Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Roh-roh ajaib yang dikasihi, Orang Tersayang TUHAN-MAPA. Hari ini 24 Julai. Sekarang kira-kira, saya rasa, pukul 1. Biar saya lihat. Dah pukul 1 pagi, lepas tengah malam. Saya baru teringat bahawa beberapa hari yang lalu, satu orang-burung datang hinggap di dahan pokok di sebelah khemah saya. Ia betul-betul di sebelah khemah saya. Jaraknya kira-kira setengah meter dari akar, dari bahagian paling bawah pokok. Tetapi pokok ini sangat besar, sangat besar, sangat besar dan begitu tinggi, begitu tinggi. Dahannya sangat besar dan kuat. Ia melitupi seluruh khemah saya, jadi sangat dingin pada musim panas. Suasana dingin tetapi tidak dingin sangat, dah tentu. Bagi saya, sangat dingin kerana redup tetapi juga ada Matahari yang memancar menembusinya. Jadi suhunya mungkin 34 [darjah Celsius] kadangkala di dalam khemah tetapi apabila saya duduk di luar, taklah begitu panas, mungkin 30 [darjah Celsius]. Saya tak pernah rasa terlalu panas jika berada di luar di bawah teduhan pokok, dan angin sepoi-sepoi sangat menyeronokkan. Pokok itu ialah perumah kepada orang-burung tersebut tetapi masih awal sangat pada waktu pagi, jadi saya masih duduk di dalam khemah dan terdengar… Itu yang jantan, bukan yang betina. Saya tak nampak orang-burung itu tapi saya tak pernah dengar jenis suara ini daripada orang-burung sebelumnya, nadanya, tiunnya. Kedengaran macam dia tersedu-sedan, menangis. Dia katakan perkara sama yang kebanyakan orang-haiwan yang lain beritahu saya, seperti, “Keamanan telah tiba. Jangan takut.” Ya. Saya berterima kasih kepada dia tetapi saya sedang bermeditasi dan adakan persidangan lain, jadi saya hanya ucapkan semoga dia ada evolusi yang baik, apa-apa saja yang dipilihnya dalam evolusi seterusnya. Kemudian saya perlu terus membuat kerja dalaman saya. Saya tidak tanya mengapa dia menangis dgn begitu penuh emosi dan mendalam. Ya Tuhan, saya tak pernah dengar nada yang begitu penuh emosi daripada orang-burung sebelumnya. Jadi hari ini saya tanya dia mengapa dia menangis. Jadi dia kata kerana dia nampak… Dia begitu penuh emosi, begitu gembira kerana dapat rasai keamanan. Dia dapat lihat keamanan. Dia “rasai keamanan, nampak keamanan.” Itu kata-kata daripada orang-burung tersebut dan “mengetahui keamanan” juga. Jadi dia begitu gembira, rasa begitu bahagia. Banyak orang-burung, orang-tupai, anak rusa dan sebagainya. Orang-anjing juga beritahu saya macam itu, malah labah-labah. Labah-labah besar tak dapat masuk, jadi labah-labah kecil cari jalan masuk ke dalam khemah saya dan beritahu saya macam itu juga. Ya Tuhan, saya ketawa dan berfikir, “Adakah khemah saya atau kawasan sekitar khemah saya ialah zoo atau apa?” Begitu banyak jenis orang-haiwan datang beritahu saya, siang dan malam, “Keamanan telah tiba. Keamanan telah tiba.” Jadi sebenarnya ini kerana mereka rasai keamanan. Kononnya anak murid TUHAN rasai keamanan, orang baik rasai keamanan, orang berakhlak mulia, orang yang cintai TUHAN dan banyak orang-haiwan yang suci, baik hati, berakhlak mulia rasai keamanan Ini bertentangan dengan apa yang berlaku di dunia kita. Kita ada peperangan di beberapa buah negara dan dengan Amerika Syarikat, misalnya macam itu. Jadi jika mereka datang ke rumah kita dan beritahu kita bhw keamanan telah tiba jangan takut, maka kita takkan... Jika kita tidak sendiri rasai keamanan, kita takkan percayainya. Jika mereka datang ke rumah orang lain dan mengatakan perkara sebegini, orang takkan percayainya. Jadi saya rasa keamanan telah tiba tetapi hanya orang yang diberkati, roh yang diberkati atau makhluk yang diberkati akan rasainya, serta, dah tentu, orang-burung, orang-tupai, labah-labah, malah ulat kalimantang atau yang lebih besar seperti orang-rusa, anak rusa dan ibu orang-rusa akan rasai keamanan. Sebab itulah mereka datang beritahu saya, hampir macam berterima kasih kpd saya. Sebelumnya saya beritahu anda bahawa anda ada seorg saudara, ulat kalimantang, saudara perempuan, kerana anda saling menggelar sebagai saudara perempuan dan lelaki dlm kumpulan kita, persatuan kita. Sesiapa yang telah diinisiasi, anda panggil mereka sebagai saudara perempuan atau lelaki. Tapi apa yang saya maksudkan apabila saya kata ulat kalimantang itu ialah saudara perempuan anda, sebenarnya saya tdk ungkapkan dgn baik. Maksud saya dia seorang pengikut, salah seorang pengikut. Semua orang-burung, labah-labah, orang-rusa, -tupai dan sebagainya yang datang beritahu saya dengan berterima kasih, dengan ucapan tahniah dan dengan gembira ialah pengikut. Mereka dapat dengar ajaran saya disebabkan oleh Supreme Master Television. Seperkara lagi, terima kasih, semua anggota pasukan dalaman atau jarak jauh dan sesiapa saja yang menyumbang kepada kewujudan Supreme Master Television. Saya ucapkan terima kasih secara berulangan kerana anda banyak membantu untuk menyumbang kepada projek menyedarkan manusia dan menyelamatkan mereka drpd tidur supaya mereka dapat menjadi diri sendiri dan mengenali diri sendiri di dalam atau di luar, dengan Rahmat TUHAN. Jadi akan ada orang yg kurang di neraka dan lebih banyak orang di Syurga. Jangan risau, Syurga takkan menjadi penuh sesak atau apa-apa seperti itu. Tiada ruang atau masa di Syurga yang kita khuatir mungkin kita terlewat untuk urusan, terlewat untuk berjumpa dengan Buddha atau tiada ruang yang mencukupi. Contohnya, Alam Buddha Baginda Buddha Nu begitu luas, begitu besar tetapi mereka ada enam juta lebih orang saja. Jadi setiap satu daripada mereka ada privasi, pemandangan dan ruang yang begitu luas untuk diri sendiri, jadi mereka tak pernah rasa terbatas atau terlalu sesak antara antara mereka. Setiap orang ada hampir separuh daripada negara utk diri sendiri, bukan separuh daripada Alam Buddha tetapi hampir separuh daripada sesetengah negara yang anda tahu, tidak begitu besar dan luas seperti Rusia atau Amerika tetapi besar, begitu besar. Setiap orang malah ada atau miliki hartanah sebesar mungkin England, contohnya. Tetapi mereka tak rasa terlalu terjarakkan juga. Tiada ruang di Alam Buddha sebegini. Tidak kira berapa luas tanah kita, kita tak rasa tersesat. Tidak kira betapa kecil tanah kita, kita tak rasa terhad. Ia terlalu indah. Ada pemandangan-pemandangan dan persepsi-persepsi yang berlainan, tidak seperti di dunia kita. Sukar nak jelaskan itu. Tiada ruang, tiada masa seperti di dunia kita. Hari itu ialah kali pertama saya terdengar orang-burung menangis dengan begitu penuh emosi. “Ya Tuhan!” Ketika saya baru terdengarnya, saya ingat dia dalam kesusahan, tercedera atau sesuatu, tetapi tidak. Saya kata, “Adakah engkau tercedera?” Dia kata, “Tidak.” Kemudian saya ada kerja lain utk dibuat. Saya tidak siasat dengan lebih lanjut. Jadi hari ini saya tanya, kemudian dia kata, “Tidak, tidak.” Itu hanyalah tangisan terima kasih dan tangisan gembira. Bayangkan itu, orang-burung, orang-burung jantan menangis dengan begitu penuh emosi, begitu penuh emosi mendalam. Oh! Itu kali pertama saya dengar tangisan macam itu daripada orang-burung. Dia menciap, cuba bercakap tetapi suaranya menjadi begitu penuh emosi macam itu. Ketika saya baru terdengarnya, saya begitu terkejut. Saya berfikir, “Ya Tuhan, orang-burung tercedera atau sesuatu.” Tetapi dia asyik berkata, “Keamanan telah tiba. Jangan takut.” Maka saya tahu, “Okey, dia hanya datang dengan mesej itu, seperti makhluk haiwan lain yang datang sebelum dia. Mereka semua begitu gembira, begitu berterima kasih. Mereka datang untuk menenangkan saya juga, beritahu saya bhw mereka gembira, rasai keamanan sekarang, jangan risau, jangan takut untuk mereka. Dah tentu, saya benar-benar hargainya dan sangat gembira mendengar mereka semua katakan itu. Ya Tuhan, saya rasa saya orang yang paling bertuah di dunia kerana begitu banyak orang-haiwan datang melaporkan berita baik kepada saya, ucapkan tahniah kepada saya dan berterima kasih macam itu, malah menangis di atas dahan pokok. Orang-burung jantan. Saya hanya nak biar anda tahu kejadian dalam hidup saya. Jadi jangan risau tentang saya sunyi atau apa-apa. Saya ada banyak teman – makhluk yang begitu baik hati, begitu bersyukur kepada TUHAN. Walaupun saya berada dlm badan fizikal, saya juga berada di banyak alam yang berlainan, jadi jangan risau. Kita semua berhubungan. Saya sentiasa berhubungan dengan anda semua. Jadi jika anda percayai saya, biarlah saya bantu anda dgn sesuatu cara. Jika anda minta, saya akan cuba dengan sebarang cara untuk bantu anda. Saya akan berdoa untuk anda. Anda mintalah di dlm secara diam-diam. Tiada sesiapa yang harus tahu. Tiada sesiapa yang mesti tahu bahawa anda mengikut saya. Orang-haiwan tak peduli. Mereka datang dan berkelakuan macam pengikut, begitu penuh hormat, berterima kasih, begitu menawan dan begitu gembira dengan sekarang keamanan telah tiba. Mungkin saya tiada begitu banyak kononnya anak murid seperti pengikut daripada alam haiwan. Jadi jika banyak drpd mereka rasa seronok rasa gembira, rasa senang, rasa tenang, maka saya sangat gembira juga, sangat senang, sangat gembira utk mereka Itu pengaruhi saya juga. Saya rasa gembira juga. Mengapa orang-haiwan tahu dengan begitu tepat tetapi banyak manusia tidak? Baiklah, itu hanya sedikit berita untuk anda. Apabila saya ada lebih banyak berita, berita yang lebih besar, saya akan hantarnya kepada anda. Saya akan menelefon seorg saudara anda. Saya tidak menelefon begitu banyak orang hanya beberapanya yang bekerja utk saya secara khusus, dalam kerja jenis dokumen. Saudara-saudara lain bekerja dalam jenis kerja yang berlainan. Kami ada banyak jabatan dan buat kerja-kerja yang berlainan. Saya buat kerja keseluruhan. Sebab itulah saya begitu sibuk. Saya perlu banyak bertumpu. Jadi jika saya ada sesuatu yang lebih menarik… atau mungkin saya akan masukkan ini ke dalam salah satu perbualan dengan Raja-raja lain. Dah lewat sangat sekarang. Saya tak nak buat panggilan telefon dan menjagakan saudara anda sekali lagi. Dia sudah membantu belakangan ini dengan menghantar Berita Selitan kepada anda. Jadi tak perlu tergesa-gesa. Saya takkan menelefon saudara anda untuk menjagakan dia sekali lagi hari ini. Jadi jika ada sesuatu lagi, saya akan bercakap dengan anda. Semoga anda sejahtera, gembira, baik hati kerana keamanan memang telah tiba untuk orang yang layak, orang yang perseptif. Jika orang lain tak dapat dengarnya, tak dapat rasainya, malah masih melanjutkan peperangan, saling membunuh, kita tak dapat bantu mereka. Kita tak dapat bantu mereka yang tidak hargai Kasih Sayang TUHAN dan ciptaan cantik yang TUHAN kurniakan kepada kita sejak zaman dahulukala lagi. Jadi nikmatilah berkat anda. Jika anda rasai keamanan, tahu akan keamanan atau malah dapat lihat keamanan, maka bergembiralah, bersyukur kepada TUHAN. Nikmatinya, nikmati keistimewaan, berkat anda. Saya gembira untuk anda. Saya tersenyum lebar sekarang. Anda tak nampaknya tetapi saya begitu. Jadi senyumlah, bergembiralah setiap hari dan bersyukur kepada TUHAN setiap hari. Walaupun semua Raja dan banyak makhluk gelar saya sebagai TUHAN, saya tak rasa berbeza dengan anda kerana kita semua dicipta oleh TUHAN. Jadi walaupun saya bersatu dgn TUHAN, itu dengan Rahmat-Nya. Saya menerima Kuasa TERBESAR daripada TUHAN, daripada Kuasa Asal Alam Semesta supaya saya dapat bantu anda dan sesiapa saja yang mungkin, bukanlah saya rasa lebih hebat drpd anda atau apa-apa seperti itu. Jadi jangan risau. Saya telah beritahu anda lama dahulu, berdekad-dekad yang lalu bahawa kadangkala saya alami visi, mendapat pengetahuan dalaman bahawa saya bersatu dengan segala-galanya di sekeliling saya, dengan segala-galanya di dunia ini, dari rama-rama ke orang-burung, malah pokok bunga. Itu antara pengalaman saya. Tetapi begitu pun, saya masih ialah saya. Di dunia fizikal ini, saya kekalkan sifat manusia seperti emosi, ketaatan, belas kasihan, kemurahan dan pengetahuan, pengetahuan duniawi, apa-apa saja pengetahuan dunia ini yang diperlukan, saya kekalkan. Oleh itu, walaupun TUHAN ada di dunia ini, TUHAN juga sebahagiannya manusia. Sebab itulah saya bersama anda. Saya memahami anda dan rasa bersimpati dengan anda. Sebab itulah jika sesiapa sakit, saya rasa sakit; mana-mana orang-anjing sakit, saya rasa sakit; orang-anjing saya sakit, saya rasa sakit; orang-burung saya sakit, saya rasa sakit; jiran, jika saya tahu akannya, saya rasa sakit; jika mrk gembira, saya rasa gembira juga. Itu sifat manusia yang saya kekalkan supaya saya dapat bersama anda. Jadi jangan risau tentang siapa memanggil saya apa. Saya tak berminat untuk rasa gembira, riang atau sedih dengan apa-apa seperti itu. Saya hanya bekerja untuk anda, umat manusia dan semua makhluk, sesiapa saja yang dapat saya bantu. Saya akan bercakap dengan anda lain kali. Semoga anda sejahtera, diberkati, gembira, dikasihi dan sebarkan apa yang anda terima daripada TUHAN. Jadilah penyayang, baik hati, berkat kepada makhluk lain. Terima kasih! Seperkara lagi, Cik Di, anda masih ingat ulat kalimantang yang kita katakan sebelumnya? Pada waktu dia bercakap dengan saya, dia berusia tiga tahun setengah dan masih bujang, sedang mencari pasangan. Sekarang saya faham mengapa berita keamanan terus datang tetapi kita tak nampak keamanan sebenar di dunia antara negara-negara yang agresif. Jadi sekrg jika anda mahukan keamanan, anda mesti amalkan kedamaian. Jauhi karma bunuh. Jangan makan lagi daging orang-haiwan yang dibunuh. Semoga anda semua sejahtera dan mematuhi prinsip Alam Semesta: belas kasihan, kemurahan, belas kasihan, kasih sayang, kebaikan hati dan keprihatinan. Semua makhluk cintai TUHAN!!! Photo Caption: “Membuat Hidup suatu Perayaan”











