Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Spiritual Alam Dosy dan Pandangan Mendalam daripada Baginda Raja Nu, Bahagian 3 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bayangkan pokok, akar dan semua benda yang membentuk pokok. Kita rasa ia berakar di dalam tanih dan dibuat dengan tanih, daripada tanih tetapi ahli sains pun sudah tahu bahawa ia dibuat daripada udara, daripada tenaga dalam udara, daripada komponen dalam udara. Kami ada rancangan tentangnya. Anda balik bacanya dan saksikannya. Jadi bayangkan manusia adalah macam itu juga. Begitu banyak komponen bergabung untuk wujudkan manusia. Manusia pertama, kemudian di dalam rahim.

Buddha telah beritahu kita dalam kitab bahawa pada asalnya manusia tiada batas fizikal, tiada badan fizikal pun. Mereka datang daripada Brahma. Mereka bebas merayau ke sana sini, ada pembebasan dengan sebarang cara yang mungkin. Kemudian mereka mula makan benda yang dibuat daripada dunia ini, di dunia ini. Secara perlahan-lahan, mereka menjadi terjelma sebagai makhluk fizikal. Kemudian secara perlahan-lahan, segala-galanya boleh pengaruhi mereka dari sekeliling mereka. Mereka menjadi semakin berat dan semakin serupa dengan segalanya di sekeliling mereka. Jadi segalanya di sekeliling mereka ada jangka hayat, menderita disebabkan cuaca, disebabkan keadaan, disebabkan situasi. Manusia menjadi macam itu juga.

“Akan tibanya waktu, Vasettha, lambat-laun selepas tempoh yang panjang, dunia ini mengecut. Pada waktu pengecutan, kebanyakan makhluk dilahirkan di alam Brahma Abhassara. Di sana mereka diami, buatan minda, hidup gembira, sendiri bercahaya, bergerak di udara, megah – dan mereka kekal macam itu untuk masa yang sangat panjang. Tetapi lambat-laun, selepas tempoh yang sangat panjang, dunia ini mula mengembang semula. Pada waktu pengembangan, makhluk dari alam Brahma Abhassara, setelah meninggal dari sana, kebanyakannya lahir semula di dunia ini. Di sini mereka diami, buatan minda, hidup gembira, sendiri bercahaya, bergerak di udara, megah dan kekal macam itu untuk masa yang sangat panjang.

Pada tempoh itu, Vasettha, hanya ada satu kelompok air, dan seluruhnya ialah kegelapan, gelap-gelita. Bulan atau Matahari tidak muncul, tiada buruj atau bintang yang muncul, malam dan siang tidak dibezakan, tiada bulan dan dua minggu juga, tiada tahun atau musim, dan tiada lelaki dan perempuan, makhluk dianggap sebagai makhluk sahaja. Lambat-laun, selepas tempoh masa yang sangat panjang, tanih savouri tersebar di atas perairan di tempat makhluk itu berada. Ia kelihatan macam kulit yang terbentuk di atas susu panas apabila ia menjadi dingin. Ia dikurniai dengan warna, bau dan rasa. Itu warna minyak sapi atau mentega yang baik, dan rasanya sangat manis, seperti madu liar tulen.

Kemudian seseorang yang bersifat tamak berkata, ‘Aku kata, ini bolehlah apa?’ dan merasa tanih savouri pada jarinya. Dengan berbuat demikian, dia menjadi suka akan rasanya dan idaman muncul dalam dirinya. Kemudian makhluk lain, mengikut perbuatan makhluk itu, juga merasa benda tersebut dengan jari. Mereka juga suka akan rasanya dan idaman muncul dalam diri mereka. Jadi mereka mula gunakan tangan, mencebis benda itu untuk makannya. Akibat daripada ini ialah cahaya diri mereka hilang. Akibat kehilangan cahaya diri mereka, Bulan dan Matahari muncul, malam dan siang dibezakan, bulan dan dua minggu muncul serta tahun dan musimnya. Dunia berevolusi semula sampai tahap itu.

Makhluk itu teruskan untuk masa yang sangat panjang, makan tanih savouri ini, hidup dengan makannya dan disuburkannya. Apabila mereka berbuat demikian, badan mereka menjadi lebih kasar dan perbezaan dalam rupa wujud dalam kalangan mereka. Sesetengah makhluk menjadi cantik, yang lain menjadi hodoh. Makhluk yang cantik pandang rendah terhadap makhluk lain, berkata, ‘Kita lebih cantik daripada mereka.’ Oleh sebab mereka menjadi sombong dan angkuh dengan rupa mereka, tanih savouri hilang. […]”

Ini sangat menyedihkan. Tetapi oleh sebab TUHAN janjikan kemahuan bebas kepada anda, DIA biarkan anda memilih. Tetapi jika anda ada pilihan, maka anda boleh memilih pilihan yang lebih baik seperti memilih untuk kembali kepada keadaan asal dari segi rohani, dengan kebebasan daripada ikatan badan dan segalanya yang pengaruhinya.

Pulanglah ke Rumah. Ada jalan untuk pulang ke Rumah. Kaedah Quan Yin (meditasi pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman) ialah pembimbing untuk bawa anda pulang ke Rumah, sama seperti cahaya rumah api yang beri panduan kepada semua kapal dalam cuaca beribut, berbahaya supaya mereka boleh tahu di mana rumah mereka dan pulang ke tempat yang selamat, ada keselesaan, kepanasan dan kasih sayang. Pulanglah ke Rumah. Berdoalah kepada TUHAN agar DIA dapat memimpin anda kepada Guru, Guru sebenar, bukan penipu, bukan orang yang mahukan sesuatu daripada anda tetapi tidak berikan apa-apa kpd anda – hanya bercakap saja, cakap kosong atau meniru kata-kata Guru lain tetapi kata-kata mereka tidak berkuasa, tidak bernilai. Kata-kata Guru sebenar ada nilai, ada berkat dan peningkatan spiritual. Itu perbezaannya.

Saya telah beritahu anda beberapa pilihan yang boleh anda buat dalam khutbah lain lama dahulu, mungkin dua tahun yang lalu.

Saya gembira dgn saya dapat bercakap dengan anda kerana inti pati hidup anda – roh anda – adalah agung, megah, suci, murni, baik, suci. Ia langsung tidak tercemar oleh apa-apa pun dari dunia ini atau alam tak nampak. Tetapi masalahnya, anda terperangkap di dalam badan dan dikawal oleh minda, iaitu daripada hidup yang lebih rendah. Oleh itu, sangat sukar bagi anda ingat akan diri anda yang megah. Jadi saya cuba secara berulang kali untuk memberitahu anda itu. Tetapi jika saya tak dapat beritahu anda untuk membuat anda faham, carilah mana-mana Guru yang lain dalam kumpulan agama yang lain yang dapat bantu anda.

Saya boleh beritahu anda sekarang: mungkin anda pergi kpd Cao Đài-isme tetapi anda perlu gunakan intuisi anda, doa anda, keikhlasan hati anda untuk minta bantuan supaya menjumpai Yang Baik, Penyampai Suci, di gereja itu, di tokong itu. Begitu juga dengan agama Kristian: anda perlu cari Santo dalam kekeliruan sekumpulan orang berjubah tetapi berhati kosong, sifar kasih sayang. Anda perlu cari permata yang jarang, berlian itu di dalam tanih untuk mengamanahkan roh anda, pencarian Tuhan anda, untuk diri sendiri di tengah-tengah dunia yang kucar-kacir, memusnahkan ini.

Saya dah kata, anda boleh pergi cari dalam Cao Đài-isme penyampai sebaik mungkin di kuil sebaik mungkin dalam Cao Đài-ism yang dapat anda cari. Cao Đài bermaksud ‘Alam Tinggi’. Saya baru mendapat tahu selepas bercakap dgn anda tentangnya. Saya asyik berfikir, “Apa yang boleh kita panggilnya dalam bahasa Inggeris?” ‘Cao’ bermaksud ‘Tinggi’. ‘Đài’ bermaksud hampir seperti platform. Tetapi itu bermakna ‘Alam Tinggi’ dalam bahasa Inggeris. Itu yg terbaik yg dapat saya terjemahkan. Maafkan aku, semua Santo di sana, jika aku tak dapat ungkapkan maksud ajaran-Mu yang mendalam dengan satu perkataan macam itu.

Anda boleh pergi kepada Beas, India – atau cawangan Guru Beas. Pengganti Mereka masih membawa Kuasa Mereka, masih ada Berkat Mereka. Anda boleh percayai Mereka. Beas – B-E-A-S, sekumpulan pengganti daripada Pengasas Beas, Yang Suci Soamiji Maharaj Ji, berterusan hingga ke Guru Baba Sawan Singh Ji, Sant Kirpal Singh Ji dan sebagainya. Ini Guru yang jujur. Mereka takkan memudaratkan anda dengan sebarang cara kerana Mereka berakar umbi dalam tradisi kasih sayang tanpa syarat. Anda boleh percayai Mereka.

Anda boleh pergi ke mana-mana tradisi sedekat mungkin, dan mungkin Hòa Hảo-isme. Hòa Hảo-isme di Âu Lạc (Vietnam) adalah baharu juga, Berkat Guru masih wujud. Agama Buddha Đạo Dừa Âu Lạc (Vietnam), anda juga boleh pergi sertai mereka kerana Guru Nguyễn Thành Nam, seperti Guru Huỳnh Phú Sổ, Ngô Minh Chiêu dan Minh Đăng Quang, ialah satu kumpulan juga. Minh Đăng Quang juga ada tradisinya. Mereka telah beramal di Âu Lạc (Vietnam) untuk masa yang panjang. Selagi Mereka dapat. Tenaga Mereka, Tenaga berkat masih ada pada pemuja Mereka. Jadi anda boleh sertai mereka juga.

Jadi anda ada banyak pilihan sekarang. Saya gembira untuk anda. Saya begitu gembira dengan ia wujud – kumpulan agama tradisional ini. Saya begitu gembira, begitu senang hati. Jika anda dapati anda ada afiniti dengan mereka, pergilah pilih mereka dan baktikan seluruh hati, minda, jiwa anda kepadanya. Pilih satu kumpulan. Lebih baik satu saja kerana semuanya dapat bantu anda, cuma anda perlu baktikan diri dan setiap hari minta pengampunan dan pembebasan roh anda dengan sungguh-sungguh. Hanya untuk beritahu anda ada harapan di sana. Saya tak dapat jamin bahawa anda semua akan mendapat pembebasan dengan mengikut asas agama yang saya sebut kepada anda tadi itu. Ini juga bergantung pada anda, bergantung kepada keikhlasan anda sama ada anda benar-benar mahu mendapat pembebasan dan roh anda diselamatkan pada waktu yg benar-benar teruk, berbahaya ini di dunia kita.

Jika anda orang Kristian, cubalah menjadi vegan juga, seperti Nabi Isa. Jika anda penganut Buddha, cubalah menjadi vegan seperti Buddha Shakyamuni. Dan percayaikata-kata Nabi Isa, percayai kata-kata Buddha, percayai kata-kata Santo yang anda faham, yang anda percayai. Anda juga boleh cuba I-Kuan Tao, sekurang-sekurangnya semasa di sana, anda bersama orang berfikiran berbelas kasihan yang sama. Mereka adalah vegan atau/dan vegetarian Ini saja yang dapat saya ingat sekarang. Itu saja yang saya tahu. Mungkin ada beberapa agama lagi di sesuatu tempat secara rahsia di sesuatu sudut kecil dunia ini yang saya tak berpeluang untuk mendapat tahu. Anda percayailah intuisi anda, percayai hati anda, dan percayai Tuhan Yang Maha Berkuasa untuk bawa anda ke sana.

Masa berlalu dgn cepat sekali. Saya dah lupa. Ya Tuhan, macam sekelip mata saja. Tetapi jangan kata saya dah terlalu tua. Saya ingin hidup beberapa dekad lagi. Jika saya tak bekerja terlalu keras, saya akan hidup jauh lebih lama. Tetapi jangan kata saya dah terlalu tua. Saya tetap lebih muda daripada Presiden Trump. Lihatlah berapa banyak yang telah dilakukan-Nya, berapa banyak yang telah disempurnakan-Nya dan berapa banyak Beliau masih bekerja untuk bawa keadilan kepada dunia ini, untuk bawa keamanan kepada rakyat-Nya dan warga dunia. Dari segi fizikal pun, Beliau telah menyempurnakan begitu banyak dan masih bekerja untuk menyempurnakan lebih banyak lagi.

Beliau bukan sahaja segera mengendalikan tenaga tetapi juga segera mengendalikan tarif dan keselamatan dalam negeri. Jadi memastikan bahawa semua ini akan mengurangkan kos untuk rakyat Amerika.

Saya rasa aspek imigresen ialah kejayaan terbesar-Nya tahun ini. Itu janji ditunaikan yang terbesar. Kita ada 2.5 juta orang yang dihantar pulang. Sebilangan besar daripada mereka sendiri pulang. Mereka gunakan aplikasi kerajaan atau memutuskan untuk meninggalkan negara ini semua sekali. Jadi apabila saya bercakap dengan anggota Republikan dan penyokong (Presiden) Trump di seluruh negara, mereka sangat teruja dengan sifat agresifnya. Kita belum meluluskan undang-undang imigresen baharu sejak Donald Trump menjadi Presiden semula. Kita hanya menguatkuasakan undang-undang yang kita ada, sesuatu yang pentadbiran sebelumnya tidak lakukan. Saya tahu golongan kiri menganggap ini sebagai kontroversi yang besar tetapi saya tak tahu apa yang kontroversial dengan Presiden hanya menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.

Jadi apa yang kamu rasa? Adakah itu kejayaan terbesar bagi presiden ini?

Ada begitu banyak kejayaan besar. Dah tentu, itu kejayaan terbesar, memastikan keluarga Amerika selamat. Itu perhatian berat utama rakyat di negara ini. Ekonomi juga pasti satu lagi daripadanya, tetapi saya rasa kita akan lalai jika kita tak bercakap tentang membawa pulang orang tebusan. Ini sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh pentadbiran Biden. Bagi saya, itu saat yang sangat kritikal di seluruh dunia bagi Presiden Trump dapat membawa keamanan kepada Timur Tengah.

