Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga Jenis Guru, Bahagian 3 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kita menebang begitu banyak pokok sehingga banyak tumbuhan tak dapat bertumbuh selepas itu, gunakan racun herba atau racun serangga serta hanya tanam kacang, jagung atau apa-apa saja utk diberi makan kepada orang-haiwan lebih daripada kepada manusia. Manusia begitu kebulur – berjuta-juta orang kebulur tetapi kita gunakan makanan dan bijirin itu untuk diberi makan kpd orang-haiwan. Hanya satu kilogram daging orang-haiwan pun memerlukan sangat banyak air, sangat banyak tanah, sangat banyak kerja, banyak pengangkutan, jauh lebih banyak pencemaran udara, banyak kekurangan bahan api, kekurangan ubat – segala jenis kesan yang mempengaruhi dunia, kehidupan, kesihatan, kedudukan kewangan dan perkembangan spiritual kita. […]

Jika kita kehilangan planet ini, kehilangan segalanya yang kita ada, kita hanya boleh salahkan diri sendiri. Saya harap kita tak perlu hadapi tragedi yang drastik ini. Tapi mana tahu?

Kita semua buat sebaik yang boleh tetapi belum cukup lagi. Saya berharap, berdoa serta berserah kepada Tuhan, dan semua Guru, semua Makhluk Mulia dan Tinggi di Alam Semesta agar membantu kita. Tetapi jika karma kita terlalu berat, kita tak dapat buat banyak. Mereka tak dapat buat banyak. Guru paling agung, Tuhan pun tak dapat buat banyak. Sesuatu perlu berlaku mengikut bentukan, mekanismenya. Sama seperti jika kereta anda dah terlalu tua tetapi anda tak menjaganya dengan baik, cepat atau lambat anda akan alami kemalangan atau ia berhenti berfungsi sepenuhnya. Jadi jika anda mahu kereta itu bergerak semula, anda boleh baikinya. Anda boleh pergi kepada mekanik. Anda memandu dengan berhati-hati dan tukar bateri, tukar enjinnya hampir sepenuhnya, maka kereta anda dapat bergerak.

Saya ada sebuah kereta golf lama dahulu di Taiwan (Formosa), di Hsihu. Kereta golf itu dah lama. Seorang anak murid Korea ialah mekanik kereta atau berpengetahuan tentang kereta, jadi berikan satu lagi enjin kepada saya. Oh, ia bergerak seperti kereta yang sangat kuat! Ia berbeza dengan enjin kereta golf. Kuat dan dapat bergerak dengan pantas sekali. Saya tak sepatutnya tetapi saya boleh. Pada masa itu, saya masih muda. Dah tentu, saya suka pandunya dgn cepat Saya pandunya menaiki dan menuruni bukit, pergi lihat bahagian-bahagian kawasan kami yang berlainan, naik ke atas dan turun ke bawah untuk lihat kononnya anak murid saya. Saya sangat gembira, Saya pasang muzik di dalamnya juga.

Ini apa yang boleh kita buat dengan dunia kita. Meskipun kita sudah berada dalam keadaan terdesak, namun kita boleh bergantung pada Tuhan Kuasa Guru, semua Santo dan Orang Suci, semua Dewa di alam semesta untuk mengumpulkan Kuasa Mereka bagi membantu kita jika kita biarkan diri kita dibantu. Selepas anda dah membaiki kereta, anda masih perlu menyelenggaranya: menjaganya dengan baik, berikan petrol yang baik atau tenaga elektrik yang baik dan benda lain. Cuci kereta dan tidak masuk ke dalam lumpur – kereta golf tak dapat keluar, atau tidak masuk ke dalam parit, lubang terbuka pada tanah disebabkan kebetulan, kecuaian atau kemalangan. Anda perlu berhati-hati juga, menjaganya.

Jadi ada syaratnya untuk sesuatu berfungsi dengan baik di alam semesta ini. Anda tahu akan itu. Anda juga perlu menjaga rumah dengan baik. Walaupun di dalam rumah sudah banyak dilindungi oleh dinding, tingkap dan pintu, anda tetap perlu ada sesuatu untuk melindunginya daripada kesejukan, hujan yang boleh meresap masuk melalui tingkap, pintu atau celah untuk mencegah rumah daripada menjadi berkulapuk kerana kulapuk boleh membuat rumah kelihatan sangat hodoh, hitam di mana-mana saja dan juga boleh datangkan penyakit yang teruk. Itu malah boleh membawa maut jika anda mendapat terlalu banyak penyakit daripadanya. Jadi segalanya di dunia fizikal ini ada hukum fizikal, ada alat fizikal untuk membaikinya.

Jadi cara kita dapat membaiki dunia kita adalah jadi berbelas kasihan: kerana kita perlukan tenaga belas kasihan utk membuat kehidupan kita kekal baik dan dunia berfungsi dengan seimbang. Berbelas kasihan adalah sayangi orang lain seperti sayangi diri sendiri, memaafkan, membantu orang dan tidak mencederakan sesiapa pun, tidak membunuh sesiapa pun meskipun mereka hanya serangga kecil, apalagi makhluk yang besar, megah seperti orang-gajah, -zirafah, -paus, -kerbau, -lembu betina, -lembu jantan dll . Mereka semua ada roh di dlm diri mereka Pokok besar juga ada roh di dalamnya. Tumbuhan kecil juga ada roh di dalamnya. Jangan cuba cederakan mereka dengan sebarang cara yang boleh.

Sekarang, jangan cuba berdebat dengan diri sendiri, berkata, “Oh! Guru lain pada zaman dahulu seperti Nabi Isa minum susu.” Saya tak pasti sama ada Nabi Isa minum susu atau tidak. Mereka tak kata Baginda adalah vegan tetapi kita tahu bahawa tradisi Essene, semuanya vegetarian. Jadi sekurang-kurangnya kita tahu itu. Mungkin vegetarian bermakna kadangkala mereka mengambil susu bagi membuat keju atau untuk bayi apabila seseorang ibu tidak bersusu.

Tetapi ingatlah bahawa susu pada zaman itu dan susu hari ini adalah berbeza. Susu pada zaman itu adalah menyihatkan, berperikemanusiaan dan orang mengambil sangat sedikit saja, tidak seperti hari ini, kita makan, buat segala jenis perbuatan hanya untuk memuaskan tabiat kita tetapi itu tidak baik untuk kita. Kita lebih tamak, terlalu tamak. Kita makan banyak keju dan buat banyak orang-lembu menderita kerana mengambil susu daripada mereka sehingga mereka rebah, sehingga usus atau perut mereka malah terkeluar dan tak dapat berjalan lagi, sehingga mereka letih lesu, kemudian disembelih. Anda makan jenis makhluk yang lemah, kehausan ini. Itu tak boleh baik untuk anda, belum kata lagi penyakit yang boleh dijangkitkan kepada anda.

Hari ini, selesema burung sudah meresap ke dalam sistem penternakan orang-lembu. Sesetengah orang-kucing, orang-haiwan kesayangan, orang-haiwan liar dan sebagainya pun sudah ada selesema burung yang menjangkiti mereka juga. Daripada apa yang kita tahu hingga kini, sekurang-kurangnya tujuh orang-kucing di sesuatu tempat. Tetapi bukan setiap orang-kucing yang dijangkiti akan diketahui menghidapi selesema burung. Mereka juga boleh berada di luar – orang-kucing liar, -kucing jalang atau mungkin orang-kucing domestik. Tetapi kebanyakan orang-kucing datang dan pergi. Mereka tidak tinggal di dalam rumah. Di banyak negara, mereka masih bebas macam itu, jadi mereka boleh mendapat selesema burung tetapi tiada sesiapa yang perasan, atau mati di luar dan pemilik (penjaga) tidak tahu pun. Hari ini, anda memelihara orang-kucing di dalam kondominium, di dalam rumah, jadi mungkin tak apa tetapi itu bukan cara semula jadi untuk orang-kucing berasa gembira. Orang-kucing dan -anjing perlukan aktiviti luar. Semasa mereka keluar kadangkala, mungkin mrk mendapat selesema burung dan siaplah, mungkin anda dijangkiti juga.

