Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Visits to Hell, Part 8 – Master Rescued Animal Meat Business Owners From Hell Who Had a Bit of Repentance Because of Watching Supreme Master Television When Alive

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Guru Yang Paling Dihormati, Pada pukul 3 pagi hari ini, saya terjaga daripada tidur oleh Guru dalaman dan diberi satu senarai nama. Saya perlu bantu menyelamatkan orang dalam senarai itu dari neraka.

Setibanya di neraka, saya diberitahu oleh Bodhisattva Ksitigarbha terhormat, ‘Pendosa-pendosa di neraka Avici (neraka tak henti-henti) ini menanggung hutang karma yang sangat berat dan tidak boleh diampuni. Satu-satunya jalan keluar adalah jika Gurumu sendiri mengikat jamin mereka.’

Saya melapor kepada Guru mengikut situasinya melalui komunikasi telepati. Apabila saya buat begitu, badan transendental Guru muncul dan dengan tergesa-gesa membawa saya ke neraka Avici. Di sini, pesalah-pesalah digantung terbalik dengan bertelanjang. Perut mereka dikelar buka dgn cara yang sama dengan orang-lembu dikelar di rumah sembelih.

Guru melepaskan salah satu drpd mereka yang berlutut di depan Guru. Guru memasukkan dia ke dalam lengan bajunya dan bergegas ke neraka lain.

Di sana, orang disuap paksa sehingga menjadi seberat lebih 1,000 kilogram. Kemudian mereka digantung terbalik dan disembelih, menyebabkan mereka alami kesakitan yang melampau. Orang-orang ini, sewaktu di Bumi, menyuap paksa orang-khinzir untuk pertandingan, memenangi anugerah kerana memelihara orang-khinzir yang paling besar dan berat.

Dalam kalangan pesalah ini, Guru menemui seseorang yang disuap paksa sehingga menjadi gumpalan daging yang besar. Apabila dia dibebaskan dari cangkuk, dia jatuh berdebuk ke atas lantai dan menangis kepada Guru.

Guru beritahu dia, ‘Ini akibat perbuatanmu yang kejam dan tak berbelas kasihan. Aku datang untuk selamatkan engkau hanya kerana engkau menunjukkan sedikit taubat.’

Sebelum mereka meninggal dunia, dua orang ini telah menyaksikan ‘Mesej CEMAS Guru kpd Semua Perniagaan Daging Haiwan & Pemilik Ladang Kilang Ternakan serta Industri Perikanan, Telur, Susu, Bulu, Ujian Makmal, Kosmetik dan Kulit’ di Supreme Master Television tetapi tidak mempercayainya. Apabila baru-baru ini mereka jatuh ke neraka Avici, dalam penderitaan yang melampau, mereka teringat kata-kata Guru dan ada sedikit rasa sesal. Oleh itu, Guru yang berbelas kasihan datang menyelamatkan mereka dari neraka.

Selepas itu, Guru memberikan dua cakera nama bulat kecil yang bersinar kpd saya dan beritahu saya, ‘Ada dua orang lagi. Pergilah selamatkan mereka.’ Kuasa Guru kemudian membawa saya ke satu lagi neraka Avici.

Pesalah-pesalah di sini dipaksa menggigit satu batang besi di depan sebuah kereta besi dan menarik kereta itu dengan segala tenaga mereka. Mereka seperti orang-kuda yang ada kekang dimasukkan ke dalam mulut dan dipaksa menarik kereta. Pesalah yang tidak dapat menggerakkan kereta disebat secara berulangan sehingga kulit dan daging mereka koyak.

Ini ialah pesalah yang ketika masih hidup memaksa orang-kuda tarik kereta berat memaksa kuda menarik kereta berat dan menyebat mereka dengan kejam. Apabila saya mengeluarkan salah satu daripada cakera bulat kecil itu, salah seorang penganiaya orang-kuda dibebaskan oleh Kuasa Guru. Saya segera menyimpan dia dengan selamat dan segera pergi ke neraka seterusnya.

Di neraka ini, kulit orang disiang secara berulangan dengan pisau yang tajam sebagaimana orang-khinzir disiang sehingga menjadi badan yang berlumuran darah lalu dicencang halus-halus di atas landas cencang. Dulu pesalah-pesalah ini ialah penyembelih yang jual daging babi dan menyiang kulit orang-khinzir dengan pisau secara berulangan ialah amalan mereka. Saya mengeluarkan satu lagi cakera bulat kecil dan salah satu drpd mereka dibebaskan. Kuasa Guru biar saya segera terbang keluar dari neraka dengan membawa dua orang ini.

Dua orang ini, seorang lelaki dan seorang wanita, telah menjadi tidak dapat dikenali disebabkan terlalu banyak hukuman. Mereka merangkak di depan saya dan berkata, ‘Kami ada menonton Supreme Master Television ketika masih hidup tetapi tak mengendahkan nasihat Guru. Kami tak betulkan kesilapan kami, jadi akhirnya jatuh ke neraka Avici. Kami bernasib baik kerana Guru hantar engkau untuk selamatkan kami.’

Saya tanya mereka, ‘Sewaktu engkau dihukum, pernahkah Mahaguru Ching Hai muncul dalam fikiranmu?’ Mereka jawab, ‘Bayangan Mahaguru Ching Hai ada terlintas dalam fikiran kami untuk satu persejuta saat. Oleh itu, Guru hantar kau untuk selamatkan kami.’

Ini ialah bukti kepada apa yang Guru katakan dalam ‘Nabi Musa dan Semut, Bahagian 5 daripada 13’.”

“Saya bekerja bersama Syurga untuk letak kawasan menyelamat di sana, seperti kem pelarian (Wau!) di luar lohong hitam. Itu untuk makhluk neraka, sesiapa saja yang boleh hanya satu nanosaat ingat akan Tuhan atau Santo, atau bertaubat, atau meminta tolong. Maka kita boleh gunakan rakit itu utk menaikkan mereka ke kawasan itu.”

“Saya tanya lagi, ‘Dah berapa lama engkau berada di neraka kerana aniayai orang-haiwan?’ Mereka kata, ‘Tak lama, jadi masih ada harapan untuk diselamatkan oleh Guru. Jika kami berada di neraka Avici untuk masa yang lama, kami akan hilang kewarasan sepenuhnya dan takkan dapat ingat akan Mahaguru Ching Hai atau mana-mana Santo.’

Tidak hairanlah Guru tergesa-gesa untuk selamatkan mereka. Jika pesalah telah lama dihukum, mereka akan lupa akan bayangan Guru sepenuhnya dan tiada harapan untuk dibebaskan. Dahsyatnya ini!

Kami berterima kasih atas Supreme Master Television membuat siaran di seluruh dunia supaya orang yang menyaksikan rancangan televisyennya tetapi masih membuat kesilapan boleh memikirkan Guru sewaktu dalam bahaya dan dengan itu dibebaskan dari neraka. Pengaruhnya memang tidak dapat dibayangkan! Kami berterima kasih kepada Guru atas belas kasihan tak terhingga dan sumpah mulianya! Direkodkan dengan rasa terima kasih dan rasa hormat oleh Lioyin, Taiwan (Formosa)”

Vegan, tidak? Bayangkan jika anda diseksa dan dibunuh!

Vegan: memilihnya untuk masa depan anda.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk menyaksikan dan muat turun lebih banyak testimoni, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/12)
2
2021-05-24
14132 Tontonan
4
2021-05-24
12783 Tontonan
12
2023-10-19
4425 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android