Ya. Judy, kamu di Michigan. Presiden Trump menerima jumlah undi yang sangat besar daripada pekerja kesatuan terutama industri kereta. Dasar-Nya telah mencetuskan lebih banyak pengeluaran pada tahun ini. Adakah ia berkesan?

Tentu sekali dan begitu penting kepada negeri Michigan. Kita akan dapati bahawa seorang gabenor yang sanggup tidak mengenakan cukai, tiada cukai ke atas kerja lebih masa ialah Gretchen Whitmer. Saya memuji dia atas itu. Tapi saya rasa dia juga tahu bahawa dia sangat perlukan itu di negeri ini kerana negeri Michigan bukan sahaja kehilangan orang tetapi juga kehilangan pengilang. Sekarang itu akan membawa populasi yang jauh lebih besar ke sini. Kita akan ada jauh lebih banyak orang yang membeli produk kita. Kita akan ada jauh lebih banyak pekerja yang bekerja di kilang kita. Itu begitu penting. Tapi memang, itu berlaku di negeri Michigan sini. Kos tenaga yang lebih rendah juga akan membantu pengeluar kita. Itu salah satu isu yang paling sukar untuk kita atasi di negeri kami dalam perkilangan. Kami akan bersama Presiden Trump.

Antara Pencapaian Presiden Trump Baru-baru Ini

Keselamatan Sempadan

3 juta + penghantaran pulang

800,000 + pendatang asing tanpa izin ditangkap

Penurunan 96% dalam pertembungan sempadan

Pengurangan 21% dalam homisid

Keselamatan Negara

Menamatkan perang Israel-Hamas dengan gencatan senjata dan Rancangan Damai Gaza, menjamin pembebasan orang tebusan

Menangkap pemimpin Venezuela Nicolás Maduro dan menggulingkan rejimnya, kurangkan ancaman pengedaran dadah

Menghancurkan keupayaan senjata nuklear Iran melalui serangan ketenteraan dan sekatan

Pertahanan misil Golden Dome merevolusikan perlindungan tanah air

Tenaga

Penguasaan tenaga mengurangkan kos gas dan masukkan beratus-ratus balik ke dalam poket keluarga

Menghendaki Sayarikat Teknologi Besar mensubsidi permintaan tenaga sendiri yang besar

Mencergaskan semula industri arang batu Amerika yang bersih untuk kestabilan grid dan pekerjaan

Melepaskan ledakan penggerudian minyak yang bersejarah untuk mencapai penguasaan tenaga sebenar

Menggiatkan semula kuasa nuklear sebagai tulang belakang keterjaminan tenaga masa depan

Membuat Amerika Sihat Semula (MAHA)

MAHA merevolusikan kesihatan kanak-kanak dengan mengurangkan bahan tambah berbahaya dan mengutamakan makanan sebenar

Mereformasi SNAP (Program Bantuan Pemakanan Tambahan) untuk melawan obesiti dan diabetes di mana paling teruk pengaruhnya – keluarga berpendapatan rendah

Menetapkan semula garis panduan pemakanan persekutuan untuk menekankan makanan lengkap sebenar dan kesihatan sepanjang hidup

Mengubah suai cadangan vaksin kanak-kanak untuk bertumpu pd konsensus dan keselamatan

Teknologi & Kecerdasan Buatan (AI)

10+ trilion (dolar) dalam pelaburan Amerika dan asing

‘Rancangan Menangi Perlumbaan AI’ Amerika telah dilaksanakan

Rizab Bitcoin strategik dan membuat Amerika menjadi ibu kota kripto dunia

Misi Genesis telah dilancarkan untuk meningkatkan kejayaan saintifik pacuan AI

Memperkasakan pekerja dan pendidikan dengan inisiatif berfokuskan AI

(Yang di atas ini dipetik daripada Whitehouse.gov/achievements)

Dan lain-lain…

Saya bukan sahaja melakukan kerja fizikal tetapi juga ada kuasa spiritual daripada TUHAN, Kuasa daripada TUHAN, daripada Yang Maha Asal, daripada Yang Maha Menakjubkan, daripada Yang Maha Berkuasa. Jadi jangan ingat saya dah terlalu tua, tak dapat selamatkan anda. Saya masih memberi inisiasi dan mereka masih mendapat berkat, kegembiraan dan sifat berkuasa sama yang diberikan kepada mereka.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-31
3334 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-01
2961 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-02
2795 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-03
2472 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-04
2275 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-07
2128 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
793 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-06
890 Tontonan
Elit Vegan
2026-08-06
772 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-06
2229 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
1147 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
12228 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
1049 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun