Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rundingan Damai Dalaman Guru, Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 29, 28 atau 29 [Julai]. Lebih kurang macam itu. Saya rasa ini ialah… Tak mengapa. Dah begitu lama sejak Raja Keamanan mengatur janji temu dengan Raja-raja yang jauh. Jadi saya tanya sebelumnya, beberapa hari yang lalu, mengapa saya belum ada sebarang janji temu baharu. TUHAN berfirman kepada saya, “Dah keterlaluan bagi Engkau. Lepaskan...” Hari ini, saya tanya sekali lagi dan TUHAN berfirman bahawa saya harus buat keputusan. Saya kata, “Bagaimana dengan empat hari, tiga, empat hari?” DIA berfirman, “Baiklah.”

Saya tanya Raja Keamanan, “Mengapa bukan sekarang? Hari ini aku tak rasa terlalu tidak selesa. Aku rasa selesa. Aku ada banyak kerja, sangat sibuk dan kerja tambahan, kerja tambahan datang tetapi aku tak apa-apa. Kita boleh lakukannya.” Saya tanya Baginda berapa hari baru boleh Raja-Raja datang. Jadi Raja Keamanan beritahu saya bahawa sifar hari kerana Mereka sudah pun berada di sini, bermakna Mereka sudah pun berada di planet kita. Jadi saya kata, “Tak bolehkah kita lakukannya sekrg?” Baginda bertitah, “Tidak.” Jadi sekrg saya tanya Baginda sebabnya. Jadi harap-harap dalam masa empat hari, iaitu 1 Ogos, saya akan dapat bercakap dengan salah seorang Raja yang datang dari jauh dan telah begitu lama menunggu.

Aku memohon ampun, Kalian, Tuanku. Aku memohon ampun. Aku memang tidak sangka bahawa Kalian sudah berada di sini dan menunggu aku. Saya tanya Raja Keamanan, mengapa kami tidak boleh lakukannya sekarang, malam ini – cakap dgn salah seorang Raja Baginda bertitah, “Tidak boleh kerana Karma Keamanan halang pertemuan ini.” Ya Tuhan, saya rasa begitu kecewa. Apa yang nak dibuat? Kita perlu tunggu empat hari lagi. Sementara itu, kita dah ada beberapa orang Raja yang berbual dengan saya dan saya telah rakamkannya tetapi saya begitu sibuk, begitu sibuk sehingga mustahil untuk menyusunnya. Saya perlu mengatur banyak perkara dan adakan banyak pertempuran kecil. Mungkin itu sebabnya. TUHAN nampaknya. Apabila saya minta supaya adakan perbualan dengan Raja-raja dari jauh, TUHAN berfirman, “Tidak, tunggu dulu – dah keterlaluan bagi Engkau.”

Ya, mungkin saya terlalu sibuk. Baiklah, saya harap mulai sekarang kami dapat teruskan perbualan pada hari keempat dan teruskan selepas itu. Saya tak nak umumkan apa-apa lagi sekarang kerana membuat segalanya secara senyap adalah lebih baik. Jika tidak, kadangkala kuasa negatif boleh masuk untuk mengganggu atau menghalangnya. Baiklah, biar kita berdoa. Saya akan bercakap dengan anda sebaik saja Raja pertama kumpulan ini boleh dihubungi, Karma Keamanan tidak dapat menghalang pertemuan perbualan kami lagi. Saya berdoa kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa agar bantu saya buat kerja-NYA Terima kasih, TUANKU.

Tetapi hingga hari ini, walaupun saya tidak berbual dengan mana-mana Raja dari jauh, ada banyak kerja, kerja tambahan, terutama biasanya setiap pagi selepas tengah malam hingga matahari terbit, kadangkala malah lebih. Saya perlu hampir tidak bergerak disebabkan rundingan damai di mana-mana saja berkaitan. Saya tidak maksudkan saya tak boleh bergerak atau apa-apa. Saya boleh bergerak tetapi tak boleh... Maksud saya, pergerakan kecil boleh tetapi tak boleh keluar dari tempat rehat saya sehingga TUHAN firmankan begitu, sehingga TUHAN izinkan saya keluar membuat kerja untuk Supreme Master Television, contohnya. Kadangkala saya lewat sikit untuk kerja saya dan lewat hantar dokumen yang diedit. Saya harap anda semua tidak kisah dengan saya lewat tetapi saya tak pernah buat anda tunggu, kemudian menjadi tiada rancangan, tiada penerimaan atau apa-apa seperti itu. Saya masih sentiasa menepati masa, jadi bersabarlah dengan saya.

Saya juga dapati bahawa belakangan ini banyak daripada anda terlewat menghantar dokumen kepada saya. Tapi, ya, saya tahu, kerana anda perlu lebih banyak bermeditasi sekarang. Buatlah apa yang anda boleh. Bermeditasi sebanyak yang anda boleh dan buat apa yang anda boleh, tetapi cuma ini bermakna kita tiada selang masa yang panjang antara dokumen. Jadi kita berdua juga ada jadual kerja yang padat tetapi kita buat apa yang boleh. Apa yang nak dibuat? Saya hanya boleh bergantung pada anda sekarang ini. Walaupun orang di dunia sudah menjadi semakin banyak menerima diet vegan, gaya hidup penuh belas kasihan vegan, ia masih belum diselesaikan sepenuhnya. Jadi kita perlu bergantung pada diri sendiri dan buat apa yang boleh. Jika mereka semua menjadi vegan, itu akan sangat bagus. Planet ini pasti akan diselamatkan dan umat manusia pasti akan diselamatkan, terus hidup dengan baik. Dunia akan menjadi syurga.

Saya tahu anda cuba sedaya upaya dan mungkin tidak begitu relaks seperti sebelumnya semasa kita membuat kerja kita tetapi kita perlu. Kita perlu buat sebaik yang boleh untuk menyelamatkan umat manusia dan orang-haiwan kerana kita tak boleh biarkan mereka mati sementara kita lihat saja. Segala jenis rundingan damai ini memang buat badan saya menjadi tidak begitu kuat seperti sebelumnya, tidak begitu bertenaga seperti sebelumnya sementara saya tak boleh bergerak. Maksud saya, saya boleh bergerak, seperti boleh pusing ke kiri, ke kanan di tempat rehat saya tetapi tak boleh keluar dari situ. Saya perlu berada di sana, duduk di sana, tapi tak mengapa asalkan saya selesaikan itu. Apabila saya keluar daripadanya, saya pulih semula, normal semula. Saya hanya laporkan perkara kpd anda supaya kita berdua segerak sementara kita bekerja bersama untuk dunia tetapi saya tidak mahu anda risau.

Akhir-akhir ini, saya beritahu anda banyak perkara yang saya tidak beritahu sebelumnya. Jadi ini termasuk dalam laporan saya supaya anda tahu lebih kurang apa yang saya lakukan. Maksud saya, saya beritahu anda apa-apa yang boleh, apa-apa yang tidak dilarang tetapi jangan risau. Seperti semalam, contohnya, selepas saya keluar dari zon rundingan damai, saya rasa sangat selesa, normal. Jadi saya berfikir, “Oh, bagi usiamu...” maksud saya bagi usia saya, “...awak buat dengan agak baik.” Saya terasa macam orang muda, normal seperti dulu. Saya tak rasa berbeza antara sekarang dan ketika saya berusia 30 tahun, contohnya, jadi jangan risau.

Saya harap anda semua sihat sejahtera juga. Makanlah dengan baik, rehat dengan baik dan buat sebaik yang boleh. Saya sangat kasihi anda semua. Ini hanyalah nota ringkas, laporan ringkas. Apabila ada sesuatu lagi, saya akan biar anda tahu. Kasih, kasih, kasih, kasih, kasih. TUHAN berkati, TUHAN berkati, TUHAN berkati. Banyak pahala, banyak pahala. Walaupun anda bukan bekerja untuk pahala, namun anda mendapatnya hanya kerana anda tidak mahukan pahala, tidak memikirkan ganjaran. Anda akan mendapat sepenuhnya. Apabila kita membuat kerja untuk tujuan baik, kita tidak memikirkan pahala atau ganjaran tetapi lagi tidak bersyaratnya kita lagi banyak pahala akan kita dapat. Kita boleh belanjakannya pd orang lain – saudara-mara, kawan dan orang tersayang. Kita boleh kongsinya dengan siapa, TUHAN akan tahu. TUHAN akan tahu apa yang nak dibuat dengan pahala tambahan kita. Saya begitu kasihi anda dan begitu hormati anda kerana anda begitu banyak berkorban. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Bercakap dengan anda lain kali. Kasihi anda. Semoga TUHAN tunjukkan Kasih Sayang-NYA kepada anda dan buat anda berasa tenang dan sejahtera sementara anda bekerja bersama saya dalam misi ini. Terima kasih, sayang.

Anda pasti tertanya-tanya mengapa rundingan damai ada kaitan dengan saya. Bukanlah saya pergi ke meja rundingan damai. Ini rundingan damai dalaman, rundingan dalaman yang cuba saya gabungkan untuk pengaruhi rundingan damai dari luar di dunia fizikal. Tapi dah tentu, kita hadapi banyak halangan disebabkan oleh pembunuhan, pembunuhan harian sebanyak berjuta-juta makhluk hidup dalam bentuk orang-haiwan. Itu sangat sukar bagi saya perdebatkan. Jadi itu pengaruhi badan juga kerana saya perlu habiskan tenaga untuk semua itu juga, sebanyak yang saya diizinkan utk lakukan Disebabkan oleh hukum sebab akibat, tiada sesiapa yang boleh melarang saya kecuali manusia dan aktiviti mereka apabila aktiviti itu bertentangan dengan Hukum Manfaat Alam Semesta.

Sama seperti peguam, jika dia perlu hadapi tuduhan jenayah untuk kliennya dan ini kumpulan klien yang tidak buat apa-apa yang baik mengikut undang-undang negara, apa yang mereka buat bertentangan dengannya dan ada terlalu banyak aktiviti jenayah yang bertentangan dengan undang-undang negara, maka peguam terbaik di negara pun mungkin dapati begitu sukar untuk menyangkal buktinya. Saya masih cuba. Saya beritahu anda sebahagian drpd ini untuk biar anda tahu mengapa proses keamanan begitu lambat. Anda buat sebaik yang boleh. Saya buat sebaik yang boleh. Itu saja yang kita tahu. Terima kasih kerana bekerja bersama saya. Semoga TUHAN sangat, sangat, sangat banyak Berkati anda. Amin.

Suara saya tidak begitu ceria dan jelas seperti yang saya mahukan tetapi jangan risau, saya baik-baik saja, memang. Cuma saya perlu segera beritahu anda sementara saya masih boleh ingat semua butirannya. Jika tidak, mungkin saya lupa akannya jika saya biarkannya ditangguhkan lagi. Saya bercakap dengan anda ketika saya... Saya masih alami jenis situasi badan baru bangun, macam dalam samadhi ini tetapi lepas ini saya akan baik-baik saja. Lepas ini apabila saya keluar sepenuhnya daripada keadaan minda seperti dalam samadhi dalaman dan pergi buat urusan seperti biasa pada siang hari, saya akan baik-baik saja. Jadi jangan risau. Saya memang dalam keadaan baik. Semoga anda semua baik, sejahtera, ceria dalam Kasih Sayang TUHAN, dalam dakapan MAPA kita. Amin.

Photo Caption: “Siapa Dapat Benar-benar Menghalang Cahaya!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/2)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-06
2231 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-07
2132 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-07
2128 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
793 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-06
890 Tontonan
Elit Vegan
2026-08-06
772 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-06
2229 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
1147 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
12228 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
1049 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun