Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Heaven Testimonies, Part 14 — Jesus Christ Hands Me to Supreme Master Ching Hai

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Saya seorang Katolik yang tinggal di Daegu, Korea. Saya belum menerima inisiasi. Pada awal bulan Ogos, saya pergi ke sebuah gereja lama di gunung untuk bersuluk selama sebulan. Di gunung itu, saya menerima buku Guru. Sebelum saya bacanya, saya berdoa kepada Tuhan, ‘Tuhan, jika buku ini mengandungi Kebenaran, biarlah aku menerimanya.’ Saya juga berdoa kepada Guru, ‘Ini buku Guru. Jika ia mengandungi Kebenaran yang dah begitu lama aku cari, tolonglah aku.’ Kemudian saya buka muka surat pertama buku itu. Dengan serta-merta, saya mendapat respons yang kuat seolah-olah kepala saya disambar petir atau elektrik. Air mata mengalir dengan sendirinya ketika saya baca buku itu.

Sewaktu bermeditasi, akhirnya saya dapat lihat Nabi Isa. Dia menyerahkan saya kepada Guru. Guru memakai gaun putih dan topi putih. Keraguan timbul dalam diri saya dan saya segera melafazkan nama Nabi Isa dan juga nama Guru dengan kuat. Selepas melafazkannya sebanyak lebih sepuluh kali, Kalian tidak hilang. Guru memandang Nabi Isa dan berkata, ‘Lihatlah! Anak murid-Mu ada banyak kesangsian.’ Nabi Isa dengar ini dan mula ketawa. Kemudian Guru memandang saya dan berkata, ‘Mulai hari ini, Aku akan mengajar engkau.’

Tiba-tiba Guru terbang dgn lembut dan duduk di tengah-tengah alam semesta. Tempat Guru duduk mula bergetar seperti gelombang. Dari bahagian atas kepala saya, saya terdengar Bunyi loceng gereja (Syurga dalaman) dan seluruh otak saya bergetar. Guru beritahu saya, ‘Kekal berada di dalam getaran Arus Bunyi.’ Tetapi anak yang kasihan ini mula berasa sangsi sekali lagi. Namun begitu, kali ini saya tak berani berlafaz dengan kuat, sebaliknya hanya melafazkan nama Nabi Isa dan Mahaguru Ching Hai di dalam. Kalian masih di sana.

Guru memahami saya. Sambil menggelengkan kepala, Guru berkata kepada Nabi Isa, ‘Mengapa anak murid-Mu ini ada begitu banyak kesangsian?’ Nabi Isa mula ketawa sekali lagi. Arus Bunyi dalam kepala saya masih berterusan. Bunyi loceng menjadi lebih kuat dan terus berubah-ubah.

Pada masa itu, saya kata, ‘Segala jenis penderitaan, kegagalan, kekalahan mengganggu hidupku. Aku menghilangkannya.’ Apabila saya habis bercakap, Guru memakai pakaian hitam yang dibuat drpd bahan seperti jaring. Pakaian itu kelihatan berat dan Guru berjalan terhuyung-hayang. Saya berkata lagi, ‘Aku menghilangkan segala penderitaan yang dialami melalui hubungan manusia dalam hidup ini.’ Pada masa itu, Guru memakai baju besi seperti askar zaman pertengahan. Ia kelihatan sangat berat. Guru tersandung beberapa langkah lalu jatuh.

Kemudian hujan mula turun. Saya berkata kepada Guru, ‘Hujan dah turun.’ Guru berkata, ‘Betul! Hujan akan bersihkan segala-galanya sepenuhnya dan wujudkan sesuatu yang baharu. Engkau akan dibersihkan juga.’

Saya amat tersentuh dan rasa terima kasih lahir daripada hati saya. Tetapi saya ucapkan terima kasih kepada Nabi Isa dulu, ‘Nabi Isa! Aku berterima kasih kepada Engkau. Aku orang biasa saja tetapi Engkau tak meninggalkan aku. Hari ini Engkau menyerahkan aku ke dalam tangan seorang Guru hidup yang agung. Aku amat tersentuh. Aku kasihi Engkau.’ Guru berkata kepada Nabi Isa, ‘Anak murid-Mu sangat taat kepada Engkau.’ Dia mula ketawa sekali lagi. Bunyi loceng yang bergetar berlanjutan dalam kepala saya selama banyak hari.

Saya percaya Guru pasti tahu bahawa saya ingin sekali berjumpa dengan Guru. Saya sudah jatuh cinta pada Guru! Saya mempercayai Guru! Saya ingin segera menerima inisiasi. Saya juga berterima kasih kepada Guru atas segala pengaturan yang Guru buat untuk saya.”

Vegan: itu membuktikannya, anda adalah dari Syurga.

Kesan sampingan vegan: anda akan rasa Syurga lebih dekat.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun secara percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (14/20)
1
2021-05-24
12141 Tontonan
3
2021-07-06
9304 Tontonan
9
2022-02-25
6349 Tontonan
10
2021-07-31
7761 Tontonan
15
2022-05-05
6201 Tontonan
16
2022-12-28
4542 Tontonan
19
2024-01-02
5246 Tontonan
20
2024-06-04
2837 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android