Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Membicarakan Sistem Penciptaan, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Tolong menjadi vegan. Cuba cari jalan bermakrifat supaya anda boleh lebih memahami Alam Semesta, cara menjalani kehidupan bahagia, gembira, malah di planet fizikal ini. Jika saya dapat bantu anda dgn sebarang cara, sila hubungi kami. […] Carilah mana-mana Guru yang lain jika anda percayai dia (lelaki atau wanita) Tetapi carilah jalan bermakrifat untuk lebih memahami Kehendak Tuhan, hukum Alam Semesta supaya anda dapat terus hidup di sini, dapat hidup di sini dengan selesa, baik, gembira dan tidak dibebani.

Setiap hari anda buka berita, anda akan nampak sekurang-kurangnya sesuatu penderitaan daripada bencana, peperangan, kebuluran, dan daripada orang-haiwan yang terseksa di rumah sembelih atau tempat lain. Seperkara lagi, menurut berita terkini, ada banyak penyakit yang muncul, malah dari zaman dahulu. Varian baharu COVID juga menular ke merata tempat.

Media Report from WWLP 22 News – Aug. 17, 2023, Anchor: Suatu varian baharu COVID-19 menular dengan pantas ke seluruh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata EG.5 ada tahap risiko global yang serupa dengan varian sedia ada.

Kiara Smith, Reporter: Varian baharu COVID ini, EG.5, juga dikenali sebagai Eris, sekarang dilabel sebagai subvarian Omicron yang paling dominan kerana ia dikatakan lebih boleh pindah daripada jenis lain.

Media Report from WION – Nov. 30, 2022, Anchor: Kita semua telah menyaksikan kengerian apa yang boleh dibuat oleh satu virus. Sekarang, apa yang akan berlaku jika dunia menghadapi jenis virus tak diketahui yang lagi boleh membawa maut? Mungkin ada banyak virus sebegini yang tersembunyi jauh di dalam ibun abadi.

Media Report from CBS News Texas – Mar. 10, 2023, Anchor: Ahli sains iklim NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Negara) telah beri amaran tentang potensi kemunculan semula kononnya ‘virus zombi’ atau virus yang boleh hidup semula setelah mati. Mereka kata keadaan yang lebih panas telah menyebabkan sebahagian daripada ibun abadi Artik mencair. Jika ia mencair secara signifikan, mereka kata sesetengah virus yang telah berada dlm keadaan dorman selama berpuluh-puluh ribu tahun boleh muncul semula dan mungkin membahayakan haiwan dan manusia. Ahli sains berkata bahawa ibun abadi bertindak seperti kapsul masa bagi virus.

Jadi tolonglah, jaga diri anda. Berhati-hati apabila anda keluar atau berinteraksi dengan orang lain. Tolong pakai pelitup muka. Itu paling sedikit yang boleh kita buat. Saya tahu memakai pelitup muka bukan kegemaran saya juga dan susah rasanya tetapi tolonglah, nyawa anda adalah penting. Lagi lama anda hidup lagi baik supaya mungkin anda boleh secara kebetulan mengubah hati anda, menjadi vegan atau mencari Guru bermakrifat di sesuatu tempat yg selamatkan roh anda Jika anda tak suka rasa memakai pelitup muka, tolong menahannya kerana fikirkanlah doktor, jururawat dan banyak profesional lain yang perlu memakai pelitup muka sepanjang hari, setiap hari dalam hidup mereka, kerja mereka. Jadi tolonglah menahannya demi kepentingan diri sendiri dan keluarga anda. Semoga Tuhan lindungi anda.

Tiada apa-apa yang senang bagi kita dalam kehidupan dan dengan senang ingat akan Tuhan, Syurga dan identiti sebenar kita sebagai anak Tuhan, makhluk suci yang turun dari Syurga pada asalnya untuk bantu kembangkan dan memperbaik suasana planet ini. Bukan senang. Jadi saya menyalahkan pencipta kerana tidak buat kerja dengan baik. Mungkin saya buat kesilapan. Mungkin saya dihukum dan pergi ke neraka kerana menjerit, marahi dan menyumpah tuhan yang mencipta dunia ini tetapi saya perlu beritahu kebenaran. Saya perlu membela manusia, orang-haiwan dan semua makhluk yang tidak berdosa, lemah di dunia fizikal ini serta terperangkap, tergoda dan tertipu dengan banyak cara untuk terjerumus, kemudian disalahkan atasnya, pergi ke neraka atasnya dan lagi banyak menderita di neraka daripada dalam hidup fizikal.

Saya kata, “Aku tak tahan. Ini sangat tidak wajar. Ini ketakadilan yang besar. Ini perlu dibetulkan. Ini perlu berubah. Sistemnya mesti berubah. Sistemnya tidak betul sepenuhnya. Engkau tak boleh hanya menyalahkan kerajaan, penghasut perang pun. Kita perlu menyalahkan seluruh sistem yang buruk, sistem yang tidak teratur, sistem yang tidak logik.” Pada pendapat saya, macam itu. Saya kata, “Hukumlah aku jika engkau mahu. Mungkin engkau berkuasa untuk buat begitu tetapi engkau tak dapat halang aku daripada beritahu engkau kebenaran serta membela manusia dan semua makhluk di Bumi ini.”

Saya tak nak ulangi kepada anda apa yang saya beritahu mereka dalam perbualan dengan pencipta dan tuhan kerana ia bukan sebagaimana yang anda bayangkan. Saya tidak memperhalus kata-kata. Saya tidak memperhalus istilahnya, berapa kasar, berapa rendah pun istilah itu untuk membicarakan sistem planet ini dan dunia fizikal. Ia tidak indah, kata-kata yang saya gunakan. Semua kata yang saya gunakan tidak indah, tidak sopan, bukan apa yang harus seorang wanita gunakan, bukan untuk anda dengar. Saya hanya beritahu anda itu supaya anda tahu mengapa saya tak beritahu anda. Tetapi anda boleh pasti bahawa saya tidak memperhalus kata-kata saya – tidak bagi seorang wanita pun kerana saya begitu sakit hati melihat manusia menderita dalam peperangan, kebuluran, di dalam bilik penyeksaan. Begitu juga dengan orang-haiwan di merata tempat, dan dengan semua pokok tak berdosa yang ditebang hanya atas sebarang sebab atau tanpa sebab, hanya atas sebab komersial, atas keuntungan tanpa mempedulikan kelangsungan hidup seluruh umat manusia. Dan penyeksaan berjuta-juta orang-haiwan termasuk orang-haiwan tak berdosa yang berenang di laut, berjuta-juta setiap minit.

Kita sebagai anak Tuhan, sebagai bangsa makhluk mulia dari Syurga tak harus begitu banyak terjerumus ke dalam status yang begitu rendah. Semuanya disebabkan oleh godaan daripada kuasa negatif di dunia ini. Saya menyalahkan pencipta kerana benarkan kuasa negatif memerintah planet ini untuk memudaratkan manusia, orang-haiwan dan semua makhluk yang lain dengan godaan mereka, perangkap mereka, tipu daya mereka yang kotor, dengan kelakuan rendah mereka dan jenis tingkah laku tak berhati perut untuk memaksa manusia. Mereka menggoda manusia supaya berbuat salah dan itu mempengaruhi alam haiwan dan alam-alam lain juga. Saya naik marah, benar-benar marah. Saya dah kata, saya seorang Guru yang marah atas banyak sebab. Anda bayangkan semua Guru adalah baik hati, manis, bercakap dengan lembut dan sebagainya. Tidak, saya tidak. Saya seorang Guru yang sangat marah apabila ia melibatkan penderitaan semua makhluk secara tidak wajar. Saya sangat marah. Saya juga marah kerana mereka tidak menahan saya sebagai tebusan dan bebaskan semua orang yang lain. Mereka tak menerima cadangan ini.

Saya marah dgn sangat banyak perkara – dengan dunia ini dicipta untuk menyeksa manusia, orang-haiwan dan semua makhluk yang lain, makhluk nampak seperti kita atau makhluk halus juga. Dan di neraka juga, dah tentu. Saya tak nak menerima dosa manusia. Roh manusia adalah suci dan bersih. Cuma dalam badan fizikal, mereka terperangkap. Mereka tak tahu apa yang nak dibuat. Mereka keliru, mudah terpengaruh dan menjadi lemah dengan segala jenis pengaruh buruk daripada kuasa negatif. Saya marah dengan itu. Saya sakit hati juga. Jadi apabila saya benar-benar marah dan bercakap dgn tuhan atau pencipta – bukan Tuhan Yang Maha Berkuasa, dah tentu bukan – maka saya tidak memperhalus kata-kata. Saya tak pernah rasa sesal dengan itu dan tak pernah mohon maaf kpd mereka. Saya kata, “Betulkannya. Jika tidak, berambus. Jika tidak, aku akan cari jalan untuk menghalau engkau dari Bumi ini selama-lamanya supaya manusia dan makhluk lain akan menjadi bebas.”

Saya tak tahu apa lagi yang nak beritahu anda, sebenarnya. Saya hanya nak kata bahawa saya ada dengar doa anda. Saya telah dengar lagu pujian anda dan saya tahu bahawa anda menderita setiap hari, sesetengahnya kecil, sesetengahnya besar. Saya rasa kesal dengan itu. Tapi tolonglah, bersyukur kepada Tuhan, memuji Tuhan Yang Maha Berkuasa. Berterima kasih kepada semua Guru yang membantu, berterima kasih kepada Dewa Keamanan dan Dewa Vegan yang banyak membantu kita, malah berterima kasih kepada syaitan ghairah kerana mengubah fikiran mereka, mengubah hati mereka dan berubah untuk bersama kita dan bukan menentang kita atau memudaratkan kita. Saya berterima kasih kpd semua orang yang merupakan orang vegan, membantu orang vegan, membantu orang-haiwan dan mana-mana manusia dlm kesusahan termasuk bayi belum lahir dengan tidak menyokong pengguguran, menentang pengguguran, menyelamatkan bayi tak berdosa. Jika tidak, kita akan ada generasi tua saja dan tiada orang yang akan bantu membina negara kita, planet kita. Saya berterima kasih kepada anda semua, sesiapa saja yang bantu misi saya dengan sebarang cara, sesiapa saja yang ingat akan Tuhan, bersyukur kepada Tuhan setiap hari atau pada bila-bila saja boleh.

Saya berterima kasih kpd anda semua, sama ada saya kenali anda atau tidak kenali anda, sama ada anda makhluk nampak atau makhluk halus yang mungkin saya terlupa sebut. Saya tidak buat begitu secara sengaja, cuma saya ada terlalu banyak kerja untuk dibuat. Saya berterima kasih kpd anda semua, dengan ini, secara rasmi, secara terbuka, dengan sepenuh hati. Tolong bantu manusia. Anda tak perlu bantu saya dengan sebarang cara. Meskipun anda lihat saya di neraka, usah peduli, bantulah saja mereka semua. Mereka tak berdaya, kerana jika mereka sakit, saya sakit juga. Jadi jika anda bantu mereka, bermakna anda bantu saya. Saya berterima kasih kepada anda. Tolonglah, semoga Tuhan berkati anda semua dgn segalanya yg anda perlukan dan semua hasrat baik anda menjadi kenyataan. Saya kasihi anda semua – makhluk nampak dan makhluk halus. Semoga Yang Maha Berkuasa sentiasa melindungi anda, berkati anda dan tunjukkan Kasih Sayang kpd anda dengan sebarang cara.

Dah tentu, saya juga berterima kasih kpd anggota pasukan saya yang sangat berbakat dan berterima kasih kpd mereka semua yang bekerja di luar pasukan di ashram dan anggota pasukan jauh juga. Ini sistem besar, teratur yang membawa ke skrin segalanya yang terbaik untuk beri peringatan kepada manusia tentang planet yang menakjubkan, indah ini. Kebaikan itu masih wujud di merata tempat di dunia untuk kita teladani, sebarluaskan, bertindak, saling membantu, sama ada manusia atau bukan manusia. Ini kerja yang besar, Supreme Master Television. Semua anggota pasukan saya sangat cemerlang. Mereka buat kesilapan kadangkala, dah tentu, tetapi itu sebabnya saya perlu hadir untuk mereka – membetulkan, membimbing mereka, membantu mereka dengan sebarang cara yang boleh. Tak bermakna… Saya tak maksudkan ini kerja yg senang bagi saya juga tetapi dah tentu, ini salah satu pengorbanan yang perlu saya buat. Saya beritahu anda itu supaya anda tahu bahawa saya tidak hanya minta anda berkorban. Saya juga banyak berkorban bersama anda kerana kita bersama. Kita ialah satu pasukan manusia.

Kita perlu bantu makhluk lain yang lebih lemah seperti mangsa perang, mangsa bencana, saudara orang-haiwan dan makhluk lain yg tak dapat bersuara utk diri sendiri pun seperti pokok, tumbuhan, laut, sungai, gunung dan sebagainya. Saya tak dapat sebut mereka semua tetapi anda tahu akan mereka. Anda hidup bersama mereka setiap hari. Anda bernafas bersama mereka. Anda hidup dengan mereka juga. Jadi kita juga perlu hidup untuk mereka, untuk kita semua bersama. Kita tak dapat hidup tanpa pokok. Kita tak dapat hidup tanpa tumbuhan. Mereka membekali kita dengan oksigen yg penting, khasiat, tempat teduh keselesaan dengan banyak cara. Kita tak dapat senaraikan semuanya pun. Jadi tolong lindungi mereka semua. Lindungi orang-haiwan yang merupakan penyumbang kpd kita.

Tolong menjadi vegan. Cuba cari jalan bermakrifat supaya anda boleh lebih memahami Alam Semesta, cara menjalani kehidupan bahagia, gembira, malah di planet fizikal ini. Jika saya dapat bantu anda dgn sebarang cara, sila hubungi kami. Anda tak perlu mengikut saya, menjadi anak murid saya atau apa-apa. Itu bukan isi penting kata-kata saya. Carilah mana-mana Guru yang lain jika anda percayai dia (lelaki atau wanita) Tetapi carilah jalan bermakrifat untuk lebih memahami Kehendak Tuhan, hukum Alam Semesta supaya anda dapat terus hidup di sini, dapat hidup di sini dengan selesa, baik, gembira dan tidak dibebani. Tolonglah. Kita boleh mengecap kehidupan yg baik, kehidupan bahagia, anak kita juga.

Hanya mulakan dengan: Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Apa-apa yang lain terpulang kpd anda untuk membuat keputusan. Saya kasihi anda. Saya kasihi anda semua dan berterima kasih kepada anda atas lagu, doa dan ucapan terima kasih anda yang malah sampai kepada saya secara fizikal dari seluruh dunia. Saya amat tersentuh. Saya masih tersentuh. Saya ucapkan terima kasih kepada anda secara berulang kali. Tapi tolonglah, Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Itu bagaimana anda berterima kasih kepada saya jika anda ada rasa terima kasih kepada saya. Jika tidak, tolonglah, bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa. Berterima kasih kepada Santo dan Orang Suci sekali lagi. Berterima kasih kepada semua pengamal spiritual. Berterima kasih kpd semua orang vegan yang membuat dunia menjadi berbeza – dunia yang lebih baik. Berterima kasih kpd sesiapa saja yg anda rasa wajar mendapat ucapan terima kasih Saya berterima kasih kepada anda kerana bantu membuat ini menjadi syurga vegan yang aman damai. Tuhan berkati anda semua. Tuhan kasihi anda. Tuhan lindungi anda. Tuhan berkati semua hasrat mulia, baik anda. Terima kasih sekali lagi. Selamat tinggal.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
1
2023-08-26
9149 Tontonan
2
2023-08-27
6815 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android