Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Letupan Mini untuk Membaharui Dunia Ini, Bahagian 2 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kesukaran tersembunyinya ialah, buat masa ini, peratusan manusia vegan tidak mencukupi. Mungkin buat masa ini hanya 30% adalah vegan. Orang vegetarian tak banyak membantu kerana mereka masih berkaitan dengan orang-haiwan melalui susu atau telur mereka, atau malah makan orang-ikan dan panggil itu vegetarian. Jadi mereka tak cukup suci untuk membuat bata bagi membina projek penyelamatan ini. Jadi orang vegan ialah orang yang dapat selamatkan planet ini selepas segala halangan telah disingkirkan, karma telah disingkirkan.

Biar saya tutup ini dan saya akan cuba ingat apa lagi. Okey, tadi saya lihat catatan saya dan sekarang teringat sesuatu lagi. Jenis halaman yang saya sebut tadi ada pasir tetapi itu pasir yang bergetar-getar. Ia tidak rata dan stabil seperti pasir di pantai kita. Ia bergetar-getar. Saya tak tahu mengapa ia bergetar-getar. Saya tiada masa untuk meninjau itu. Lagipun, itu tak begitu penting asalkan ia dapat mengisi karma, maka saya dah gembira.

Ya Tuhan, saya perlu buka lampu untuk lihat lagi kerana saya bercakap dalam kegelapan. Saya ada lebih banyak tumpuan tanpa cahaya dan tanpa melihat apa-apa di sekeliling saya. Belakangan ini, macam itu. Saya tak bercakap semasa cahaya besar atau kamera berada di depan saya dengan jurukamera dan sebagainya seperti dulu. Saya perlu bertumpu dengan dalam, lebih dalam daripada banyak khutbah awam yang lain. Jadi jika saya nak baca sikit catatan saya, maka saya perlu buka lampu suluh, kemudian segera tutupnya.

Tidak mudah. Selepas semua karma telah disingkirkan, dunia karma roboh. Atau memetik kata-kata Baginda Raja Karma: “Dunia karma terbunuh.” Bermakna tiada lagi dunia yang akan dicipta dengan segala jenis karma yang telah dibuat oleh manusia selama ini, bermakna tiada dunia karma yang akan wujud dengan tenaga karma manusia yang sangat besar itu. Jadi Raja Karma, dah tentu, akan tiada pekerjaan dan merungut. Contohnya, “Ini tak boleh dibenarkan macam itu! Mana boleh Engkau singkirkan karma?” Ia disingkirkan secara rahsia tetapi lepas semuanya dah hilang, dia akan tahu. Dah tentu, Guru perlu beritahu dia bahawa ini tak adil – letak semua karma dunia itu pada Guru kerana Guru tidak buat apa-apa yang salah, hanya cuba membantu anak Tuhan. Itu apa yang dikehendaki Tuhan – anak-anak-Nya baik, dibantu, bebas. Jadi mengikut hukum karma, ini tidak adil, tidak saksama – Guru perlu seorang diri dihukum dan begitu pun, tak dapat bersihkan semua karma dunia.

Jadi atas itu, saya beritahu Raja Karma bahawa sama ada dia perlu minta kerja lain daripada Tuhan atau saya akan cari kerja untuk dia atau dia ikut saya pergi ke Alam Baharu bersama saya dan relaks, nikmati keistimewaan, keseronokan, kegembiraan dan kebahagiaan dan bukan setiap hari perlu lihat dokumen buruk kejahatan dan penderitaan manusia, penyeksaan orang-haiwan dan sebagainya, dan catatkan semuanya. Itu tidak baik, kan? Jadi dia bersetuju. Itu satu perkara. Jadi dia akan mengikut ajaran Guru, pergi ke Alam Baharu dan nikmati masa relaks, menyeronokkan dan bukan menguruskan segala perkara buruk daripada manusia dan hal-hal lain yang begitu buruk, begitu menggerunkan, begitu kejam… Kamu tahu akannya. Saya tiada kata-kata sekarang. Begitu dahsyat.

