Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Jalan Menuju Dunia Aman Damai, Bahagian 5 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Itu kisah sebenar dari Âu Lạc (Vietnam). Nampaknya pembesar Âu Lạc (Vietnam) lebih bijak sikit. Mereka lebih pandai melindungi diri. Mereka tahu bagaimana menasihati raja dengan lebih baik. Mereka tak harus gunakan jenis kaedah yang sangat serius itu. Di seluruh dunia, jika kita tak dapat meyakinkan satu orang raja, mengapa kita perlu mati? Mungkin jika kita tunggu lebih lama sikit raja itu akan mati. Selepas raja itu dah mati, kita akan berkhidmat untuk raja lain. Kekalkan bakat, kebijaksanaan dan kecerdikan kita bagi berkhidmat untuk seluruh negara, bukan satu orang raja saja. Jika Dia Raja yang baik, kita harus berkhidmat, hormati Dia dan menyumbangkan bakat kita sepenuhnya kepada Dia. Jika Dia bukan, kita harus kekalkan bakat dan kebijaksanaan yg diberikan oleh Tuhan, kan? Tuhan berikan bakat dan kebijaksanaan kepada kita, bukan kepada Raja, tetapi kepada kita bagi berkhidmat untuk seluruh negara, seluruh dunia, bukan untuk Raja. Jika Raja tak tahu bagaimana gunakan kita, kita boleh tunggu dan cari orang lain kemudiannya. Matlamat kita adalah berkhidmat untuk negara, untuk rakyat, bawa keceriaan kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk raja, kemudian biar Dia memuji kita atasnya.

Contohnya, kita ada… orang-merak yang sangat cantik dan memaksa dia berkahwin dengan orang-kodok. Orang-kodok tak suka orang-merak dan tak nak berkahwin dengannya. Kemudian kita rasa sakit hati lalu membunuh orang-merak? Akankah kita? (Tidak.) Itu akan sangat bodoh. Jadi semasa kita buat apa-apa, perkara yang betul pun, jika kita lakukan pada masa yang tak betul atau dalam keadaan yang tak betul, itu akan sia-sia saja. Ini ialah kebijaksanaan.

Jika kamu rasa kamu bijak dan tergesa-gesa dengan apa-apa saja, itu tidak baik. Seperti baru-baru ini, ada sebuah filem kanak-kanak yang berjudul ‘Raja Singa’. Kamu tahu tak? Pernah kamu saksikannya? (Ya.) Ini filem yang baik. Apa kamu panggilnya dlm bahasa Cina? (Raja Singa.) Raja Singa. Adakah kamu saksikan filem ini? (Ya.) Okey. Dalam filem ini, orang-singa muda ingin mengikut jejak bapanya, bertindak dengan berani, tetapi dia hampir mati dan bunuh bapanya. Dah tentu, dia tidak sendiri bunuh bapanya atau bapanya mati disebabkan dia tetapi punca asasnya ialah itu. Dia tak dengar kata-kata bapanya, kemudian kejadian lain berlaku. Satu kejadian bawa kepada kejadian lain. Jika bukan kerana kejadian pertama, kejadian kedua takkan berlaku, kemudian bapa saudaranya tak dapat menipu dia. Hanya jika dia dengar kata-kata bapanya. Dia belajar keberanian pada masa yang tak betul. Apa yang bapanya beritahu dia? “Aku berani hanya apabila perlu.” Itu keberanian sebenar.

Sama juga di sini, apabila kita baru beramal, kita tergesa-gesa. Sesetengah orang belum beramal dengan baik dan tak dapat bermeditasi dengan lama tapi pergi bercakap besar dgn sesuka hati. Orang akan rasa meluat. Ini bukan cara yang betul untuk menyebarkan Dharma (Ajaran Sebenar). Apa yang paling penting adalah menyucikan badan, pertuturan dan minda kita serta laksanakan tanggungjawab kita. Selepas kita dah beramal dengan baik, orang akan ikut kita meskipun kita tak kata apa-apa pun. […] Suka menjadi guru adalah baik. Menasihati orang lain berbuat baik adalah baik juga. Mengajar orang lain supaya jalankan amalan spiritual, menjadi vegan dan mematuhi Lima Rukun adalah sangat baik tetapi kamu harus mempertimbangkan tempat, orang dan keadaannya. Selain itu, adakah kamu beramal dengan baik? Akankah orang hormati apa yang kamu katakan? Akankah mereka dengar kata-katamu? Saya lihat mereka katakan semua itu dan semua orang di sebelah mereka menggelengkan kepala, tertanya-tanya apa yang mereka katakan.

Photo Caption: Tumbuhan Gembira Bawa Perasaan Gembira kepada Anda

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/6)
1
2024-10-29
2111 Tontonan
2
2024-10-30
1955 Tontonan
3
2024-10-31
2086 Tontonan
4
2024-11-01
1643 Tontonan
5
2024-11-02
1556 Tontonan
6
2024-11-03
1523 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android