Media report from PBS NewsHour – April 4, 2024, Geoff Bennet: Ada kerisauan yang meningkat malam ini tentang penularan selesema burung yang sangat berjangkit secara berterusan di Amerika. Sekarang virus ini telah menular kepada lembu tenusu dan menjangkiti satu orang. William?

William Brangham: Betul tu, Geoff. Strain selesema burung yang dipanggil H5N1 ini telah menjangkiti kawanan burung di seluruh Amerika selama beberapa tahun sekarang. Berjuta-juta haiwan telah dibunuh untuk mencegah penularan lanjut. Semalam, pengeluar telur yang terbesar di negara ini telah hentikan pengeluaran apabila ayam di salah sebuah ladangnya jatuh sakit. Tetapi virus ini juga telah menjangkiti mamalia, baru-baru ini, lembu tenusu di lima buah negeri yang berlainan. Minggu ini, seorang lelaki di Texas diuji positif selepas bekerja dengan lembu.

Media report from WKYC Channel 3 – April 22, 2024, Matt Rascon: Banyak orang khuatir virus ini menjangkiti anjing, kucing kesayangan mereka kerana ia telah ditemui dalam seekor kambing dan sudah menular kepada dua orang di Amerika. Koresponden Kanan Kesihatan Monica Robbins jelaskan apa yang harus diketahui pemilik haiwan kesayangan.

Monica Robbins: Kita tahu bahawa selesema burung ialah risiko kepada ayam, burung liar dan lembu tenusu tapi bagaimana dgn haiwan kesayangan yang anda kongsi rumah?

Dr. Alice Jeromin, DVM: Ada laporan mengenainya dalam kucing di empat buah negara – kita salah satu daripadanya – Perancis, Poland, Amerika dan Korea Selatan.

Monica Robbins: Bagaimana ia menular? Apabila kucing buat apa yang dibuatnya.

Dr. Alice Jeromin, DVM: Jika kucing jalang atau liar yang berada di sekitar rumah atau bangsal anda makan burung mati atau burung hidup, itu waktu kebimbangan harus timbul.

Monica Robbins: Tapi anjing anda mungkin berisiko juga.

Dr. Alice Jeromin, DVM: Sebuah tempat yang kami rasa haiwan domestik kita mendapat ini adalah daripada tahi burung liar.

Monica Robbins: Dalam haiwan kesayangan, tiada rawatan anti-virus khusus yang boleh didapati, hanya penjagaan sokongan.

Dr. Alice Jeromin, DVM: Ia boleh membawa maut tetapi selalunya mereka akan menunjukkan tanda kemurungan. Mereka tak nak makan. Mereka tak bermaya, demam. Mungkin ada tanda neurologi di mana mereka berjalan macam mabuk atau senget kepala. Kes-kes itu kadangkala boleh membawa maut.

Monica Robbins: Ya, ada laporan tentang anjing yang mendapatnya juga.

Tiada penghujung kepada kesusahan di dunia kita. Ada penyelesaian yang kurang berbanding dengan kesusahan. Hari ini, kita ada semakin banyak kesusahan, semakin banyak bencana daripada penyelesaian. Alam semula jadi bertindak balas untuk terus hidup, membersihkan diri daripada jangkitan yang tertimbun oleh manusia, oleh aktiviti manusia, oleh cara hidup manusia yang buruk seperti makan orang-haiwan, membunuh orang-haiwan, menebang pokok, hektar demi hektar hutan, musnahkan peparu dunia kita, musnahkan habitat orang-haiwan, jadi mereka datang semakin dekat dengan kita dan jangkitan mereka juga akan menjadi sangat dekat dengan kita, di sebelah kita dan menyebabkan begitu banyak masalah kesihatan, masalah kewangan, masalah alam sekitar, masalah ekonomi, seperti pandemik membuat sistem kewangan kita hampir runtuh. Banyak negara masih belum pulih.

