Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi semua orang dah cukup makan? (Ya.) Baiklah, saya akan ucap selamat tinggal kerana sangat panas bagi kamu berada di sini. (Tidak!) Saya rasa agak dingin kerana duduk di tempat teduh tetapi saya khuatir kamu akan panas. Mengapa kamu tidak tutup kepala? Saya rasa Tuhan telah berikan rambut kepada kamu. Itu dah cukup bagus. Sebab itulah saya simpan rambut panjang semula. Ada seorang saudara di sini yang mahu saya sampaikan kepada kamu bahawa kita dalam perang spiritual. Dia mahu saya beritahu kamu bahawa kita perlu ‘berlawan’ dengan kasih sayang. Apa-apa yang berlaku dalam hidup kita, itu sejenis ketakseimbangan antara yang negatif dan yang positif. Kamu dapat dengar tak? (Ya.) Buka lebih kuat sikit. Seseorang minta. Saya tidak lebih besar daripada kamu dari mana-mana segi. Maksud saya, kamu boleh lihat saiz saya dan saya tidak berpura-pura untuk jadi ketua spiritual yang lebih besar atau apa-apa. Cuma seseorang mahu saya menyampaikan kepada kamu bahawa… kerana saya ada mikrofon. …bahawa kita perlu ‘berlawan’ dalam perang spiritual dgn kasih sayang. Itu bukan hanya rumah yang terbakar atau bencana saja. Itu kuasa negatif yang berfungsi dan kita perlu hadapi itu. Jadi kita ada pilihan antara yang negatif dan yang positif. Sangat mudah: Setiap kali kita berfikir secara negatif, kita beralih kembali kepada yang positif. Setiap kali kita nak bercakap secara negatif, beralih kembali kepada yang positif. Setiap kali kita nak membenci seseorang, berfikir dua kali dan alihkannya kepada kasih sayang kerana membenci seseorang tidaklah membantu kita. (Ya, betul.) Kita boleh nikmati segala kekayaan, kemewahan dan kecantikan yang Tuhan kurniakan kepada kita tetapi kita mesti ingat akan Pemilik. Kita mesti ingat akan Tuhan. Tuhan ialah kita sendiri, Sifat tertinggi kita, tiada apa-apa lagi. (Syabas!) Saya hanya menyampaikan kata-kata. Jadi jangan buat ego saya terasa lebih besar. Maaf, ia menjadi besar kadangkala apabila dengar tepukan dan semua itu. Dan kamu panggil saya sebagai Guru, itu tidak baik untuk ego saya juga. Tapi saya cuba bersungguh-sungguh utk kawalnya dan berusaha gigih sekali dalam diri saya. Di dalam, ada juga pertarungan negatif dan positif. Contohnya, pagi ini jika saya dengar kata-kata kuasa negatif, saya akan berada di rumah dan tidur beberapa jam lagi. Atau bersenang-senang membaca surat khabar, atau hanya bersenang-senang dan bukan bangun pada pukul 6, bersolek, bersusah-susah untuk melawan dan memutuskan apa jenis pakaian yang akan saya pakai untuk perhimpunan ini. Semua orang nasihati saya supaya memakai pakaian tradisional yang bertopi tinggi dan kelihatan sangat penuh glamor. Saya kata tidak, tidak. Tidak, tidak, tidak. Ini bukan masanya. Kemudian saya kata, “Apa yang saya nak pakai? Saya tiada pakaian yang kelihatan suram. Saya tiada pakaian hitam tetapi di perhimpunan ini, orang harus pakai pakaian hitam.” Jadi saya bersusah-susah, kemudian tanggalkan lapisan pertama yang penuh glamor sikit. Jadi saya kelihatan polos sikit macam ini. Saya sudah buat sebaik yang boleh. Tahulah, bagi kesukaan saya terhadap glamor dan kecantikan, saya dah tanggalkan banyak. Jadi sekarang itu masalah dengan kuasa negatif. Ia beritahu kita banyak perkara yang tak harus kita buat dan pada masa yang tak betul. Oleh itu, kita ada pilihan untuk berfikir secara positif. Segalanya yang bermanfaat kepada orang lain dan diri sendiri pada waktu yang betul, itu positif. Segalanya yang memudaratkan kamu dan orang lain, itu negatif. Jadi setiap kali kita perlu pertimbangkan apa negatif, apa positif. Itu bagaimana kita berlawan. (Ya.) Apabila kita sentiasa berfikir secara positif, bercakap secara positif, menyayangi orang dan sentiasa bertindak secara positif – bermakna dengan cara yang sesuai pada masa yang betul dan bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain – itu waktu kita berada di sebelah kuasa positif. Kuasa positif ada satu lagi simpanan kuasa untuk mengatasi tenaga negatif di dunia ini. Tepuklah. Itu baik untuk ego saya. Supaya ia membolehkan saya bercakap lebih banyak sikit lagi. Jika tidak, dia akan heret saya keluar dan berkata, “Awak baliklah. Awak balik ke rumah, tidur.” Ya, oleh sebab saya telah sakit selama beberapa minggu, ego ada lebih banyak sebab untuk suruh saya masuk tidur dan berehat. “Itu baik untuk kulitmu, baik untuk kecantikanmu,” dan apa-apa saja seperti itu. Dia sentiasa beritahu saya banyak perkara. Jadi sekarang, jika kita ada lebih banyak tenaga positif di dunia ini, maka kita ada lebih banyak kecantikan, lebih banyak tuah. Maksud saya, bukan dari segi wang tetapi dalam suasana persekitaran dan segalanya yang kita buat. Ia akan menjadi lebih lancar dan lebih berjaya bagi kita. Jika kita ada lebih banyak kuasa negatif, maka kita tambahkan lebih banyak bencana, lebih banyak kesusahan, peperangan dan lebih banyak pertengkaran dalam kalangan jiran. Jadi kita ada pilihan. Jadi jangan berfikir bahawa bencana di sini atau di mana-mana mungkin ialah karma orang di sini saja. Kita bertanggungjawab juga. Setiap kali kita berfikir secara negatif, kita bertanggungjawab atas bencana di dunia atau kawasan kejiranan kita. Jadi cubalah sentiasa berfikir secara positif. Cuba menjadi penyayang dan baik hati serta cuba mengawal fikiran negatif kita. Ya, itu sukar. (Lakukannya saja.) Sukar. Dia kata, “Lakukannya saja, usah cuba.” Tetapi saya lebih diplomatik. Jika tidak, orang halau saya keluar. Mereka akan halau saya keluar jika saya begitu lurus seperti kamu. Saya memegang mikrofon. Jika saya tidak diplomatik, saya takkan pegangnya dgn lama sangat. Terima kasih kerana berada di sini dan ikhlas. Kita perlu ikhlas pada waktu jiran kita dalam kesusahan, bukan hanya berada di sana untuk menunjuk-nunjuk pakaian dan rasa simpati kita. Kita perlu sentiasa ikhlas. Kita tahu akan hati kita. Itu paling penting. Bukanlah wartawan tahu akannya atau semua jiran perlu tahu akannya. Kita tahu akannya. Kita tahu sama ada kita ikhlas dan positif. Setiap kali, kita mesti berfikir secara positif. Saya tahu kamu dah tahu akannya. Saya tahu kamu tahu akannya tetapi kadangkala kamu terlupa untuk gunakannya. Itu saja. Jadi cubalah lebih banyak gunakannya. Berfikir, bercakap secara positif. Buat perkara dgn penuh kasih sayang. Berfikir dengan penuh kasih sayang. Setiap kali ada kecenderungan negatif, kamu tutupnya dan tarik balik dirimu. Itu satu-satunya cara. Saya tiada rahsia lain. Saya cuba buat begitu juga. Saya cuba. Saya telah beritahu sesetengah daripada kamu bahawa saya akan pergi ke Texas. Saya sepatutnya pergi hari ini atau semalam tetapi disebabkan oleh perhimpunan ini akan diadakan, jadi saya batalkan perjalanan itu. Saya akan pergi tak lama lagi. Jadi saya bukan penipu. Itu hanyalah penangguhan. Saya akan pergi ke sana. Semoga kamu semua ada tenaga positif yang terbaik mulai hari ini & selama-lamanya. Amin. Terima kasih. Saya dah buat dengan secukupnya? (Ya, sudah.) Semua mesej telah disampaikan? (Ya.) Terima kasih. Jadi selamat tinggal. Teruslah nikmatinya. Bukanlah kuasa negatif suruh saya pergi sekarang tetapi dah tiba masanya. Rasanya saya akan segera keluar. Jika tidak, kamu akan jemu dengan saya dan kamu akan menjadi negatif. Halau saya keluar. Terima kasih. Ketika kamu bermeditasi atau sewaktu kamu ada masa, semasa kamu tidak sibuk dengan fikiran, kamu berfikirlah secara positif sepanjang masa dan berdoa untuk mangsa di seluruh dunia, bukan sahaja di Laguna (Beach) tetapi juga seluruh dunia kerana ada penderitaan di mana-mana saja. Kamu tahu sangat akan itu. Kamu tahu lebih daripada saya. Kamu lebih banyak baca surat khabar. Saya bacanya sekali-sekala saja. Saya jarang ada masa. Terima kasih. Berdoalah untuk orang. Lebih banyak bermeditasi Lebih banyak bermeditasi supaya kamu tambahkan lebih banyak tenaga positif kepada dunia ini, dan hindarkan diri daripada membuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Itu meminimumkan kuasa negatif. Meditasi dan muhibah tambahkan tenaga positif dan dunia kita pasti akan menjadi lebih baik, semakin baik, kemudian menjadi paling baik. Photo Caption: Makhluk yang Halus tetapi Makhluk yang Istimewa!