya terlepas daripada penganiayaan. Guru memang sangat berbelas kasihan, malah ingin menyelamatkan syaitan yang begitu jahat. Mereka yang memakai jubah biksu dan berpura-pura menjadi guru spiritual bermakrifat tdk menyedari bahawa Guru sudah selamatkan mereka dari neraka dua kali. Jika mereka tidak bertaubat, mungkin mereka akan jatuh ke dalam Neraka Tanpa Berhenti selama-lamanya. Saya juga nasihati semua orang supaya tidak cari video Ruma di YouTube untuk mengelak daripada terpengaruh dan diserang oleh kuasa gelap. Saya harap manusia di Bumi akan mengenal sifat tidak mementingkan diri Mahaguru Ching Hai dan mengikut ajaran Syurga-Nya. Pujian kepada Mahaguru Ching Hai! Dengan penuh hormat, Mu-Yun dari Taiwan (Formosa)
Jadi tolonglah buat sesuatu untuk lindungi orang yang tidak berdosa kerana jika mereka ada lebih banyak orang yg tidak berdosa dlm cengkaman, akan ada lebih banyak kegelapan di dunia kami, lebih banyak peperangan, lebih banyak konflik antara jiran, lebih banyak kemusnahan atau kehancuran mana-mana jambatan yang hubungkan dua buah negara jiran dan banyak negara yang lain bersama. Jika satu jambatan rosak, banyak orang dalam kesusahan juga. Aku tak dapat terus membaiki satu demi satu jambatan kerana, Engkau tahu, aku ada begitu banyak perkara utk dibuat. Makhluk Kuasa Positif yang melaksanakan Kehendak-Mu dan membantu makhluk lain terlalu sibuk juga belakangan ini kerana kuasa negatif begitu kuat melawan untuk mengekalkan kawalan ke atas roh-roh di planet ini. Kami cuba sedaya upaya, TUAN, tetapi tolong beri kami lebih banyak Kuasa lagi, lebih banyak Rahmat lagi supaya kami dapat menyempurnakan misi yang Engkau amanahkan kepada kami. Amin. Syukur kepada Engkau dengan tidak terhingga, TUAN. Syukur kepada Engkau selama-lamanya, TUAN. Semoga Engkau sejahtera juga, TUAN, dan tidak menderita melihat anak-Mu tersesat dan dalam kesakitan. Semoga Engkau sejahtera, Tuan, secara berulang kali. Kami berdoa untuk Engkau juga. Syukur kepada Engkau, TUHAN kami, atas segala-galanya. Photo Caption: “Cahaya Matahari Purbakala atau Masa Sekarang?”










