Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Spiritual Alam Dosy dan Pandangan Mendalam daripada Baginda Raja Nu, Bahagian 4 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya bukan sahaja lakukan kerja fizikal tetapi juga ada kuasa spiritual daripada TUHAN, Kuasa daripada TUHAN, daripada Yang Maha Asal, daripada Yang Maha Menakjubkan, daripada Yang Maha Berkuasa. Jadi jangan ingat saya dah terlalu tua, tak dapat selamatkan anda. Saya masih memberi inisiasi dan mereka masih mendapat berkat, kegembiraan dan sifat berkuasa sama yang diberikan kepada mereka. Anda boleh baca sesetengah Kata-kata Hati dan kisah yang diceritakan oleh kononnya anak murid saya dengan mulut sendiri, penulisan sendiri.

Saya diinisiasi di Taiwan (Formosa) pada tahun 2019. Saya sangat beruntung telah menerima inisiasi dan Hadiah. Semuanya bermula pada tahun 2000 ketika saya melihat video ceramah Guru di sebuah acara. Saya meneteskan air mata dan bertanya-tanya siapakah Wanita yang luar biasa dan berbelas kasihan itu. Setelah itu, saya berdoa sambil menangis, “Semoga keinginan saya untuk berjumpa Guru dikabulkan, yang saya yakin sebagai Buddha hidup, dalam hidup ini sebelum kematian saya.” […]

Pada tanggal 25 Ogos 2019, saya diinisiasi. Keesokan harinya, pada tanggal 26 Ogos, kami semua dibawa ke Ashram Alam Baharu untuk bertemu dengan Guru. Hari itu, doa 19 tahun saya menjadi kenyataan. Saya lihat Guru dgn mata kepala sendiri, begitu terang, begitu terang. Ketika Guru memasuki aula, yang saya lihat hanyalah zilion gazilion Cahaya keemasan yang terang. Guru dipenuhi Cahaya. Saya diliputi kedamaian dan ketenangan. Tiga hari setelah inisiasi, saya mendapat visi batin tentang Guru yang mengeluarkan kawat berkarat dari dalam diri saya, yang saya fikir ialah karma buruk saya sebelumnya, dan menunjukkan kepada saya seorang bayi yang baru lahir yang dibawa Guru dari Syurga.

Pada tanggal 19 Ogos 2024, dalam meditasi Quan Yin saya, saya mendapat visi batin tentang jelmaan Guru sebelumnya sebagai Nabi Isa dan kedatangan pada masa depan sebagai Buddha Maitreya. Saya menyimpannya dalam hati saya dengan diam dan berlinang air mata hingga November 2024 ketika Guru mengungkapkannya kepada orang ramai. Iman saya kpd Guru tidak tergoyahkan. Saya mencintai Guru dan semoga Guru selalu sihat. Asiyah dari Indonesia

Guru Tersayang di seluruh Alam Semesta yang dikasihi dan santo mulia pasukan Supreme Master Television, Saya zahirkan rasa terima kasih, penghargaan, pujian dan kasih sayang sedalam-dalamnya atas Berkat Triniti Bersatu Yang PALING Berkuasa dan Pasukan Syurga semua alam.

Saya menonton Supreme Master Television pada 25 April 2026 apabila Guru dedahkan Raja Keamanan dan 10 orang Raja yang merupakan anak murid-Mu. Semasa sesi meditasi Quan Yin tengah hari, saya nampak visi dalaman. Saya memakai baju besi keemasan, tinggi dan kuat, berdiri di atas lohong hitam. Saya lihat Bumi bergerak ke arah lohong hitam itu. Jika bukan kerana Berkat dan Belas Kasihan Triniti Bersatu Yang PALING Berkuasa, mungkin Bumi telah ditarik ke dalam lohong hitam itu dan meletup menjadi serpihan yang tidak terkira.

Kemudian saya lihat Guru menangis. Air matanya gugur dan menggegarkan alam Syurga. Makhluk-makhluk di sana amat tersentuh oleh Kasih Sayang besar-Nya kepada Bumi. Selepas itu, saya nampak Raja Keamanan muncul bersama dengan pahlawan malaikat hebat yang bersayap, berdiri dalam dua baris dengan Triniti Bersatu Yang PALING Berkuasa di tengah-tengah. Kuasa Triniti Bersatu Yang PALING Berkuasa memancar terus pada Bumi, membentuk tiang Cahaya yang mengekalkan keseimbangan Bumi. Raja Keamanan memegang pedang keemasan dalam tangan. Apabila Cahayanya memancar, saya nampak kuasa jahat terpisah dari Bumi.

Raja Keamanan berkata kepada saya: “Kita semua sangat bertuah telah menerima inisiasi, Hadiah paling berharga yang dikurniakan oleh TUHAN kepada kita melalui Guru hidup. Oleh itu, biar kita rajin beramal dan memastikan hati kita kekal murni sepanjang masa. Sentiasa ingat akan TUHAN dalam hati agar engkau dapat berhubung dengan TUHAN dan berhubung dengan alam Syurga yang lebih tinggi, membolehkan Berkat mengalir ke Bumi melalui badan fizikal ini. Lafazkan Doa Harian yang Paling Berkuasa setiap hari. Ini banyak menyumbang kepada peningkatan Bumi.”