Kemudian menebang pokok juga menyebabkan masalah iklim kerana tak cukup pokok untuk membawa hujan dan tak cukup pokok untuk menghentikan air hujan daripada menyebabkan banjir. Air hujan, tiada pokok yang serap dan hentikan lariannya. Pokok dapat melaraskan air larian hujan, menyerapnya, jadi air hujan akan turun dengan perlahan-lahan ke dalam sungai, tasik dan anak sungai, mengagihkan air secara sama rata ke seluruh planet, untuk kita, untuk orang-haiwan. Tetapi jika tiada pokok, maka air hujan akan mengalir ke mana-mana saja, menyebabkan banjir di merata tempat dan bukan membuat pokok menjadi sihat. Jadi baru-baru ini, dalam tahun-tahun atau dekad-dekad ini, berlakunya lebih banyak banjir disebabkan itu – kerana kita terlalu byk musnahkan alam semula jadi, menebang terlalu banyak pokok.

Pokok ialah pengeluar oksigen, pemberi ubat, penyelaras hujan dan penarik hujan serta banyak kebaikan lain yang diberikan oleh pokok kepada kita. Lagi banyak pokok yang kita ada lagi banyak hujan akan tertarik. Awan akan menurunkan hujan di atas pokok di kawasan yang terdapat pokok. Pokok juga menyelaras air larian hujan supaya ia tidak menjadi banjir, tidak menghakis semua tanah yang dibanjirinya, tidak menenggelami rumah dan kereta orang serta rosakkan jalan raya dan tuaian, malah membunuh manusia/orang-haiwan juga!!

Kita menebang begitu banyak pokok sehingga banyak tumbuhan tak dapat bertumbuh selepas itu, gunakan racun herba atau racun serangga serta hanya tanam kacang, jagung atau apa-apa saja utk diberi makan kepada orang-haiwan lebih daripada kepada manusia. Manusia begitu kebulur – berjuta-juta orang kebulur tetapi kita gunakan makanan dan bijirin itu untuk diberi makan kpd orang-haiwan. Hanya satu kilogram daging orang-haiwan pun memerlukan sangat banyak air, sangat banyak tanah, sangat banyak kerja, banyak pengangkutan, jauh lebih banyak pencemaran udara, banyak kekurangan bahan api, kekurangan ubat – segala jenis kesan yang mempengaruhi dunia, kehidupan, kesihatan, kedudukan kewangan dan perkembangan spiritual kita. Bukan satu kesan saja. Jadi perubahan iklim juga diwujudkan oleh cara hidup kita yang kejam – membunuh, memusnahkan segalanya yang merupakan berkat kepada kita, yang baik untuk kita, untuk generasi-generasi yang seterusnya selama-lamanya.

Jadi kita harus berfikir semula, membuat kajian untuk benar-benar tahu dengan pasti apa baik untuk kita. Diet vegan adalah sesuai untuk semua orang tetapi diet daging orang-haiwan tidak. Banyak orang sakit dan alah kepadanya – disebabkan oleh diet daging orang-haiwan. Anda tahu akan itu sekarang. Jika anda tidak, lihatlah kajian untuk itu. Contohnya, anda boleh lihat aplikasi atau tapak maklumat Jawatankuasa Doktor (untuk Perubatan Bertanggungjawab) atau mana-mana tapak vegan yang lain, atau lihat tapak sesawang maklumat Supreme Master Television, maka anda akan tahu lebih banyak daripada yang anda sudah tahu. Anda akan lebih faham tentang kesan sampingan positif veganisme. Pada keseluruhannya, ia akan baik untuk segala-galanya. Segalanya yang boleh anda fikirkan, boleh anda sebut, diet vegan akan menjadi pemberi kebaikan itu.

