Saya gembira dgn saya dapat bercakap dengan anda kerana inti pati hidup anda – roh anda – adalah agung, megah, suci, murni, baik, suci. Ia langsung tidak tercemar oleh apa-apa pun dari dunia ini atau alam tak nampak. Tetapi masalahnya, anda terperangkap di dalam badan dan dikawal oleh minda, iaitu daripada hidup yang lebih rendah. Oleh itu, sangat sukar bagi anda ingat akan diri anda yang megah. Jadi saya cuba secara berulang kali untuk memberitahu anda itu. Tetapi jika saya tak dapat beritahu anda untuk membuat anda faham, carilah mana-mana Guru yang lain dalam kumpulan agama yang lain yang dapat bantu anda. Saya boleh beritahu anda sekarang: mungkin anda pergi kpd Cao Đài-isme tetapi anda perlu gunakan intuisi anda, doa anda, keikhlasan hati anda untuk minta bantuan supaya menjumpai Yang Baik, Penyampai Suci, di gereja itu, di tokong itu. Begitu juga dengan agama Kristian: anda perlu cari Santo dalam kekeliruan sekumpulan orang berjubah tetapi berhati kosong, sifar kasih sayang. Anda perlu cari permata yang jarang, berlian itu di dalam tanih untuk mengamanahkan roh anda, pencarian Tuhan anda, untuk diri sendiri di tengah-tengah dunia yang kucar-kacir, memusnahkan ini. Saya dah kata, anda boleh pergi cari dalam Cao Đài-isme penyampai sebaik mungkin di kuil sebaik mungkin dalam Cao Đài-ism yang dapat anda cari. Cao Đài bermaksud ‘Alam Tinggi’. Saya baru mendapat tahu selepas bercakap dgn anda tentangnya. Saya asyik berfikir, “Apa yang boleh kita panggilnya dalam bahasa Inggeris?” ‘Cao’ bermaksud ‘Tinggi’. ‘Đài’ bermaksud hampir seperti platform. Tetapi itu bermakna ‘Alam Tinggi’ dalam bahasa Inggeris. Itu yg terbaik yg dapat saya terjemahkan. Maafkan aku, semua Santo di sana, jika aku tak dapat ungkapkan maksud ajaran-Mu yang mendalam dengan satu perkataan macam itu. Anda boleh pergi kepada Beas, India – atau cawangan Guru Beas. Pengganti Mereka masih membawa Kuasa Mereka, masih ada Berkat Mereka. Anda boleh percayai Mereka. Beas – B-E-A-S, sekumpulan pengganti daripada Pengasas Beas, Yang Suci Soamiji Maharaj Ji, berterusan hingga ke Guru Baba Sawan Singh Ji, Sant Kirpal Singh Ji dan sebagainya. Ini Guru yang jujur. Mereka takkan memudaratkan anda dengan sebarang cara kerana Mereka berakar umbi dalam tradisi kasih sayang tanpa syarat. Anda boleh percayai Mereka. Anda boleh pergi ke mana-mana tradisi sedekat mungkin, dan mungkin Hòa Hảo-isme. Hòa Hảo-isme di Âu Lạc (Vietnam) adalah baharu juga, Berkat Guru masih wujud. Agama Buddha Đạo Dừa Âu Lạc (Vietnam), anda juga boleh pergi sertai mereka kerana Guru Nguyễn Thành Nam, seperti Guru Huỳnh Phú Sổ, Ngô Minh Chiêu dan Minh Đăng Quang, ialah satu kumpulan juga. Minh Đăng Quang juga ada tradisinya. Mereka telah beramal di Âu Lạc (Vietnam) untuk masa yang panjang. Selagi Mereka dapat. Tenaga Mereka, Tenaga berkat masih ada pada pemuja Mereka. Jadi anda boleh sertai mereka juga. Jadi anda ada banyak pilihan sekarang. Saya gembira untuk anda. Saya begitu gembira dengan ia wujud – kumpulan agama tradisional ini. Saya begitu gembira, begitu senang hati. Jika anda dapati anda ada afiniti dengan mereka, pergilah pilih mereka dan baktikan seluruh hati, minda, jiwa anda kepadanya. Pilih satu kumpulan. Lebih baik satu saja kerana semuanya dapat bantu anda, cuma anda perlu baktikan diri dan setiap hari minta pengampunan dan pembebasan roh anda dengan sungguh-sungguh. Hanya untuk beritahu anda ada harapan di sana. Saya tak