Dan, dah tentu, manusia yang tinggal di planet ini tanpa karma buat sementara waktu, oleh sebab segalanya telah ditangguhkan, tidak akan dihukum dan apa-apa yang wujud akan berterusan. Tetapi syaitan dan hantu yang tiada roh, dilahirkan dan hidup dengan tenaga karma buruk manusia dan mungkin haiwan atau… Hanya manusia, sebenarnya. Orang-haiwan hanya membuat kerja mereka. Meskipun tak kelihatan baik bagi orang-haiwan, kerja yang dibuat oleh mereka, namun mereka membantu planet ini menghapuskan zombi berpenyakit atau negatif di laut, di gunung atau di dalam tanih, contohnya. Jadi hanya manusia membuat perkara secara sedar, sengaja yang wujudkan tenaga yang begitu buruk, menggerunkan untuk melahirkan syaitan dan hantu.

Oleh itu, ini juga perlu disingkirkan ke planet lain yang tidak didiami, tiada makhluk lain di sana, mirip dengan halaman yang saya sebut tadi. Mereka perlu tinggal di sana sehingga mereka pergi ke sesuatu jenis alam neraka atau/dan sehingga mereka lenyap dgn sendirinya lepas suatu tempoh masa – sehingga tiba masanya tiada tenaga buruk lagi yang menampung hidup mereka.

Oh, khutbah ini begitu sukar! Saya asyik tersekat-sekat dgn kata-kata. Saya rasa sukar nak kata. Sukar bagi kata-kata keluar, tidak dengan lancar. Jadi sekarang anda tahu macam mana rupanya. Banyak kerja, tak begitu senang. tetapi ia dapat dilakukan, syukurlah. Disebabkan oleh Rahmat Tuhan, ia dapat dilakukan.

Sekarang anda tanya saya, apakah kesukaran tersembunyinya? Kesukaran tersembunyinya ialah, buat masa ini, peratusan manusia vegan tidak mencukupi. Mungkin buat masa ini hanya 30% adalah vegan. Orang vegetarian tak banyak membantu kerana mereka masih berkaitan dengan orang-haiwan melalui susu atau telur mereka, atau malah makan orang-ikan dan panggil itu vegetarian. Jadi mereka tak cukup suci untuk membuat bata bagi membina projek penyelamatan ini. Jadi orang vegan ialah orang yang dapat selamatkan planet ini selepas segala halangan telah disingkirkan, karma telah disingkirkan. Misalnya macam itu. Dan dengan persetujuan Baginda Raja Karma.

Oh! Seperkara lagi, Raja Karma juga telah lahir semula di Bumi, sama seperti mana-mana manusia yg lain.

Ya. Apa lagi sekarang? Okey. Okey, baiklah. Seseorang yang lahir semula di Bumi, mana-mana orang – biasanya jika mereka ialah manusia, mereka ada roh – ada sesuatu kerja untuk dibuat. Saya tak maksudkan kerja fizikal. Maksud saya, selain kerja fizikal, mereka ada tugas lain. Contohnya, Buddha atau Nabi Isa dilahirkan sebagai manusia tetapi Mereka bukan manusia. Tetapi begitu pun, ketika ialah manusia, Mereka perlu melaksanakan tugas untuk sesuatu tempoh masa atau sepanjang hidup, bergantunglah.

Seperti Santo Kabir bekerja sebagai penenun sepanjang hidup, malah beristeri. Tetapi isterinya juga seorang santo – anak murid yang patuh sepenuhnya. Saya telah ceritakan banyak kisah tentang berapa patuhnya dia, jadi kita tidak membuang banyak masa di sini. Buddha pula seorang putera dan ada seorang isteri, 500 orang gundik, malah seorang anak lelaki. Tetapi itu bukan satu-satu kerja-Nya. Kemudiannya Baginda melepaskan kedudukan itu sebagai raja masa depan dan menjadi pendeta yang berkelana. Kamu tahu akan kisah itu, jadi saya takkan ulanginya juga. Contohnya, Buddha dilahirkan sebagai manusia tetapi Baginda seorang Buddha. Nabi Isa dilahirkan, kelihatan seperti bentuk manusia tetapi Baginda ialah Anak Tuhan – satu-satunya Anak Tuhan.

Jadi Raja Karma juga dilahirkan di planet ini untuk benar-benar berhubungan dengan manusia bagi mengetahui apa yang mereka buat dengan lebih tepat daripada jika dia hanya berada di alam karma dan lihat melalui peralatan tak nampak. Itu lebih tepat, lebih jitu, lebih berkesan. Jika mana-mana santo, orang suci atau dewa yang bertanggungjawab ingin menjalankan tugas dengan baik, mereka juga perlu lahir semula di planet ini sebagai manusia. Sebab itu banyak kitab dan agama baik sentiasa sebut bahawa anda perlu cari Guru hidup, kerana tenaga elektrik di udara tak berguna kepada anda, kepada peralatan di rumah jika anda tiada kabel dan soket untuk memasang palam peralatan, ambil tenaga elektrik untuk ia berfungsi.

Dunia fizikal adalah macam itu. Di Alam Syurga, bukan macam itu, berbeza. Anda tak perlukan peralatan fizikal tetapi masih perlukan Guru walaupun Mereka tak berada dalam bentuk fizikal seperti manusia. Anda masih perlukan Guru lebih banyak mengajar anda, bawa anda ke alam yang lebih tinggi dll, dan lebih banyak berkati anda jika anda belum berada di alam Mereka atau Syurga yang lebih tinggi. Bukanlah sesiapa saja yang capai Peringkat Kelima atau Peringkat Keempat boleh menjadi Guru. Ia juga perlu diputuskan, ditugaskan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa melalui Guru Tertinggi.

Di dunia fizikal, Guru Tertinggi juga lahir semula sebagai manusia, kemudian memutuskan, berkati siapa untuk menjadi anak murid-Nya, kemudian mengajar dan menaikkan mereka ke alam yang lebih tinggi. Di alam yang lebih tinggi, Guru Tertinggi juga menjelma di peringkat-peringkat yang berlainan untuk mengajar makhluk lain tetapi juga ada Santo dan Orang Suci lain serta semua Raja alam-alam berlainan yang membantu. Buddha alam-alam yang berlainan juga membantu jika anda sudah berada di alam yang lebih tinggi. Sama seperti di dunia ini, anda ada guru-guru yang berlainan untuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya.

Sekarang, di manakah saya? Dah lupa apa itu. Saya akan tutup rakaman ini dan perlu ingat atau baca catatan saya. Okey, saya kembali sekarang. Saya baru teringat, karma ini sangat besar, sangat besar. Jadi bukanlah kita kata, “Okey, saya akan singkirkan karma ini,” dan siaplah. Bukan macam itu. Ini ambil masa, oh, boleh bertahun-tahun dengan perlahan-lahan, secara rahsia. Tetapi sebenarnya kita tak boleh buat begitu dengan masa Bumi. Kita perlu buat begitu dengan masa Syurga, lebih cepat, seperti satu tahun menjadi satu saat atau 10 tahun menjadi satu saat, sesuatu macam itu, mungkin lebih banyak. Saya hanya sebut beberapa angka supaya anda boleh faham perbezaannya.

Dan buat begitu dengan kaedah Syurga dan dengan Jiwa dan Kuasa Guru Tertinggi yang terjelma di Bumi dengan bantuan Guru Tertinggi di Syurga Tinggi. Memetik kata-kata Guru Tertinggi sendiri, “jauh sana”, “di Alam jauh sana”. Itu apa yang dikatakan-Nya kepada saya. Selain itu, dah tentu, dengan Rahmat dan Belas Kasihan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ini perlukan banyak pengelolaan, pengaturan dan rundingan jika dapat dilakukan. Macam itulah.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/3)
1
2023-11-27
24374 Tontonan
2
2023-11-28
19546 Tontonan
3
2023-11-29
21371 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android