Excerpts from ‘What Being Vegan Means to Us’ by Physicians Committee for Responsible Medicine – Nov 1, 2017, Dr. Neal Barnard, MD, FACC (vegan): Ada segala sebab untuk menjadi vegan dan tiada sebab untuk tidak. Bagi saya, secara peribadi, saya perlu kata dari segi perubatan, diet vegan sangat baik. Itu cara untuk membuat arteri koronari anda kekal terbuka. Itu cara untuk mengelakkan paun tambahan badan. Itu cara yang baik untuk menurunkan risiko kanser sebanyak yang boleh serta kekal sihat dan bertenaga. Dari sudut pandangan alam sekitar, saya perlu beritahu anda, setiap kali saya kembali ke rumah zaman kanak-kanak di Fargo, Dakota Utara, saya nampak ekar demi ekar tanah ditanami bijirin untuk lembu, khinzir dan ayam. Ini bermakna perlukan banyak pengairan, racun perosak, banyak baja. Itu tidak baik untuk alam sekitar sama sekali. Akhir sekali, etika perlu paling diutamakan dalam segalanya yang kita buat. Jika anda boleh menjadi sihat, makan dgn baik dan hindarkan haiwan dari pinggan anda, mereka akan hidup dengan jauh lebih baik dan anda juga, jadi amalkan diet vegan ialah cara yg baik utk dibuat.

Dr. Hana Kahleova, MD, PHD (vegan): Apabila saya lihat generasi ibu bapa saya, saya menyedari bahawa mereka menjadi semakin banyak sakit. Mereka mendapat penyakit jantung, diabetes dan menjadi terlalu gemuk. Saya nak kekal sihat dan cergas. Saya menyedari bahawa jika saya nak mencapai potensi terbaik, saya perlu mengubah sesuatu. Sebab itulah saya menjadi vegan.

Elizabeth Mader (vegan): Seorang rakan sekerja saya hidapi kanser Dia jadi vegan sebagai suatu cara untuk cuba melawan kanser dgn sebaik boleh. Saya berfikir, “Jika saya mendapat kanser, saya pasti akan menjadi vegan.” Kemudian saya fikir, “Kenapa tunggu? Ambillah langkah pencegahan. Jangan anggapnya sebagai tindak balas kepada penyakit.”

Shirley Miree (vegan): Saya dibesarkan dengan tiada apa-apa kecuali daging. Saya didiagnosis pada 31 Disember 2007 dengan diabetes jenis 2. A1C saya pada masa itu adalah 7.2. Gula darah saya adalah 140. Sekarang saya telah bebas daripada diabetes selama hampir lima tahun. A1C saya sekarang adalah 5.2. Tekanan darah saya adalah 116/75. Saya takkan kembali makan daging lagi.

Percayalah kata-kata saya. Saya tak mendapat banyak manfaat kecuali dunia ini akan menjadi lebih baik. Bagi saya sendiri, dah tentu, saya juga mendapat manfaat daripada itu. Terima kasih. Terima kasih kerana memilih vegan untuk menyara anda, anak anda dan dunia kita, planet kita. Tiada orang yang harus berlapar lagi meskipun populasi kita bertambah. Kita ada makanan yang mencukupi jika kita adalah vegan. Lagi baik, vegan organik.

Photo Caption: Kami Menyerlah dengan Cerah, Hanya untuk Memastikan Semua Orang Tahu bhw Tuhan tlh Kurniakan Musim Bunga kepada Dunia Sekali Lagi!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/5)
1
2024-05-07
11538 Tontonan
2
2024-05-08
6830 Tontonan
3
2024-05-09
6044 Tontonan
4
2024-05-10
5690 Tontonan
5
2024-05-11
5075 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android