Tapi sebaik saja kita dilahirkan di dunia ini, kita lupa akan segala-galanya kerana membuat orang lupa ialah hukum dunia material ini. Oleh itu, Guru perlu datang mengingatkan kita secara berulang kali sehingga kita ingat apa yang telah kita janjikan kepada Tuhan di dalam rahim ibu kita. Mungkin kita tidak ingat dengan otak fizikal tetapi roh kita, keupayaan kebijaksanaan kita akan ingat.”
“Guru ialah mereka yang ingat akan Asal mereka, dan disebabkan oleh kasih sayang, berkongsi pengetahuan ini dengan sesiapa saja yang mencarinya dan tidak menerima bayaran atas kerja mereka. Mereka menawarkan semua masa, wang dan tenaga kepada dunia. Apabila kita telah mencapai peringkat Guru ini, kita bukan sahaja mengetahui Asal kita tetapi juga dapat membantu orang lain mengetahui nilai sebenar mereka. Mereka yang mengikut arah Guru akan segera berada di alam baru, penuh dengan pengetahuan sebenar, kecantikan sebenar dan kebaikan sebenar.”
Sebenarnya inisiasi hanyalah satu perkataan bagi pembukaan jiwa. Kita penuh dengan banyak jenis halangan tak nampak dan nampak, jadi kononnya inisiasi ialah proses membuka pintu kebijaksanaan dan membiarkannya mengalir di dunia ini, memberkati dunia dan kononnya diri. Tetapi Diri sebenar sentiasa dalam kemegahan dan kebijaksanaan, jadi tidak memerlukan berkat untuk itu.”
“Jadi sekarang jika kita boleh berhubungan dengan Word atau Arus Bunyi ini, maka kita dapat mengetahui Tuhan di mana atau kita boleh berhubungan dengan Tuhan. Tetapi apakah buktinya kita berhubungan dengan Bunyi ini? Selepas kita berhubungan dengan Getaran dalaman ini, kehidupan kita berubah menjadi lebih baik. Kita mengetahui banyak perkara yang kita tidak tahu sebelumnya. Kita memahami perkara yang kita tidak pernah fikirkan sebelumnya. Kita dapat membuat, menyempurnakan banyak kerja yang kita tidak pernah mimpikan sebelumnya. Kita menjadi semakin kuat sehingga menjadi sangat kuat. Diri kita menjadi lebih berkebolehan dan lebih besar sehingga kita ada di mana-mana saja, sehingga kita menjadi maha wujud, kemudian kita tahu bahawa kita bersatu dengan Tuhan.”
Inisiasi ditawarkan secara percuma. Mengamalkan Kaedah Meditasi Quan Yin setiap hari dan mematuhi Lima Rukun ialah satu-satunya keperluan selepas inisiasi. Rukun ialah garis panduan yang membantu anda tidak memudaratkan diri sendiri atau makhluk hidup yang lain.
* Ini juga termasuk meditasi selama dua jam setengah sehari pada Cahaya dan Bunyi dalaman.
Amalan ini akan memperdalam dan memperkukuh pengalaman makrifat awal dan membolehkan anda mencapai peringkat kesedaran tertinggi atau peringkat Buddha akhirnya. Tanpa amalan harian, anda hampir pasti akan lupa akan makrifat anda dan kembali ke peringkat kesedaran yang lebih rendah.