dapat jamin bahawa anda semua akan mendapat pembebasan dengan mengikut asas agama yang saya sebut kepada anda tadi itu. Ini juga bergantung pada anda, bergantung kepada keikhlasan anda sama ada anda benar-benar mahu mendapat pembebasan dan roh anda diselamatkan pada waktu yg benar-benar teruk, berbahaya ini di dunia kita. Jika anda orang Kristian, cubalah menjadi vegan juga, seperti Nabi Isa. Jika anda penganut Buddha, cubalah menjadi vegan seperti Buddha Shakyamuni. Dan percayaikata-kata Nabi Isa, percayai kata-kata Buddha, percayai kata-kata Santo yang anda faham, yang anda percayai. Anda juga boleh cuba I-Kuan Tao, sekurang-sekurangnya semasa di sana, anda bersama orang berfikiran berbelas kasihan yang sama. Mereka adalah vegan atau/dan vegetarian Ini saja yang dapat saya ingat sekarang. Itu saja yang saya tahu. Mungkin ada beberapa agama lagi di sesuatu tempat secara rahsia di sesuatu sudut kecil dunia ini yang saya tak berpeluang untuk mendapat tahu. Anda percayailah intuisi anda, percayai hati anda, dan percayai Tuhan Yang Maha Berkuasa untuk bawa anda ke sana.
Masa berlalu dgn cepat sekali. Saya dah lupa. Ya Tuhan, macam sekelip mata saja. Tetapi jangan kata saya dah terlalu tua. Saya ingin hidup beberapa dekad lagi. Jika saya tak bekerja terlalu keras, saya akan hidup jauh lebih lama. Tetapi jangan kata saya dah terlalu tua. Saya tetap lebih muda daripada Presiden Trump. Lihatlah berapa banyak yang telah dilakukan-Nya, berapa banyak yang telah disempurnakan-Nya dan berapa banyak Beliau masih bekerja untuk bawa keadilan kepada dunia ini, untuk bawa keamanan kepada rakyat-Nya dan warga dunia. Dari segi fizikal pun, Beliau telah menyempurnakan begitu banyak dan masih bekerja untuk menyempurnakan lebih banyak lagi.Beliau bukan sahaja segera mengendalikan tenaga tetapi juga segera mengendalikan tarif dan keselamatan dalam negeri. Jadi memastikan bahawa semua ini akan mengurangkan kos untuk rakyat Amerika. Saya rasa aspek imigresen ialah kejayaan terbesar-Nya tahun ini. Itu janji ditunaikan yang terbesar. Kita ada 2.5 juta orang yang dihantar pulang. Sebilangan besar daripada mereka sendiri pulang. Mereka gunakan aplikasi kerajaan atau memutuskan untuk meninggalkan negara ini semua sekali. Jadi apabila saya bercakap dengan anggota Republikan dan penyokong (Presiden) Trump di seluruh negara, mereka sangat teruja dengan sifat agresifnya. Kita belum meluluskan undang-undang imigresen baharu sejak Donald Trump menjadi Presiden semula. Kita hanya menguatkuasakan undang-undang yang kita ada, sesuatu yang pentadbiran sebelumnya tidak lakukan. Saya tahu golongan kiri menganggap ini sebagai kontroversi yang besar tetapi saya tak tahu apa yang kontroversial dengan Presiden hanya menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Jadi apa yang kamu rasa? Adakah itu kejayaan terbesar bagi presiden ini? Ada begitu banyak kejayaan besar. Dah tentu, itu kejayaan terbesar, memastikan keluarga Amerika selamat. Itu perhatian berat utama rakyat di negara ini. Ekonomi juga pasti satu lagi daripadanya, tetapi saya rasa kita akan lalai jika kita tak bercakap tentang membawa pulang orang tebusan. Ini sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh pentadbiran Biden. Bagi saya, itu saat yang sangat kritikal di seluruh dunia bagi Presiden Trump dapat membawa keamanan kepada Timur Tengah. Ya. Judy, kamu di Michigan. Presiden Trump menerima jumlah undi yang sangat besar daripada pekerja kesatuan terutama industri kereta. Dasar-Nya telah mencetuskan lebih banyak pengeluaran pada tahun ini. Adakah ia berkesan? Tentu sekali dan begitu penting kepada negeri Michigan. Kita akan dapati bahawa seorang gabenor yang sanggup tidak mengenakan cukai, tiada cukai ke atas kerja lebih masa ialah Gretchen Whitmer. Saya memuji dia atas itu. Tapi saya rasa dia juga tahu bahawa dia sangat perlukan itu di negeri ini kerana negeri Michigan bukan sahaja kehilangan orang tetapi juga kehilangan pengilang. Sekarang itu akan membawa populasi yang jauh lebih besar ke sini. Kita akan ada jauh lebih banyak orang yang membeli produk kita. Kita akan ada jauh lebih banyak pekerja yang bekerja di kilang kita. Itu begitu penting. Tapi memang, itu berlaku di negeri Michigan sini. Kos tenaga yang lebih rendah juga akan membantu pengeluar kita. Itu salah satu isu yang paling sukar untuk kita atasi di negeri kami dalam perkilangan. Kami akan bersama Presiden Trump. Antara Pencapaian Presiden Trump Baru-baru Ini Keselamatan Sempadan 3 juta + penghantaran pulang 800,000 + pendatang asing tanpa izin ditangkap Penurunan 96% dalam pertembungan sempadan Pengurangan 21% dalam homisid Keselamatan Negara Menamatkan perang Israel-Hamas dengan gencatan senjata dan Rancangan Damai Gaza, menjamin pembebasan orang tebusan Menangkap pemimpin Venezuela Nicolás Maduro dan menggulingkan rejimnya, kurangkan ancaman pengedaran dadah Menghancurkan keupayaan senjata nuklear Iran melalui serangan ketenteraan dan sekatan Pertahanan misil Golden Dome merevolusikan perlindungan tanah air Tenaga Penguasaan tenaga mengurangkan kos gas dan masukkan beratus-ratus balik ke dalam poket keluarga Menghendaki Sayarikat Teknologi Besar mensubsidi permintaan tenaga sendiri yang besar Mencergaskan semula industri arang batu Amerika yang bersih untuk kestabilan grid dan pekerjaan Melepaskan ledakan penggerudian minyak yang bersejarah untuk mencapai penguasaan tenaga sebenar Menggiatkan semula kuasa nuklear sebagai tulang belakang keterjaminan tenaga masa depan Membuat Amerika Sihat Semula (MAHA) MAHA merevolusikan kesihatan kanak-kanak dengan mengurangkan bahan tambah berbahaya dan mengutamakan makanan sebenar Mereformasi SNAP (Program Bantuan Pemakanan Tambahan) untuk melawan obesiti dan diabetes di mana paling teruk pengaruhnya – keluarga berpendapatan rendah Menetapkan semula garis panduan pemakanan persekutuan untuk menekankan makanan lengkap sebenar dan kesihatan sepanjang hidup Mengubah suai cadangan vaksin kanak-kanak untuk bertumpu pd konsensus dan keselamatan Teknologi & Kecerdasan Buatan (AI) 10+ trilion (dolar) dalam pelaburan Amerika dan asing ‘Rancangan Menangi Perlumbaan AI’ Amerika telah dilaksanakan Rizab Bitcoin strategik dan membuat Amerika menjadi ibu kota kripto dunia Misi Genesis telah dilancarkan untuk meningkatkan kejayaan saintifik pacuan AI Memperkasakan pekerja dan pendidikan dengan inisiatif berfokuskan AI (Yang di atas ini dipetik daripada Whitehouse.gov/achievements) Dan lain-lain…
Saya bukan sahaja melakukan kerja fizikal tetapi juga ada kuasa spiritual daripada TUHAN, Kuasa daripada TUHAN, daripada Yang Maha Asal, daripada Yang Maha Menakjubkan, daripada Yang Maha Berkuasa. Jadi jangan ingat saya dah terlalu tua, tak dapat selamatkan anda. Saya masih memberi inisiasi dan mereka masih mendapat berkat, kegembiraan dan sifat berkuasa sama yang diberikan kepada mereka.