Semoga umat manusia berubah dan menerima cara hidup vegan. Dengan kerendahan diri dan rasa syukur, saya dgn ikhlas ucapkan terima kasih kpd Triniti Bersatu Yang PALING Berkuasa & zahirkan rasa terima kasih paling dalam atas Kasih Sayang tak terbatas Guru. Saya dengan rasa hormat ucapkan semoga Guru sangat sihat, tenang dan sejahtera. Saya akan kekal sebagai anak murid kecil yang rendah diri selama-lamanya dalam Kasih Sayang besar-Mu. Thanh Mai dari Âu Lạc (Vietnam)

[…] Berkat kerja mulia berterusan Guru dan pasukan Supreme Master Television, rancangan konstruktif disiarkan di seluruh dunia. Ini banyak membantu saya memahami ajaran spiritual Guru, dan dengan gembiranya diinisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin. Pada waktu inisiasi, Kuasa Guru membuka penerima (dalam diri saya) sambungan dengan VORTEKS kosmos yang memancarkan Kasih Sayang ke semua arah untuk membuat semua makhluk kekal bahagia, gembira dan puas. Saya dinaikkan dan rasa lebih dekat dengan TUHAN. Apabila saya pulang ke rumah, anak saya juga rasai kuasa spiritual yang menaikkan kita ini dan berkata dia juga ingin belajar bermeditasi dengan Guru. […]

DAN LAIN-LAIN…

Umur tidak membuat perbezaan. Saiz atau status fizikal tidak membuat banyak perbezaan. Pada waktu inisiasi pun, saya tak perlu berada di sana tetapi orang tetap alami pengalaman hebat yang sama. Saya tidak hanya bekerja di dunia fizikal. Saya ada badan fizikal, pejabat fizikal tetapi saya ada banyak lagi, lebih tinggi daripada dunia fizikal – seluruh rangkaian pejabat hingga ke TUHAN di atas, hingga ke Alam Baharu Tim Qo Tu di atas. Saya akan bawa anda ke sana. Saya akan bebaskan roh anda pada waktu inisiasi jika anda mahukannya dgn ikhlas, jika anda dgn ikhlas mahukan pembebasan daripada segala penderitaan di dunia ini, di alam selepas mati dan juga di neraka.

Percayalah kepada saya. Saya jarang mengiklankannya tetapi masa sangat genting sekarang. Jika anda tidak percayai saya, pergilah cari seorang Guru, sekurang-kurangnya Guru daripada keturunan Beas, sekurangnya meskipun anda tidak pergi ke peringkat yang lebih tinggi, melepasi Tiga Alam, sekurang-kurangnya anda dapat elakkan neraka buat masa ini, kemudian Guru kepada Guru-guru akan bantu anda terus belajar lagi sehingga anda capai tahap kesedaran setinggi mungkin yang boleh dicapai, atau sebelum itu pun. Anda tidak perlu pergi ke Alam Baharu Tim Qo Tu, peringkat tertinggi yang boleh dicapai. Anda boleh hanya berada di Peringkat Keempat, Kelima pun. Kebanyakan Guru akan menawarkan itu kepada anda, maka anda akan berada jauh dari neraka selama-lamanya. Boleh teka apa? Selepas meninggalkan dunia ini, anda masih boleh berkati ahli keluarga, kawan, orang tersayang, malah orang-anjing, -kucing, -burung, -haiwan kesayangan anda. Sesiapa saja yang anda sebut, jika anda sayangi mereka, anda dapat berkati dan menyelamatkan mereka kerana anda berhubungan. Meskipun di peringkat TUHAN yang lebih rendah, anda tetap ada kuasa yang amat besar.

Carilah seorang Guru, Guru sebenar. Menjadi vegan. Jauhi segala bahan toksik yang mudaratkan badan, minda dan jiwa anda. Itu saja yang perlu anda lakukan. Anda tak perlu ikut saya. Anda tak perlu datang kepada saya. Carilah seorang Guru. Pastikan bahawa dia baik, dia berkuasa, bahawa dia berhubungan dengan Kuasa Alam Semesta, bahawa dia dapat bantu anda dalam kapasitinya. Anda mesti khusyuk berdoa dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa agar TUHAN memimpin anda ke sana kepada Guru yang ada afiniti dgn anda. Saya langsung tidak jangkakan anda akan percaya kepada saya. Berdoalah saja kepada TUHAN, berdoa kepada Buddha, berdoa kepada Nabi Isa, berdoa kepada Guru agung masa dahulu terutama Mereka yang baru meninggalkan Bumi tidak lama dahulu. Tenaga mereka masih ada di planet ini. Anda berdoa kepada Mereka, Mereka akan bantu anda.

Photo Caption: “Bukan Rupa yang Pelik, Hanya Pilihan Rupa yang Berbeza”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-31
3334 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-01
2961 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-02
2795 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-03
2472 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-04
2275 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-07
2128 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
793 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-06
890 Tontonan
Elit Vegan
2026-08-06
772 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-06
2229 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
1147 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
12228 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
1049 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun