Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perjalanan ke Syurga – Syurga Barat Amitābha atau ‘Alam Suci Kegembiraan Amat Sangat’

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru pernah beritahu kita bahawa mengikut Guru amalkan meditasi adalah “kita mati setiap hari ketika masih hidup” bermakna kesedaran roh kita boleh datang dan pergi antara Syurga dan Bumi tanpa perlu menunggu hingga badan fizikal ini telah benar-benar mati.

Saya berbesar hati dapat melawat Syurga Barat Amitābha atau ‘Alam Suci Kegembiraan Amat Sangat’ beberapa kali ketika bermeditasi walaupun saya tidak amalkan agama Buddha Alam Suci tetapi Kaedah Quan Yin yang ditransmisikan oleh Mahaguru Ching Hai kepada saya, membolehkan saya melawat Syurga Barat ketika masih hidup. Sebab itulah Kaedah Quan Yin ialah kaedah lengkap dan sempurna yang tertinggi dalam semua kaedah amalan spiritual.

Saya lihat Syurga Barat ini betul-betul seperti yang digambarkan dalam Kitab Buddha: tanahnya diturap dengan emas dan istananya dibuat dengan emas yang lembut dan kenyal, kelihatan lut cahaya dan bersinar dengan cahaya keemasan. Semua tiang di dalam dan di luar istana bertatahkan batu permata tujuh atau sembilan warna. Segalanya di sana terbentuk drpd cahaya. Bangunan yang bersinar di sana adalah seperti bangunan kuno di Bumi, termasuk gaya agama Buddha yg cantik, gaya Islam atau gaya Katolik yang elegan, seolah-olah semua bangunan di Bumi sini ialah tiruan bangunan di Syurga. Bangunan di Syurga benar-benar begitu cantik sehingga tiada bahasa duniawi yang dapat gambarkannya. Semua istana ada kesedaran sendiri seperti makhluk hidup yang boleh kita berkomunikasi dengannya. Walaupun ia nampaknya berpintu, namun kita boleh masuk tanpa perlu melalui sebarang pintu atau halangan.

Warna bunga dan tumbuhan di sana adalah lut cahaya, terang dan semuanya boleh bernyanyi. Pokok di sana juga bergemerlapan dengan cahaya dan memancarkan sejenis getaran halus, seolah-olah bernyanyi. Cahaya di sana begitu kuat sehingga saya tidak dapat bezakan antara pokok, bunga atau tumbuhan pada mulanya. Semua orang-haiwan di sana pun berkilauan. Gunung di sana menghijau juga dan warnanya sangat terang.

Mula-mula sekali, saya melawat peringkat Syurga Barat yg lebih rendah, sama ada untuk orang yang berpahala ketika hidup di Bumi atau melafazkan Nama Buddha Amitābha dan ada karma yang kurang. Selepas tiba di sana, mereka perlu bersihkan bahagian yang tercemar dulu lepas hidup dlm tangki celup besar Bumi, kemudian menaik dengan perlahan-lahan ke peringkat pertengahan selepas dibersihkan sepenuhnya.

Di peringkat pertengahan adalah mereka yang menjalankan amalan spiritual dan lebih banyak bermeditasi tetapi masih ada banyak fikiran kacau. Saya lihat sesetengah drpd mereka masih rindui keseronokan duniawi sebelumnya, contohnya, apa-apa saja yang mereka mahu makan akan muncul utk dinikmati oleh mereka dengan serta-merta dan apa-apa saja yang diingini akan dicipta dengan serta-merta hanya dengan fikiran.

Satu perkara yang wajar diperhatikan adalah saya lihat sesetengah biksu dan biksuni yang mengamalkan agama Buddha Alam Suci dan mematuhi rukun dengan agak ketat lahir semula di peringkat rendah atau pertengahan sana dan berasa sesal dengan mereka tidak beramal dgn baik ketika dalam badan manusia. Mereka ingin rajin beramal selepas pergi ke sana.

Oleh itu, di setiap peringkat ‘Alam Suci Kegembiraan Amat Sangat’, terdapat Buddha atau Bodhisattva yang beri khutbah dgn berbelas kasihan. Apabila Bodhisattva Quan Yin berkhutbah di sana, semua orang dengan ajaibnya bertukar menjadi perempuan remaja untuk dengar khutbah, memakai pakaian yang sama. Kemudian Bodhisattva Quan Yin berikan khutbah melalui getaran yang seluruh audiens boleh faham.

Saya juga lihat apabila Buddha Amitābha pergi ke sana untuk berkhutbah, setiap orang dengan ajaibnya bertukar menjadi lelaki muda untuk mendengar khutbah. Buddha Amitābha juga gunakan getaran dan bukan bahasa untuk biar semua orang faham. Selepas khutbah, semua orang kembali kepada pakaian asal mereka. Ini bagi saya begitu menarik! Saya juga sertai mrk utk dengar khutbah.

Di sana, setiap orang ada ‘rumah’ – bunga teratai. Mereka bermeditasi, jalankan amalan spiritual, lafazkan kitab dan sebagainya di teratai sendiri. Satu teratai di sana lebih besar daripada Bumi kita kerana satu mata Buddha Amitābha sahaja sudah sebesar Alam Semesta. Oleh itu, orang di Syurga Barat sangat besar, tidak seperti kita manusia di Bumi yang begitu kecil. Walaupun ini alam Buddha, jika orang di sana tidak beramal dgn baik, bunga teratai mereka akan menjadi layu dan kehilangan cahaya. Mereka tidak boleh menipu.

Kitab ada gambarkan ‘Air Lapan Pahala’ di Syurga Barat yang terkenal. Saya lihat itu air lut sinar yang sangat “tulen, dingin, manis, lembut, melembapkan, menenangkan, menghilangkan rasa dahaga dan menyuburkan semua sifat.” Orang boleh pergi ke sana utk bersihkan apa-apa saja kotoran yang ada pada roh mereka, kemudian balik ke rumah mereka – bunga teratai untuk terus bermeditasi.

Hanya ada kegembiraan di Syurga Barat, tiada penderitaan atau kesakitan hati. Sebab itulah ia dinamai ‘Alam Suci Kegembiraan Amat Sangat’. Hampir semua penghuni di peringkat atas Syurga Barat ialah Buddha dan Bodhisattva, tempat Mereka belajar hukum dan misteri Alam Semesta dan bersedia untuk bebaskan makhluk, berharap menjadi Buddha atau Bodhisattva peringkat yang lagi tinggi, iaitu matlamat yang Mereka usahakan ketika tinggal di sana.

Lepas melawat ‘Alam Suci Kegembiraan Amat Sangat’ beberapa kali, kesedaran saya adalah: ketika masih dalam badan manusia ini, kita harus berusaha untuk menjadi vegan, menjalankan amalan spiritual, amalkan gaya hidup mulia dan penyayang serta rajin mengamalkan Kaedah Quan Yin yang tertinggi. Maka kita tidak perlu menunggu sehingga meninggal baru pergi ke pelbagai Syurga tinggi dengan kesedaran kita. Syurga mengalu-alukan pengamal spiritual seperti anda dan saya.

Guru telah menyediakan ‘Syurga Baharu’, sebuah Syurga menakjubkan yang lagi luar biasa dan megah untuk anak murid baik dan orang baik. Terima kasih, Guru! Adalah sukar utk membalas Berkat Guru. Saya hanya boleh menyembah sujud kepada Guru tiga kali dari sini. Dengan rasa hormat, Ji-Guang dari China

Vegan: warga Syurga

Vegan: satu bunga baharu mekar di Syurga.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun secara percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (18/20)
1
2021-05-24
12142 Tontonan
3
2021-07-06
9306 Tontonan
9
2022-02-25
6350 Tontonan
10
2021-07-31
7761 Tontonan
15
2022-05-05
6203 Tontonan
16
2022-12-28
4543 Tontonan
19
2024-01-02
5246 Tontonan
20
2024-06-04
2837 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android